• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang

in Hebahan
A A
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang

Kredit gambar: The Edge Markets

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Malaysia melalui syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memulakan perniagaan gas asli cecair (LNG) dengan operasi LNG Bunkering pertama dilaksanakan di selatan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan JLM bersama Petronas telah berusaha untuk mengembangkan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong aktiviti LNG Bunkering di rantau ini sejak 2017.

“Kerajaan berminat untuk mengembangkan Malaysia sebagai hab bunker serantau di Asia Tenggara. Operasi LNG Bunkering yang pertama ini dilakukan pada 9 November, 2020, memberikan kejayaan dalam lanskap baharu industri bunkering Malaysia,” kata JLM.

Ia membabitkan pembekalan LNG dari kapal Avenir Advantage kepada kapal pengangkut kenderaan Siem Aristotle sebanyak 1,150 tan metrik.

“Bagi operasi seterusnya, MV Avenir Advantage akan beroperasi di perairan Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan LNG Bunkering serta perkhidmatan lain berkaitan kepada kapal antarabangsa dan domestik yang melalui perairan Malaysia, terutama di Selat Melaka,” katanya.

MV Avenir Advantage adalah kapal LNG Bunkering bendera Malaysia yang digunakan dalam aktiviti ini dan dipajak oleh PETRONAS daripada Future Horizon, iaitu syarikat usaha sama antara MISC Bhd dan Avenir LNG Pte Ltd.

— BERNAMA

Share265ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In