Sebelum kita mula, kita kena ambil dulu apa yang terjadi kepada Bursa Malaysia sepanjang bulan Oktober 2020. Adakah bulan Oktober boleh disebut sebagai “Oktobull” atau “Oktobear”?

Jika kita lihat kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan Oktober 2020, carta menunjukkan pasaran saham negara kita sedang mengalami downtrend. Bermula pada paras 1,501.58 mata pada 1 Oktober 2020, ianya jatuh kepada 1,466.89 mata di hujung bulan Oktober 2020.
Artikel sebelum ini menceritakan mengenai saham-saham yang membuat keuntungan sepanjang bulan Oktober. Bila ada saham yang untung, pasti ada juga saham yang rugi. Di sini, kami akan mengupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling rugi sepanjang bulan Oktober 2020.

Daripada 10 kaunter patuh syariah yang paling rugi ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza untuk dibincangkan secara lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang terpilih adalah:
- SMTrack Berhad (SMTRACK) – Sektor Teknologi
- Samaiden Group Berhad (SAMAIDEN) – Sektor Produk & Servis Industri
- Air Asia X (AAX) – Sektor Pengangkutan & Penerbangan
1. SMTRACK BERHAD (SMTRACK) (0169)
SMTrack ditubuhkan pada 12 Januari 2004 dengan menggunakan nama Smartag Solutions Sendirian Berhad sebelum menukar kepada nama yang digunakan sekarang pada tahun 2014. Perniagaan SMTrack adalah berasaskan Radio-Frequency Identification (RFID) di mana ia akan memudahkan klien mereka untuk mengesan lokasi dan aplikasi barangan mereka yang telah direkodkan pada tag identity seperti RFID dan Barcode.
Teknologi ini dapat diaplikasikan dalam industry logistik, pengesanan halal, gudang, pemprosesan makanan, penternakan sarang burung dan pengurusan aset.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental SMTrack

SMTrack mencatatkan kerugian bersih setiap tahun semenjak tahun 2015 lagi. Ini bukanlah satu petanda yang baik bagi sebuah syarikat sekiranya terlalu lama mengalami kerugian. Namun sejak 2017, telah mula nampak kerugian tersebut semakin berkurang setiap tahun. Baru-baru ini pemegang saham utama Encik Lim Shiou Ghay turut melepaskan pegangannya sebanyak 12.52 juta unit saham untuk alasan yang tidak diketahui.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal SMTrack

Lihat pada carta, apa yang anda dapat lihat? Carta menunjukkan kenaikan berbentuk parabolik pada bulan Ogos yang lalu. Bila nampak sahaja kenaikan seperti ini, harus diingatkan untuk berhati-hati kerana ianya hanya bersifat sementara. Sejak daripada itu, saham ini terus mengalami downtrend dan tekanan jualan yang tinggi. Persoalannya sehingga manakah ia bakal jatuh?
Berdasarkan carta, support yang terdekat adalah pada harga 13 sen dan sekiranya support ini patah maka paras support yang seterusnya adalah pada 12 sen. Support inilah yang akan menentukan sekiranya saham ini akan melantun semula atau pun terus mengalami kejatuhan.
2. SAMAIDEN GROUP BERHAD (SAMAIDEN) (0223)
Samaiden merupakan sebuah syarikat berkaitan dengan tenaga solar telah diterbitkan di papan ACE Bursa Malaysia pada bulan yang lalu. IPO Samaiden diterbitkan kepada awam sebanyak 61,155,000 unit pada harga 48 seunit. Disenaraikan di papan ACE pada 15 Oktober, Samaiden membuat kemunculan pertama yang cemerlang pada harga RM1 dan kemudian ditutup rendah pada 80.5 sen.
Meskipun ditutup dengan candlestick merah pada hari pertama, para pelabur yang membeli pada harga IPO tetap meraih pulangan yang baik.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Samaiden

Jika diperhatikan kepada pendapatan syarikat, jumlah pendapatan syarikat meningkat daripada tahun 2017 sehingga ke tahun 2019. Malah hasil jualan setakat ini sahaja sudah mengatasi jumlah jualan pada tahun lepas. Maka dapat dijangkakan juga keuntungan bersih selepas cukai pada tahun ini juga bakal memintas jumlah yang dicatatkan tahun lepas.
Dikatakan Samaiden akan menggunakan RM7 juta daripada pembiayaan IPO tempoh hari untuk pembelian pejabat korporat yang baru dan RM1.17 juta sebagai perbelanjaan modal membeli peralatan, perisian IT dan perkakasan.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Samaiden

Permintaan terhadap IPO Samaiden sangat tinggi sehingga menyebabkan ia terlebih langganan sebanyak 65.91 kali. Ini sekaligus melonjakkan harga Samaiden pada hari pertama dan bersoraklah kesemua pelabur yang membelinya pada harga IPO. Disebabkan pasaran yang tidak menentu ketika ini, ramai pemegang saham memilih untuk mengambil untung dan melepaskan pegangan mereka dalam saham ini.
Maka dapat dilihat Samaiden mengalami kejatuhan yang agak tinggi sehingga ke akhir bulan oktober. Baru-baru ini Samaiden kelihatan membuat pullback dan kembalinya minat belian terhadap Samaiden.
3. AIR ASIA X BERHAD (5238)
Kejatuhan saham Air Asia X Berhad sebanyak 36.36% bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Semenjak wabak covid-19 melanda seluruh dunia, industri penerbangan dan pelancongan antara yang paling terjejas terus. Di kala semua orang harus berdisiplin duduk di rumah, kebanyakan syarikat penerbangan turut terpaksa memarkir kapal terbang di hangar lapangan terbang.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental AAX

Membaca laporan di atas sahaja kita sudah tahu bahawa AAX sedang mengalami kerugian. AAX mencatatkan kerugian 5 suku berturut-turut sejak 2019. Pada tahun ini sahaja syarikat ini sudah pun mengalami kerugian bersih sebanyak RM 854.94 juta untuk dua suku pertama 2020. Perkara ini berpunca daripada sekatan pergerakan antarabangsa yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara untuk melindungi rakyatnya daripada wabak covid-19. AAX perlu menunggu sehingga seluruh dunia bebas daripada wabak ini terlebih dahulu agar orang ramai kembali yakin melancong ke luar negara.
Bukan itu sahaja, AAX mungkin akan memerlukan bertahun lamanya untuk membuat comeback dalam industri ini.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal AAX

Harga AAX pada 1 Oktober adalah sebanyak 5.5 sen manakala harganya pada 30 Oktober adalah hanya 3.5 sen. Penurunan sebanyak 2 sen ini cukup menyebabkan kejatuhan sebanyak 36.36% kepada AAX. Hal ini kerana saham ini sangatlah murah sehingga dikategorikan sebagai super penny stock. Tips kepada anda ialah pelabur mahupun pedagang wajib mengelakkan saham super penny stock.
Sehingga kini harga AAX masih lagi berlegar-legar di harga 3.5 sen ke 4 sen yang dilihat paras ini adalah paras support yang agak kuat kerana AAX gagal menembusinya setelah beberapa percubaan. Namun, harus diingatkan bahawa ini adalah harga terendah dalam sejarah AAX dan harga yang terendah tidak bermakna ia berada pada harga diskaun.
Jangan pula guna teknik menangkap pisau, silap-silap tangan sendiri yang berdarah.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards




