• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, September 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

‘Head And Shoulders’, Corak Reversal Yang Popular

in Technical Analysis
A A
‘Head And Shoulders’, Corak Reversal Yang Popular
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Kita pasti biasa dengan istilah Bull dan Bear dalam dunia pelaburan saham. Bull adalah perumpamaan yang sering digunakan bagi menggambarkan keadaan pasaran saham yang sedang meningkat naik, manakala Bear pula merujuk kepada pasaran yang sedang jatuh merudum. Perumpamaan ini sering digunapakai dan menjadi sinomim kepada para pelabur.

Kita juga mungkin pernah reversal yang membawa maksud, sesuatu trend pergerakan saham akan berubah. Reversal adalah detik yang kritikal terhadap pergerakan harga sesebuah saham apabila si lembu jantan (bull) atau si beruang (bear) sudah kepenatan. Apabila si lembu jantan kepenatan si beruang akan mengambil alih gelanggang, sebaliknya pula terjadi apabila sang beruang yang sudah kepenatan dan si lembu jantan yang akan mengawal perlawanan.

Dalam bahasa mudah, reversal pattern atau corak pembalikan ini bermaksud corak pergerakan harga yang memberi isyarat pertukaran arah aliran fasa sesebuah saham. Akan berlaku tempoh di saat pertukaran fasa aliran ini berlaku dan tempoh inilah yang perlu pelabur menumpukan perhatian mereka, sama ada corak pergerakan harga akan menjadi corak kesambungan (continuation) atau pembalikan(reversal).

Terdapat tiga corak pembalikan yang popular di kalangan penganalisa dan juga pelabur, corak-corak tersebut adalah Head and Shoulders, Double Top dan juga Double Bottom. Untuk artikel ini, kita akan fokus kepada corak Head and Shoulders.

Mari kita fahamkan bagaimana corak Head and Shoulders ini terbentuk.

Corak Head And Shoulders

Corak ini mempunyai tiga bahagian penting yang membentuknya dan volume atau jumlah dagangan merupakan faktor penting dalam pembentukan corak ini. Sesuatu fasa aliran yang jelas perlu wujud sebelum corak ini terbentuk. Jika fasa aliran menaik (uptrend), corak head and shoulders atau corak kepala dan bahu yang akan terbentuk.

Manakala di saat fasa aliran penurunan (downtrend) pula, corak inverse head and shoulders yang akan terbentuk.

1. Shoulder atau bahu kiri:

Terbentuk di saat fasa aliran menaik yang kuat sedang terjadi, volume yang banyak akan menolak harga tinggi dan membentuk fasa aliran menaik yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Kemudian kenaikan harga diikuti dengan penurunan semula harga pada beberapa hari berikutnya ke paras harga permulaan. Bentuk shoulder atau bahu ini terbentuk dengan volume yang berkurangan.

2. Head Atau Kepala:

Pembentukan corak head atau kepala ini pula seakan sama dengan pembentukan corak shoulder atau bahu di bahagian kiri dan merupakan kesinambungan kenaikan harga saham. Fasa kenaikan diteruskan dan minat belian yang meningkat membuatkan harga meningkat lebih tinggi berbanding harga yang membentuk shoulder di sebelah kiri tadi. Kemudian, kenaikan harga kali ini juga gagal bertahan dan membuat kejatuhan harga ke paras yang sama dengan harga permulaan pembentukan shoulder kiri tadi. Paras harga ini digelar sebagai neckline atau paras leher. 

3. Shoulder atau bahu kanan:

Corak shoulder bahagian kanan ini pula adalah cerminan daripada corak shoulder bahagian kiri namun dengan jumlah volume yang sedikit. Ini menandakan bahawa minat belian sudah berkurangan. Terdapat cubaan untuk menolak harga naik menghampiri paras tertinggi shoulder kiri namun gagal untuk meneruskan kenaikan.

Keadaan sebaliknya pula terjadi untuk inverse head and shoulder pada fasa aliran menurun.

Gambar di atas adalah contoh pembentukan corak head and shoulders yang sempurna pada carta syarikat Marvell Technology Group bagi tahun 2005 ke tahun 2006. Marvell Technology merupakan syarikat di dalam sektor teknologi yang tersenarai di papan dagangan Nasdaq.

Sumber Rujukan: CFA Institution Resources

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Share421ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

1 year ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

2 years ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In