• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Firma Penyelidikan Positif Dengan Masa Depan Kossan Rubber

in Hebahan
A A
Firma Penyelidikan Positif Dengan Masa Depan Kossan Rubber

Kredit gambar: Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — CGS-CIMB Research positif terhadap prospek Kossan Rubber Industries Bhd berikutan harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi dan terdapatnya pesanan yang kukuh.

Firma penyelidikan itu berkata Kossan mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan ASPnya dalam tempoh suku-suku akan datang.

“Memandangkan kos bahan mentah butadiena nitril kian meningkat dan ASP Kossan turut mengekori rakan-rakannya yang lain, walaupun dengan peningkatan 40-50 peratus suku ke suku dalam suku ketiga 20, kami berpendapat kenaikan ASP selanjutnya tidaklah sukar.

“Kami turut berpendapat Kossan berhasrat meningkatkan ASPnya sebanyak 55 peratus suku ke suku dalam unjuran suku keempat 2020 (4Q20) dan kami tidak menolak kenaikan selanjutnya daripada unjuran suku pertama 2021 dan seterusnya,” katanya dalam satu nota hari ini.

Firma penyelidikan itu juga berkata kapasiti Kossan telah dimanfaatkan sepenuhnya sehingga unjuran akhir kalendar tahun 2021, dengan kumpulan itu telahpun menerima tempahan untuk suku pertama 2022, disokong oleh permintaan menggalakkan untuk sarung tangan seluruh dunia.

CGS-CIMB telah menyemak secara menaik pendapatan sesaham untuk Kossan Rubber bagi tahun kewangan 2020-2022 sebanyak 58-141 peratus serta mengekalkan saranan “tambah” dengan harga sasaran yang lebih tinggi RM9.16.

“Kami berpihak kepada Kossan kerana prospek pendapatannya yang kukuh dan ia berpeluang mendapat manfaat daripada penawaran menggalakkan dalam sektor sarung tangan berikutan COVID-19,” katanya.

Kossan Rubber berhasrat menambah kapasiti pengeluaran sarung tangan sebanyak 32.8 peratus kepada 42.5 bilion keping setahun menjelang akhir 2022.

Pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih RM348.74 juta.

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In