• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, July 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Sektor Perkhidmatan Dijangka Meningkat 7.0 Peratus Tahun Depan

in Hebahan
A A
Sektor Perkhidmatan Dijangka Meningkat 7.0 Peratus Tahun Depan

Kredit gambar: Berita Harian

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Sektor perkhidmatan diunjur meningkat sebanyak 7.0 peratus pada 2021 selepas susut sebanyak 3.7 peratus tahun ini susulan cabaran seperti larangan perjalanan dan kuarantin akibat penularan COVID-19 yang memberi kesan terhadap subsektor berkaitan pelancongan serta penerbangan.

Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, sektor tersebut berkembang sebanyak 6.1 peratus pada 2019 namun menguncup  pada 6.7 peratus bagi separuh pertama 2020 dan susut sebanyak 1.0 peratus pada separuh kedua 2020.

Selain itu, perdagangan borong dan runcit pula diunjurkan melonjak sebanyak 8.5 peratus pada 2021, disokong oleh semua segmen selepas dijangka menguncup sebanyak 6.1 peratus pada 2020.

Subsektor maklumat dan komunikasi dijangka meningkat sebanyak 6.4 peratus pada 2020 berikutan aktiviti bekerja dari rumah, komunikasi secara maya dan perniagaan dalam talian yang kini menjadi kebiasaan baharu.

“Pada 2021, subsektor ini diunjur berkembang sebanyak 7.9 peratus dengan penggunaan spektrum rangkaian selular generasi kelima (5G) bagi menyokong aktiviti e-dagang dan e-pembelajaran.”

Perkembangan itu turut dipacu oleh penubuhan Pasukan Petugas Ekonomi Digital Malaysia yang memberi penekanan kepada digital teknologi, keselamatan siber, perdagangan dan kandungan digital.

Dalam pada itu, subsektor kewangan dan insurans dijangka meningkat sebanyak 5.5 peratus pada 2021, didorong oleh segmen kewangan berikutan manfaat normalisasi bayaran balik pinjaman dan pemberian pinjaman bank secara berterusan selari dengan aktiviti ekonomi domestik yang lebih kukuh.

Sentimen positif itu turut membabitkan subsektor hartanah dan perkhidmatan perniagaan yang dijangka pulih sebanyak 7.6 peratus pada 2021 dengan jangkaan pemulihan ekonomi dan pelaksanaan semula projek infrastruktur yang tertanggguh.

Bagi 2020, subsektor itu dijangka terus menguncup 11.9 peratus pada separuh kedua dan seterusnya 11.6 peratus berikutan penangguhan projek pembinaan serta aktiviti perniagaan yang perlahan.

Menurut laporan itu, subsektor pengangkutan dan penyimpanan diunjur melonjak sebanyak 7.5 peratus pada 2021 disokong oleh segmen pengangkutan darat berikutan bermulanya operasi lebuh raya baharu seperti Lebuhraya Setiawangsa – Pantai (SPE), Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) dan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo.

“Segmen pengangkutan udara dijangka pulih secara sederhana berikutan peningkatan aliran perjalanan penumpang domestik dan pergerakan kargo manakala segmen pengangkutan air dijangka berkembang secara berperingkat berikutan perdagangan maritim dunia yang kembali pulih,” kata laporan itu.

Pada tahun ini, subsektor itu dijangka menguncup 11.9 peratus berikutan pelanjutan tempoh penutupan pintu masuk sempadan bagi aktiviti berkaitan pelancongan dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, subsektor makanan dan minuman serta penginapan yang diunjur menguncup 13.3 peratus tahun ini, dijangka berkembang secara ketara sebanyak 10.7 peratus pada 2021 didorong oleh aktiviti berkaitan pelancongan domestik dan disokong oleh beberapa inisiatif yang diperkenalkan.

Subsektor utiliti pula dijangka berkembang 1.7 peratus pada tahun ini dan seterusnya meningkat 5.7 peratus pada 2021, terutamanya disokong oleh penggunaan tinggi dalam segmen perindustrian sejajar dengan pengembangan aktiviti ekonomi serta pelaksanaan projek tenaga boleh baharu dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar.

Menurut laporan itu, subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka kekal berkembang sebanyak 4.0 peratus pada 2020 dan 3.7 peratus pada 2021.

— BERNAMA

Share247ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In