• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Beberapa Inisiatif Utama Pasaran Modal Diperkenal Bagi Tingkatkan Tahap Mudah Tunai

in Hebahan
A A
Kredit gambar: New Straights Times

Kredit gambar: New Straights Times

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Pindaan terhadap keperluan penyenaraian, semakan pemutus litar pasaran, penambahbaikan kerangka kerja tawaran awam awal (IPO)  dan kerjasama dengan pasaran saham antarabangsa merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap mudah tunai dan kecekapan dalam pasaran modal. 

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, inisiatif ini diambil dalam lapan bulan pertama 2020, bertujuan untuk meningkatkan prestasi pasaral modal.

“Inisiatif utama pasaran  modal yang dilaksanakan adalah termasuk pindaan terhadap keperluan penyenaraian dalam pasaran utama dan pasaran ACE di mana ia menyediakan pilihan kepada pemegang sekuriti dalam melanggan saham hak. Melaksanakan saham keutamaan boleh tukar dan mengambil bahagian dalam Skim Pelaburan Semula Dividen secara elektronik,” kata laporan itu.

Selain itu, pindaan terhadap keperluan penyenaraian pasaran utama dan pasaran ACE yang berkaitan dengan terbitan sekuriti baharu dan bidang lain turut diperkenalkan, bertujuan menambah baik keperluan maklumat yang telus berkaitan terbitan sekuriti baharu dan memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti  bagi meningkatkan perlindungan dan keyakinan pemegang saham.

Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa turut menambah baik kerangka kerja tawaran awam awal (IPO) untuk pasaran utama, di mana ia bertujuan menggalakkan perkongsian tanggung jawab dalam kalangan pemegang taruh yang terlibat dalam penyerahan IPO untuk disenaraikan di pasaran utama.

Pada masa yang sama, memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Bursa Malaysia Bhd dengan Bursa Shenzen serta Taiwan Futures Exchange (TAIFEX)  untuk memperluas peluang dalam pelaburan dan memudahkan kolaborasi rentas sempadan.

“Inisiatif ini termasuk paparan secara bersama indeks penanda aras di bursa masing-masing serta mempromosi indeks dan konstituen indeks. Bagi kerjasama dengan TAIFEX, ia akan menggalakkan perkongsian perniagaan yang memanfaatkan kedua-dua pihak secara bersama.

“Kerjasama ini merangkumi perkongsian maklumat, pertukaran amalan terbaik dalam pembangunan produk dan pasaran serta meneroka bidang yang menyumbang kepada kepentingan bersama,”menurut laporan itu.

Bagi semakan pemutus litar pasaran, laporan itu menyatakan, semakan sementara untuk had harga statik dan dinamik serta pemutus litar pasaran telah diperkenalkan bagi meningkatkan kestabilan dan keyakinan dalam pasaran melalui mekanisme kawalan dan pengurusan pasaran yang telah dikemaskini.

 — BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

10 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

1 year ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In