fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Sekatan Terhadap FGV Tidak Jejas Eksport Produk Sawit Ke Amerika Syarikat

in Hebahan
A A
Sekatan Terhadap FGV Tidak Jejas Eksport Produk Sawit Ke Amerika Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Eksport produk sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) secara amnya tidak menghadapi sebarang masalah kecuali sekatan dagangan ke atas produk sawit keluaran FGV Holdings Bhd (FGV) yang bermula pada 1 Oktober 2020.

Sehubungan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata sekatan berkenaan tidak memberi kesan signifikan terhadap sektor tersebut.

“FGV hanya mengeksport 40 tan minyak sawit ke AS. Selain itu, eksport minyak sawit Malaysia ke AS bagi tempoh Mei hingga September 2020 adalah sebanyak 292,940 tan dan 292,011 tan bagi tempoh sama pada 2019,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kesan tindakan AS itu terhadap import produk sawit Malaysia bagi tahun ini.

Selain itu, menyentuh dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV menggunakan tenaga tenaga buruh paksa, Mohd Khairuddin berkata pihak FGV telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab dakwaan tersebut.

“Untuk makluman, pihak CBP telah mengeluarkan Withhold Release Order atau WRO (Perintah Sekatan Pelepasan) terhadap import minyak sawit dan produk FGV pada 30 September 2020.

“Sekatan dikeluarkan berdasarkan petisyen dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kepada pihak CBP berkaitan penggunaan buruh paksa dalam proses keluaran produk sawit FGV. Namun, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan,” katanya.

Sambil menyifatkan buruh paksa itu bukan isu baharu, Mohd Khairuddin menegaskan undang-undang Malaysia jelas tidak membenarkan sebarang bentuk penyeksaan, penindasan, keganasan fizikal dan seksual terhadap mana-mana pekerja di semua sektor di negara ini.

Menurutnya, tindakan majikan menyimpan pengenalan diri seperti pasport atas dasar keselamatan setelah mendapat persetujuan pihak pekerja, sebaliknya disenaraikan antara elemen buruh paksa oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa. 

Antara penyelesaian itu adalah sebahagian besar syarikat perladangan sawit menyediakan ruang khas penyimpanan pasport yang boleh diambil pekerja pada bila-bila masa.

“Kerajaan amat menitikberatkan prinsip keadilan dan sosial pekerja dengan penguatkuasaan undang-undang perburuhan dan juga akta yang menjaga kebajikan pekerja.

“Isu-isu teknikal (seperti tindakan majikan menyimpan pasport, pekerja membawa bersama anak ke ladang kerana tiada penjaga di rumah) perlu diperjelaskan kepada pihak syarikat.

“Kementerian juga melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan terus giat mengadakan program- program advokasi untuk menjelaskan perkara sebegini kepada pihak industri,” katanya.

— BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

4 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

12 months ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In