• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, July 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Kumpulan UMW Mencatatkan Penjualan Kenderaan Yang Memberangsangkan Pada Bulan Oktober

in Hebahan
A A
Kumpulan UMW Mencatatkan Penjualan Kenderaan Yang Memberangsangkan Pada Bulan Oktober

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

  • UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,468 unit pada bulan Oktober 2020
  • Perodua capai jualan tertinggi dalam sejarah pada bulan Oktober 2020, iaitu sebanyak 26,852 unit

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu 38%, Perodua pada bulan Oktober 2020, segmen Automotif UMW Holdings Berhad dijangka dapat mencapai sasaran jualan bagi tahun 2020. Bahagian pasaran automotif Kumpulan UMW pada bulan Oktober dianggarkan pada 58%, peningkatan yang ketara daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019. Pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 telah mendorong untuk meningkatkan penjualan pada separuh kedua tahun 2020.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,468 unit pada bulan Oktober 2020, peningkatan sebanyak 15.4% daripada 5,605 unit yang dicatatkan pada bulan September. Penyumbang utama untuk bulan tersebut adalah Toyota Vios, Yaris dan Hilux. Dengan penjualan sebanyak 43,807 unit bagi sepuluh bulan pertama tahun 2020, UMWT dijangka dapat mencapai sasaran jualannya, iaitu 53,000 unit untuk tahun ini. Pada 2 November 2020, UMWT telah mengumumkan pelancaran Toyota Yaris yang dikemaskini dan tempahan bagi model tersebut telah dibuka. Toyota Yaris telah dilancarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) pada bulan April 2019 dan merupakan peneraju bagi segmen hatchback Bukan Nasional. Dengan pengemaskinian perincian ciri dan reka bentuknya, UMWT yakin bahawa ia akan dapat mengekalkan pasarannya dalam segmen ini.

Manakala Perodua sekali lagi memecahkan rekod penjualan bulanannya pada bulan Oktober, dengan penjualan berdaftar kenderaan sebanyak 26,852 unit, peningkatan sebanyak 7.3% daripada 25,035 unit yang dijual pada bulan September 2020. Untuk sepuluh bulan pertama tahun 2020, Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 171,864 unit, 81.8% daripada sasaran jualan untuk menjual 210,000 unit untuk tahun ini. Kedua-dua kilang pemasangan Perodua telah beroperasi dengan kapasiti pengeluaran hampir maksimum sejak bulan Ogos untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kumpulan telah menunjukkan tahap pemulihan yang baik pada separuh kedua tahun ini, dengan pengecualian cukai penjualan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri automotif tempatan berikutan gangguan yang disebabkan oleh Covid-19. Kami yakin bahawa momentum penjualan yang memberangsangkan ini akan berterusan hingga akhir tahun ini, untuk kami mencapai sasaran penjualan tahun ini.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras – Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,500 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri – dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

–BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In