• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

FGV Luaskan Pasaran Benih Kelapa Sawit Di India, Sasar Jual 1.5 Juta Benih Menjelang 2021

in Hebahan
A A
FGV Luaskan Pasaran Benih Kelapa Sawit Di India, Sasar Jual 1.5 Juta Benih Menjelang 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR,  4 Nov (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) meluaskan penyertaannya dalam pasaran benih kelapa sawit di India dengan menyasarkan sebanyak 1.5 juta lagi jualan benih menjelang 2021 susulan peningkatan permintaan pasaran benih sawit premium di negara itu. 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, setakat ini FGV telah berjaya menjual sejuta benih kelapa sawit ke India menerusi jenama Yangambi ML161, iaitu bahan penanaman sawit nombor satu dengan 43 peratus bahagian pasaran di Malaysia. 

Menurutnya, pembeli terbaharu adalah  FGV Pre Unique, syarikat usahasama  antara FGV dan Pre-Unique Pvt Ltd yang ditubuhkan bagi menembusi pasaran produk makanan di India.

Ia berkata, FGV Pre Unique juga akan bertindak sebagai pengemudi FGV dalam memperluaskan pasaran benihnya di India, terutamanya di negeri Andhra Pradesh dan Telangana, sambil menambah syarikat itu telah menerima pesanan sejuta benih bagi pelanggannya pada September, empat bulan selepas usaha sama itu diwujudkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata Yangambi ML161 mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding jenis yang lain kerana ia memberi peratusan pengekstrakan minyak yang lebih tinggi dan bilangan tandan yang lebih banyak dengan tandan bersaiz sederhana, menjadikan benih paling menjadi pilihan dalam industri kelapa sawit.

“Saya yakin usaha niaga FGV di India adalah langkah yang betul untuk perkembangan perniagaan masa depan FGV,” katanya.

Selain India, beliau berkata Yangambi ML161 turut mendapat permintaan tinggi di Indonesia dengan 1.5 juta benih diikuti Thailand (0.56 juta benih), Papua New Guinea (0.32 benih) dan Sri Lanka (0.25 juta benih).

“Ini membuktikan keunggulan dan kualiti produk benih kami yang dipercayai di pasaran luar negara,” kata Haris Fadzilah.

— BERNAMA

Share277ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

10 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

1 year ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In