fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Belanjawan 2021 – Belanjawan Pengembangan Untuk Sokong Rakyat Dan Pulihkan Semula Ekonomi

in Hebahan
A A
Belanjawan 2021 – Belanjawan Pengembangan Untuk Sokong Rakyat Dan Pulihkan Semula Ekonomi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) — Kerajaan dijangka membentangkan belanjawan pengembangan bagi memastikan kemakmuran rakyat, kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi dalam waktu yang mencabar ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fokus pertama kerajaan dalam Belanjawan 2021 ialah memerangi COVID-19, daripada perspektif kesihatan dan sehubungan itu, sejumlah besar dana akan disalurkan untuk tujuan menangani pandemik dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada petugas barisan hadapan terutamanya dalam bentuk infrastruktur.

“Kita akan lakukan sekarang dan terus melakukannya sehingga COVID-19 berakhir,” kata beliau kepada BERNAMA dan stesen televisyen tempatan di sini hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini.

Belanjawan 2021 kali ini merupakan yang pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau menegaskan belanjawan ini adalah kesinambungan daripada empat pakej rangsangan bernilai RM305 bilion yang telah diumumkan sejak Malaysia terjejas oleh pandemik COVID-19.

Pakej rangsangan paling terbaharu ialah bantuan tambahan di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion seiring dengan usaha untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.

Pakej KITA PRIHATIN ini ialah lanjutan daripada pakej rangsangan ekonomi sebelumnya, iaitu PRIHATIN, PRIHATIN SME PLUS dan PENJANA dengan nilai RM295 bilion, atau kira-kira 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dengan suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion oleh kerajaan.

Bank Negara Malaysia telah menyemak unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun 2020 kepada -5.5 hingga -3.5 peratus daripada -2 hingga 0.5 peratus sebelumnya, dengan andaian awal berdasarkan kepada tempoh sekatan pergerakan hanya selama empat minggu dan bukannya tujuh minggu.

Ekonomi dijangka pulih dan mencatatkan pertumbuhan 5.5 peratus hingga 8.0 peratus pada 2021. 

“Belanjawan ini adalah sebahagian daripada pendekatan 6R yang dimulakan oleh kerajaan iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform, kata beliau dalam temu bual yang berlangsung selama satu jam di sini hari ini.

Kerajaan kekal fokus dalam memastikan Belanjawan 2021 sebagai keutamaan untuk menyediakan sumber yang mencukupi, kata beliau.

“Kerajaan akan terus berbelanja dalam keadaan yang agak sukar ini untuk merancakkan ekonomi negara,”  kata beliau.

Beliau menjelaskan kenaikan dalam nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada had statutori 55 peratus kepada 60 peratus sekarang, memberikan banyak ruang untuk kerajaan melaksanakan belanjawan pengembangan.

Economic Research Maybank Kim Eng mengunjurkan defisit sebanyak RM90 bilion atau 6.0 peratus daripada KDNK berbanding anggaran RM95 bilion atau 6.7 peratus daripada KDNK pada 2020.

Belanjawan 2020 yang dibentangkan tahun lepas bernilai RM277.5 bilion.

Selain daripada kesihatan, bidang fokus kedua ialah membantu mereka yang kurang berdaya – individu dan perusahaan mikro terutama yang terkesan oleh COVID-19.

“Ketiga ialah merangsangkan kegiatan ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan, aktiviti perniagaan di samping memacu pertumbuhan dan pemulihan pada 2021,” kata Muhyiddin.

Kerajaan juga akan menyediakan insentif untuk menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam usaha mencergaskan lagi ekonomi negara.

“Situasi di peringkat global amat mencabar dan banyak negara berebut hendak mendapatkan pelaburan memasuki negara mereka. Jadi, ini adalah sesuatu yang kita perlu beri perhatian di masa depan.”

“Kita mahu melancarkan ekosistem infrastruktur perniagaan.”

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata insentif untuk menarik FDI ke dalam negara bukan hanya diberi tumpuan pada tahun 2021 tetapi juga tahun 2022.

Untuk tempoh enam bulan pertama 2020, Malaysia telah mencatatkan pelaburan bernilai RM64.8 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama.

Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, pelaburan langsung domestik (DDI) menguasai 69.8 peratus atau RM45.3 bilion sementara FDI merangkumi selebihnya iaitu RM19.5 bilion.

Menduduki tangga ke-12 dalam senarai Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia pada 2020, jumlah pelaburan langsung asing Malaysia yang diluluskan pada 2019 ialah sebanyak RM82.4 bilion.

Muhyiddin memberi jaminan bahawa Belanjawan 2021 akan menjadi Belanjawan paling menyeluruh atau komprehensif yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

6 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

1 year ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In