fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bank Negara Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus

in Hebahan
A A
Bank Negara Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus berikutan ekonomi global terus pulih, didorong oleh pemulihan dalam aktiviti perkilangan dan eksport. 

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata keputusan OPR itu turut dilaksanakan selepas penunjuk terkini di Malaysia yang menunjukkan kegiatan ekonomi meningkat dengan ketara pada suku ketiga.

“Pengenalan langkah-langkah bersasar untuk membendung COVID-19 di beberapa negeri boleh menjejaskan momentum pemulihan pada suku keempat.

“Bagaimanapun, pertumbuhan bagi 2020 dijangka berada dalam julat unjuran sebelum ini,” katanya.

Bagi 2021, BNM berkata kegiatan ekonomi diunjurkan semakin bertambah baik, didorong oleh permintaan global yang semakin pulih, perbelanjaan sektor swasta dan awam yang kembali pulih dalam keadaan sokongan yang berterusan daripada langkah-langkah dasar dan pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti sedia ada dan baharu. 

Namun, kadar pemulihan ini dijangka tidak sekata merentas sektor, dengan kegiatan ekonomi dalam beberapa industri terus berada di bawah paras sebelum pandemik, dan peningkatan yang lebih perlahan dalam pasaran pekerja.

“Risiko pertumbuhan yang rendah masih wujud, berpunca terutamanya daripada ketidakpastian yang berterusan berhubung pandemik pada peringkat global dan dalam negeri,” katanya.

Mengenai purata inflasi keseluruhan, bank pusat berkata, sejajar dengan penilaian sebelum ini, purata inflasi keseluruhan dijangka negatif pada 2020 memandangkan harga minyak dunia yang jauh lebih rendah. 

“Bagi 2021, purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi.

“Bagaimanapun, prospek akan terus dipengaruhi dengan ketara oleh harga minyak dan komoditi dunia,” katanya.

Inflasi asas dijangka kekal rendah pada 2021 dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi, tambahnya.

 Di peringkat luaran, BNM berkata, berdasarkan penunjuk terkini, kegiatan ekonomi meningkat dalam kebanyakan ekonomi maju dan serantau dengan momentum pemulihan yang lebih ketara di China.

 Bagaimanapun, katanya penularan semula kes COVID-19 baru-baru ini telah menyebabkan beberapa ekonomi utama melaksanakan semula langkah-langkah pembendungan meskipun pada amnya lebih longgar berbanding langkah-langkah yang dilaksanakan sebelum ini.

“Hal ini menggambarkan bahawa pemulihan ekonomi global akan kekal tidak sekata dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menurut BNM, keadaan kewangan telah bertambah baik walaupun aktiviti penghindaran risiko kekal ketara.

“Prospek keseluruhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan ekonomi menjadi lebih rendah, terutamanya disebabkan oleh risiko penularan semula jangkitan COVID-19 yang boleh menyebabkan keadaan perniagaan, pekerjaan dan pendapatan menjadi lebih lemah,” tambahnya.

Secara keseluruhan, MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.

“Pengurangan OPR sebanyak 125 mata asas secara kumulatif pada tahun ini akan terus merangsang ekonomi,”katanya.

BNM berkata MPC akan terus menilai keadaan yang sentiasa berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri secara keseluruhan dan bank pusat akan terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

Sementara itu, bank pusat berkata mesyuarat ini juga meluluskan jadual mesyuarat MPC untuk 2021.

“Selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009, mesyuarat MPC akan diadakan sebanyak enam kali setahun.

“Mesyuarat akan diadakan selama dua hari dan Pernyataan Dasar Monetari diumumkan pada 3 petang pada hari kedua mesyuarat MPC,” katanya.

— BERNAMA

Share333ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

5 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

1 year ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In