
Siapa yang tidak mengenali syarikat Apple Inc, sebuah syarikat teknologi yang menjana pendapatan berbilion-bilion dolar setiap tahun. Syarikat ini terus-menerus memperkenalkan teknologi baru yang menakjubkan menerusi produk yang bersifat premium. Pencapaian yang hebat ditunjukkan oleh Apple telah membawa saingan yang sihat kepada syarikat-syarikat lain yang membawa genre produk yang sama. Sehingga kini, Apple masih lagi menjadi peneraju inovasi dan kelainan kepada produk di dalam pasaran. Ingin tahu lebih lanjut tentang fakta menarik mengenai Apple?

Sejarah penubuhan Apple
Apple ditubuhkan pada 1 April 1976 oleh 3 orang iaitu Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne. Pemilikan syarikat pada awalnya terbahagi kepada tiga orang dengan Wozniak dan Jobs masing-masing memiliki 45% manakala Wayne memiliki 10% saham syarikat.
Namun pengasas ketiga iaitu Ronald Wayne meninggalkan syarikat tersebut hanya 12 hari selepas ia ditubuhkan dengan nilai USD800 ketika itu.
7 Fakta Menarik Saham Apple
1. Tahukah anda pegangan saham di dalam Apple sebanyak 10% kini bernilai lebih USD95 bilion?
Keputusan Wayne meninggalkan Apple tersebut adalah merupakan satu kerugian yang amat besar. Kini, pegangan 10% saham yang sama dalam Apple mempunyai nilai lebih daripada USD95 Billion. Jika Wayne masih bersama Apple, beliau mungkin menjadi salah seorang orang terkaya di dunia.
2. Tahukah anda Ronald wayne turut menjual kontraknya bersama Apple dengan harga USD500 yang kemudiannya dilelongkan setinggi USD1.59 juta ?

Walaupun tidak pernah menyesal meninggalkan Apple, Wayne masih berdukacita kerana telah menjual kontrak asalnya bersama Apple yang disimpan dari tahun 1976 itu selama bertahun-tahun lamanya. Sekitar awal 90-an, dia menjumpai semula perjanjian tersebut dalam sebuah kabinet yang telah dipenuhi debu dan sawang. Memikirkan tiada alasan baginya untuk menyimpan lagi dokumen tersebut maka beliau pun menjualnya dengan harga USD500.
Tahukah anda, menurut “The Filthy Rich Guide,” kontrak tersebut dilelongkan pada tahun 2011 dengan harga USD1.59 Juta. Itu antara penyesalan terbesar yang tidak dapat dilupakan Wayne sepanjang hayatnya.
3. Saham Apple Disenaraikan 40 Tahun Yang Lepas Pada Harga USD22 Seunit
Apple telah disenaraikan di pasaran awam pada 12 Disember 1980 pada harga USD22 seunit pada ketika itu. Saham tersebut telah mengalami share split sebanyak 4 kali sejak IPO. Maka setelah diselaraskan mengikut split sebanyak 4 kali tersebut, harga IPO tersebut adalah USD0.39.
4. Apple Menjadi Syarikat US Pertama Yang Berjaya Mencapai Market Cap USD2 Trilion

Pada 19 Ogos yang lalu, Apple telah berjaya menjadi syarikat Amerika Syarikat yang pertama memiliki modal pasaran (Market Cap) sebanyak USD2 trilion. Ini didorong oleh harga saham Apple yang pada ketika itu mencecah paras All-Time High iaitu setinggi USD115.71 seunit.
Meskipun telah mencecah paras All-Time High, harga saham Apple tidak terhenti di situ malah terus meningkat ke paras yang lebih tinggi.
5. Apple telah melakukan pecahan saham/share split sebanyak 5 kali, sejak 12 Disember 1980
Share split bermaksud harga saham menjadi lebih berpatutan kepada pelabur kecil dengan nilai saham yang tidak berubah. Contohnya begini, katakan nilai seunit saham syarikat A adalah RM1.
Dan sekiranya syarikat tersebut melakukan pecahan saham pada 2 unit saham bagi setiap 1 unit saham, maka beliau kini pegang 2 unit saham pada harga RM0.50.

6. Tahukah anda kaunter di Bursa Malaysia mempunyai kaitan dengan Apple?
Senarai syarikat pembuatan komponen semikonduktor yang berkaitan dengan Apple adalah Globetronics Technology Berhad (Gtronics), Inari Amerton Berhad (Inari) dan Malaysia Pacific Industries (MPI).
Apakah hubungan Apple dengan Inari? Inari merupakan syarikat berpangkalan di Pulau Pinang dikenali sebagai vendor yang memasang dan menguji barangan untuk syarikat Broadcom Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Broadcom pula membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada Apple. Sebahagian besar pendapatan Inari datangnya daripada syarikat Broadcom ini.
Maka secara tak langsung, apabila permintaan terhadap barangan Apple meningkat, saham Apple meningkat, jualan Broadcom kepada Apple meningkat, maka pendapatan Inari turut meningkat.
7. Apple merupakan saham terbesar di dalam S&P 500 sejak 1986

Apple merupakan saham terbesar di dalam Nasdaq sejak 1986 dan masih lagi menduduki tempat teratas sehingga ke hari ini. Malah ia juga mengatasi syarikat gergasi lain seperti Microsoft, Amazon, Facebook, Google, Berkshire Hathaway dan lain-lain.
Bagaimana Cara Nak Beli Saham Apple?
- Buka akaun saham global – 5 Langkah Buka Akaun Saham Global Dan Mula Beli Saham Apple
- Fahamkan juga Kenapa Senarai Saham Global Patuh Syariah Broker Tempatan Berbeza-Beza?
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
- Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street