• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Inspirasi

10 Pelabur Terkaya Dunia Yang Dikagumi Ramai

in Inspirasi
A A
10 Pelabur Terkaya Dunia Yang Dikagumi Ramai
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ada ramai pelabur yang telah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan, ada yang mengkhususkan diri mereka dalam pelaburan nilai dan dana lindung nilai sahaja.

Tahukah anda, terdapat segolongan pelabur yang mampu mengalahkan pasaran, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu bertahan untuk menjana keuntungan yang besar secara konsisten.

Kecekalan merupakan salah satu faktor utama dalam menjadi seorang pelabur yang hebat! Jom kita lihat 10 pelabur terkaya dunia yang sangat dikagumi ramai.

Berkaitan

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

1. Steve Cohen

Pengasas SAC Capital dan Point72 Asset Management, Steve Cohen adalah salah seorang pelabur terkaya dunia dengan nilai bersih kekayaanya sekitar USD14 bilion. Beliau memulakan SAC Capital pada tahun 1992 tetapi terpaksa menutupnya atas arahan pihak berkuasa.

Sejak daripada itu, Steve menjana pendapatannya sebagai seorang pelabur yang mampu menghasilkan pulangan yang lumayan.

2. Abigail Johnson

Abigail Johnson merupakan seorang trader wanita paling kaya di dunia dan mempunyai nilai kekayaan bersihnya sekitar USD16.5 bilion. Nilai bersih kekayaan beliau ini termasuk saham Fidelity Investments. di mana beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden syarikat.

Beliau mewarisi jawatan ini daripada bapanya pada bulan November 2016 dan memegang satu perempat daripada saham syarikat.

3. Ray Dalio

Ray Dalio menguruskan dana lindung nilai terbesar di dunia, Bridgewater Associates dengan kekayaan yang dianggarkan sekitar USD18 bilion. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979, syarikat pelaburan ini telah berkembang dengan pesat dan mempunyai lebih daripada USD160 bilion nilai aset.

4. James Simon

Tahukah anda, James Simon dianggap sebagai seorang pakar pelaburan kuantitatif? Beliau kini berusia 80 tahun dan telah berjaya mengumpul kekayaan sekitar USD20 bilion.

Syarikatnya menggunakan model komputer untuk menjana keuntungan daripada ketidakcekapan pasaran untuk jangka masa pendek.

5. Thomas Peterffy

Peterffy merupakan warga Amerika Syarikat kelahiran Hungari. Beliau tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1965 dengan hanya sehelai sepinggang. Beliau berjaya menjana kekayaannya daripada Interactive Brokers, yang beliau usahakan sejak tahun 1993.

Kini aset beliau dianggarkan bernilai USD22.5 bilion. Walaupun usianya sudah 73 tahun, beliau masih aktif dan terlibat dalam membuat keputusan perniagaan untuk syarikatnya.

6. Joseph Safra

Dengan anggaran nilai kekayaan bersih lebih dari USD24 bilion, Joseph Safra merupakan salah seorang pelabur dan merupakan pegawai bank yang terkaya di dunia. Pelaburan utama beliau adalah di dalam Banco Safra, Bank Negara Safra New York dan beliau juga merupakan pelabur hartanah yang terkemuka di Amerika Syarikat.

7. Carl Icahn

Nama Carl Icahn juga terkenal sebagai salah seorang pelabur terkaya di dunia. Carl Icahn telah memecahkan rekod prestasi luar biasa yang pernah dicipta oleh Warren Buffett. Beliau berjaya memperolehi pulangan tahunan lebih daripada 30 peratus sejak tahun 1968.

Icahn juga telah menghasilkan berbilion dolar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam pelaburannya ke dalam Apple, eBay, Netflix, Xerox dan sebagainya. Nilai bersihnya dianggarkan sekitar USD24 bilion.

8. Michael Bloomberg

Pada permulaan pelaburannya, beliau telah melaburkan USD10 juta ke dalam syarikat analisis kewangan miliknya. Kini beliau merupakan di pelabur terkaya dunia dengan nilai kekayaan bersih sekitar USD51 bilion.

9. George Soros

George Soros telah menjana keuntungan berjuta-juta dolar dalam pelaburan trend makro. Beliau juga telah memperolehi keuntungan sebanyak USD1 bilion pada tahun 1992 ketika menjual (short) mata wang Pound British dalam Forex pada ketika itu.

Selain itu, George Soros juga telah menyumbang sebanyak USD18 bilion kepada Open Society Foundations. Aset terkininya dianggarkan bernilai kira-kira USD25 bilion.

10. Warren Buffet

Warren Buffett, satu sosok yang tidak perlu kita perkenalkan lagi. Beliau dianggap sebagai salah seorang ikon pelaburan yang berjaya memperolehi pulangan tahunan lebih daripada 20 peratus sejak tahun 1965. Kini, nilai kekayaan bersihnya adalah sekitar USD68 bilion.

Kesimpulannya, pelabur yang terkaya dan berjaya di dunia ini merupakan seorang yang pandai mengatur strategi pelaburan dan melabur untuk jangka masa panjang.


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share494ShareSend

Related Posts

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?
Inspirasi

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 years ago
3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim
Fundamental Analisis

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

5 years ago
Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Inspirasi

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

5 years ago
Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Inspirasi

Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In