Pasaran dunia telah pun mengalami penurunan (pullback) lebih daripada dua minggu , sudah tentu pasaran di Bursa Malaysia juga tidak terkecuali. Walaupun Bursa Malaysia telah mengalami penurunan lebih daripada -100 mata iaitu daripada 1600 ke 1500, namun keadaan penurunan ini masih dikira penurunan yang sihat setelah membuat kenaikan sebanyak 400 mata dalam masa 4 bulan.

Kaunter Sarung Tangan Getah Membuat Share Buyback
Pada Jumaat 11 September 2020 lalu, indeks Bursa Malaysia membuat lantunan teknikal dan ditutup tinggi, naik 14.73 mata atau 0.99% untuk ditutup pada paras 1504.85 mata. Ianya telah disokong oleh kaunter-kaunter sarung tangan getah (gloves) iaitu Top Glove dan Hartalega.

Jika dilihat kepada carta mingguan pula, indeks Bursa Malaysia telah membuat penutupan dengan membentuk candlestick hammer. Ini suatu petanda yang baik buat pedagang pasaran Bursa Malaysia kerana kemungkinan besar tekanan jualan sudah berakhir dan pasaran kita sudah bersedia untuk meneruskan kenaikan semula. Top Glove telah melonjak naik sebanyak 20.31% iaitu RM 1.31, manakala Hartalega melonjak naik 4.71% iaitu RM 0.56.
Top Glove dan Supermax mula membuat share buyback. Share buyback bermaksud syarikat membeli semula saham-saham mereka sebagai tanda keyakinan mereka bahawasanya harga saham syarikat semasa berada pada harga lebih rendah daripada market valuation. Top Glove belanja hampirRM 100 juta untuk belian semula saham mereka pada harga RM6.12 – RM7.40 semalam, manakala Supermax belanja hampir RM5.48 juta untuk belian semula saham mereka semalam.

Selain daripada sektor sarung tangan seperti saham Topglove dan Supermax yang menjadi buruan pedagang jangka masa pendek, saham sektor teknologi seperti JCY turut menjadi tumpuan pedagang.

Saham-saham kajian ini hanyalah kajian peribadi saya bagi tujuan pendidikan dan bukanlah saranan untuk menbeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




