• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Inspirasi

Top 8 Penginapan ‘Kayangan’ di Pulau Langkawi

in Inspirasi
A A
Top 8 Penginapan ‘Kayangan’  di Pulau Langkawi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

Rata–rata ramai yang berjaya membuat pulangan berganda di pasaran Bursa Malaysia terutamanya selepas fasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah ada berkongsi kegembiraan di media sosial dengan pulangan keuntungan sehingga 2000% dari modal yang dilaburkan dalam masa 3 bulan sahaja, suatu perkara yang luar biasa terjadi jika hendak dibandingkan sesi normal Bursa Malaysia setahun lalu.

Pasti ada yang sudah berkira–kira untuk melancong ke luar negara setelah berjaya mengambil keuntungan besar saham, bila lagi hendak bawa anak bini bercuti luar negara kan?

Namun, pada 28 Ogos 2020 yang lalu, Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020. Ini bermakna, sebarang pergerakan keluar dan masuk sempadan Malaysia adalah terbatas sepanjang tempoh PKP, apatah lagi jika bertujuan untuk melancong ke luar negara.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Biarpun kita digambarkan pelbagai cerita indah di luar negara, apa salahnya jika kita menerokai & merasai sendiri kelebihan tempat pelancongan di Malaysia. Salah satu tempat yang tidak lagi asing untuk kita lawati adalah Pulau Langkawi.

Terdiri daripada 99 buah pulau, Pulau Langkawi amat dikenali sebagai destinasi pelancongan serba lengkap, daripada UNESCO Geopark Langkawi di sebelah timur, Pulau Dayang Bunting & aktiviti memberi makan kepada burung helang di sebelah selatan, Pantai Cenang yang ‘happening’ di sebelah barat dan Langkawi Cable Car di sebelah utara.

Pulau Langkawi juga menjadi tempat persinggahan bot–bot mewah, bahkan lapangan terbang Pulau Langkawi kini menyediakan penerbangan antarabangsa tanpa perlu transit di KLIA atau Penang terlebih dahulu. Maka, tidak hairan apabila terdapat hotel–hotel mewah yang ada di pulau tersebut bagi memenuhi kehendak golongan kayangan, bagai cendawan tumbuh selepas hujan, bahkan harga permulaan serendah RM1,000 bagi satu malam!

TheKapital menyenaraikan Top 8 Penginapan ‘Kayangan’ di Pulau Langkawi melalui carian mudah Agoda.com;

1. The Diamond House

Sewaan rumah serendah RM 9,515 dengan 3 bilik dan 4 bilik air. Kedudukannya yang strategik menjadi pilihan utama para pelancongan di tambah pula bilik yang berhadapan pemandangan sawah padi yang menenangkan.

2. H Villa 12 A Luxury Bungalow With Private Pool

Sewaan bermula RM 1,960 satu malam, banglo ini terletak cuma 20 minit daripada pusat tarikan utama Pantai Cenang yang ‘happening’, contra dengan Pantai Tengah yang tenang & privasi sesuai untuk dijadikan tempat penginapan.

3. Luxury Villas at Ombak Villa Langkawi

Sewaan bermula RM 1,660, vila ini terletak berhampiran dengan Lapangan Antarabangsa Pulau Langkawi dan pusat tarikan utama Padang Matsirat yang terkenal dengan Beras Terbakar serat pusat jualan ubat minyak gamat.

4. Four Seasons Resort Langkawi

Sewaan bermula RM 1,350 satu malam, Four Seasons tidak asing lagi dalam industri perhotelan dan selalu disinonimkan dengan tempat bermalam yang mewah dengan fasiliti serba lengkap. Terletak di Tanjung Rhu, resort ini menyediakan pantai privasi buat penginapnya.

5. The Ritz-Carlton Langkawi, Malaysia

Sewaan bermula RM 1,183 satu malam, The Ritz-Carlton juga antara salah satu hotel terkemuka dunia. Hotel ini terkenal dengan infinity pool berhadapan Pantai Kok, nyaman!

6. Villa 4

Sewaan bermula RM 1,086 satu malam, vila moden ini bertemakan konsep keterbukaan dengan cermin lutsinar bagi menikmati suasana hutan hijau yang menenangkan juga pemandangan Laut Andaman dari jauh.

7. The St. Regis langkawi

Sewaan bermula RM 1,083, nama St. Regis tidak asing lagi dalam industri perhotelan. Terletak berhampiran dengan Jeti Pekan Kuah, menyediakan pantai privasi buat penginapnya dan menjadi hotel pilihan dengan berlatarkan pemandangan matahari terbenam yang romantis!

8. White Monkey Villa Private Pool Wow Holiday Homes

https://www.agoda.com/white-monkey-villa-luxury-private-pool-villa/hotel/langkawi-my.html

Dengan harga sewaan serendah RM 1,020 satu malam, vila ini berhampiran dengan Telaga Harbour & Pantai Cenang. Terletak di kawasan bukit, vila ini menyediakan infinity pool dan bilik yang menghadap pemandangan Laut Selat Melaka daripada jauh.

Terdapat pelbagai lagi penginapan mewah dan bertaraf 5 bintang di Pulau Langkawi, namun TheKapital cuma ketengahkan pilihan terbaik daripada ulasan penghujung di pusat penginapan di atas. Dengan perintah kawalan terbaharu, inilah masa yang terbaik untuk kita melancong dalam negara.

Sambil–sambil kita bersantai bersama keluarga tercinta, dalam masa sama juga kita menyumbang semula kepada pertumbuhan ekonomi negara yang teruk dihimpit dek PKP baru–baru ini terutamanya dalam sektor industri pelancongan dan perhotelan. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang membantu negara, siapa lagi?

Share432ShareSend

Related Posts

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?
Inspirasi

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 years ago
3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim
Fundamental Analisis

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

5 years ago
Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Inspirasi

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

5 years ago
Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Inspirasi

Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In