Kita sering mendegar kisah kejayaan Syarikat Berkshire Hathaway yang dikemudikan oleh Warren Buffett sehingga berjaya menjadi syarikat konglomerat yang berjaya di dunia. Disebalik kejayaan syarikat tersebut, Warren Buffett telah dibantu oleh seorang lagi rakannya yang kurang dikenali berbanding dengan dirinya, iaitu Charlie Munger dalam mengemudi syarikat tersebut.

Kita jarang mengikuti kisah kejayaan yang diperolehi oleh Charlie Munger, dan kali ini kita akan mengupas ucapan yang telah dibukukan di dalam buku yang bertajuk “Poor Charlie’s Almanack”. Buku ini menghimpunkan strategi-strategi yang digunakan oleh Charlie Munger di dalam dunia pelaburan dan juga kehidupan peribadi.

Di antara intipati penting yang terdapat di dalam buku tersebut adalah:
1. Bermula Dengan “TIDAK”
Ini adalah strategi yang penting di dalam dunia pelaburan dan juga kehidupan. Bermula dengan “TIDAK” membawa maksud kita menjauhi setiap perkara yang kita tidak tahu mengenainya. Seperti Syarikat Berkshire Hathaway, syarikat ini mengatakan “TIDAK” untuk melabur ke dalam syarikat teknologi sejak daripada dulu lagi. Sehingga ke hari ini, Berkshire Hathaway hanya memiliki satu saham dalam sektor teknologi iaitu saham Apple di dalam portfolionya. Walaupun Berkshire Hathaway banyak terlepas banyak peluang kemasan di dalam perniagaan syarikat teknologi, Berkshire Hathaway juga telah berjaya mengelakkan diri daripada kerugian yang besar akibat memegang saham syarikat teknologi yang tidak stabil untuk tempoh jangka masa yang panjang.
2. Lollapalooza Effect
Secara ringkas, Lollapalooza Effect adalah kesan yang berlaku di persekitaran kita yang membuat kita terpengaruh untuk membuat keputusan yang sama dengan keadaan persekitaran. Kesan ini mempunyai baik dan buruknya yang tersendiri.
Tetapi, menurut Charlie Munger kebanyakan kesan Lollapalooza Effect ini adalah buruk. Salah satu kesan Lollapalooza Effect yang ketara di dalam dunia pelaburan adalah kita bertindak membeli atau menjual saham hanya berdasarkan tindakan pelabur lain di dalam pasaran. Jika mereka menjual, kita turut sama menjual dan sebaliknya.
3. Belajar Daripada Kesilapan Orang Lain
Sudah menjadi lumrah setiap orang yang berjaya di dalam dunia untuk mengambil pegajaran daripada setiap kesilapan. Pepatah Inggeris ada mengatakan “smart people learn from his mistake, wise people learn from other people’s mistake”.
Ini membuktikan bahawa kesilapan merupakan guru yang terbaik dalam hidup kita. Oleh itu, kita perlu mendalami dan mengenali tokoh-tokoh yang telah berjaya dan juga tokoh-tokoh yang gagal dalam perkongsian mereka dan belajar daripada kesilapan mereka. Dengan cara ini, kita akan mendapat kefahaman yang lebih baik di dalam dunia pelaburan dan juga di dalam kehidupan.
4. Menjadi Seperti Pisau Lipat Tentera Swiss
Charlie Munger terkenal sebagai seorang yang tidak gemar melakukan portfolio diversification di dalam pelaburannya, baik untuk Berkshire Hathaway mahu pun pelaburan dirinya sendiri. Makna disebalik metafora Pisau Lipat Tentera Swiss ini adalah, sebelum memilih sesuatu saham, seseorang itu perlu mempunyai dan mendalami pelbagai ilmu terutamanya dalam ilmu ekonomi, cukai, statistik, undang-undang, psikologi dan juga sejarah.
Ilmu ini semua diperolehi menerusi pembacaan dan kajian yang bersungguh seperti yang dilakukan oleh Charlie Munger. Dengan memiliki kepelbagaian jenis ilmu, seseorang individu itu dapat mengurangkan risiko dirinya daripada melakukan kesilapan di dalam pelaburan saham.
5. Membuat Checklist Senarai Pelaburan
Ini adalah perkara yang penting dalam mana-mana pelaburan yang kita lakukan. Perkara yang paling penting adalah mengukur kadar risiko yang perlu kita sanggup tanggung dalam setiap keputusan pelaburan.
Selain daripada itu, kita hanya melabur di dalam sesuatu sektor yang kita arif dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenainya. Kita perlu elakkan daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketika dalam keputusan yang dibuat dalam pelaburan. Sekiranya terdapat peluang yang jelas di depan mata, jangan bertangguh lagi untuk merebut peluang tersebut.
Seterusnya, perkara yang paling penting dalam pelaburan ini sebenarnya adalah sifat sabar. Ketika keadaan genting berlaku, kita perlu sentiasa merujuk kepada fakta untuk memastikan tindakan yang kita lakukan itu adalah tindakan yang tepat.
Sumber Rujukan:
Charlie Munger dilaporkan meninggal dunia pada hari Selasa, 28 November 2023 di California pada usia 99 tahun.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




