• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Inspirasi

Dan Zanger, Trader Yang Berjaya Menggandakan Wang $10,775 Kepada $18,000,000 Dalam Tempoh 18 Bulan

in Inspirasi
A A
Dan Zanger, Trader Yang Berjaya Menggandakan Wang $10,775 Kepada $18,000,000 Dalam Tempoh 18 Bulan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Daniel J. Zanger, bukan lagi nama asing dalam dunia trading saham. Beliau merupakan pemegang rekod trader perseorangan yang paling berjaya dan paling lama dalam industri pelaburan saham. Sehingga ke hari ini, rekod beliau masih belum dapat diatasi oleh mana-mana trader di seluruh dunia.

Kehebatannya di dalam pasaran saham ini telah melayakkan beliau untuk memasuki majalah terkemuka Fortune untuk dijadikan cover muka hadapan.

Beliau yang dikenali sebagai momentum trader telah berjaya menggandakan wang pelaburannya dari $10,775 kepada $18,000,000 dalam tempoh 18 bulan. Hal ini telah menarik pelbagai media perdana untuk mengetahui kisah kehebatan beliau di dalam pasaran saham.

Berkaitan

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

Apa yang menarik mengenai Dan Zanger ini, beliau bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang di dalam bidang pelaburan saham. Apa yang berlaku adalah hasil usaha keras beliau sendiri.

Siapa Dan Zanger?

Dan Zanger dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles. Beliau hanya mempunyai pendidikan di peringkat sekolah menengah sahaja.

Minatnya terhadap dunia saham ini tercetus daripada ibunya yang sering menonton berita tentang saham di televisyen. Dari situ, secara tidak langsung ianyatelah memupuk minat Dan Zanger sejak kecil terhadap pasaran saham.

Ketika berusia 20-an, Dan Zanger berkerja dalam pelbagai bidang untuk menampung kehidupanya termasuk menjadi buruh kasar. Pada awal era 1990-an, beliau mengambil keputusan untuk mempelajari saham secara serius.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, itu tidak menghalang Dan Zanger daripada berjaya di dalam pasaran saham. Kerana beliau percaya bahawa usaha keras tanpa putus asa adalah formula yang terbaik untuk berjaya di dalam pasaran saham.

Setelah yakin dengan ilmu yang diperolehi, beliau mula melakukan trading di dalam pasaran saham pada pertengahan tahun 1998 dengan bermodalkan duit penjualan kereta Porschenya yang bernilai $11,000.

Pada masa tersebut, saham syarikat yang berasakan internet menjadi pilihan para pelabur untuk membuat duit kerana era internet baru sahaja bermula. Dan Zanger juga tidak terkecuali daripada mengambil peluang yang sedia ada.

Di antara teknik yang digunapakai oleh Dan Zanger adalah membeli saham ketika insitusi membeli, atau dalam kata lain apabila jerung membeli. Baginya, ianya merupakan teknik yang sangat berkesan.

Beliau juga memilih saham yang mempunyai volume yang tinggi bagi memudahkan pergerakan harga saham turun naik dengan banyak di dalam pasaran saham.

Beliau menjadikan buku tulisan William O’Neil yang bertajuk “How to Make Money in Stocks” sebagai rujukan utama di dalam trading. Menurutnya, dalam tempoh 6 tahun, buku itu telah dibaca lebih daripada 35 kali secara berulang kali bagi mendapat idea yang bernas ketika melakukan trading. Maka, tidak hairanlah beliau menggunakan teknik CANSLIM untuk dijadikan panduan semasa menjalankan aktiviti trading.

Beliau juga menghabiskan masa sehingga 8-16 jam sehari untuk mengkaji saham yang berkualiti dengan menggunakan volume dan price analysis sebagai indicator utamanya dan dibantu oleh chart pattern.

Selepas berjaya mencapai $18,0000 di dalam pasaran saham, beliau akhirnya berhenti menjadi kontraktor dan menjadi seorang trader sepenuh masa. Dengan pengalaman sebanyak 30,000 jam mengkaji carta dan saham-saham yang berpotensi untuk naik, beliau akhirnya telah menjadi mentor yang bertauliah untuk mengajar saham di Amerika Syarikat. Dengan pengalaman yang begitu luas, ilmunya telah dijadikan rujukan kepada ramai pelabur baru.

Sumber Rujukan:

  • www.chartpattern.com/about.cfm
  • https://stockmillionaires.com/dan-zanger-turned-10k-18mm-18-months/
  • https://tradersworld.com/DanZanger.pdf
  • http://retailtrader.info/dan-zangers-10-rules-of-trading/
Share533ShareSend

Related Posts

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?
Inspirasi

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

2 years ago
3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim
Fundamental Analisis

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

5 years ago
Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Inspirasi

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

5 years ago
Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Inspirasi

Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

5 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In