Apabila diimbau sejarah yang tidak terlalu lampau, pasaran harga minyak dunia pernah mencecah 140 USD setong ketika berlaku perang Amerika Syarikat dan Iraq beberapa tahun ke belakang.
Saya ingat lagi ketika itu saya masih bersekolah. Barisan panjang kereta di stesen-stesen minyak ketika Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah ketika itu mengumumkan harga minyak naik hingga mencecah paras RM3.00 seliter.
Saya ingat lagi keresahan ayah memikirkan belanjawan isi rumah yang akan meningkat dek meningkatnya harga minyak pada ketika itu.

Dalam Kesempitan Ada Kesenangan Mendatang
Tetapi, rupa-rupanya pada kenaikan harga minyak yang menjadi igauan ngeri perancangan ekonomi setiap isi rumah di negara kita, juga seluruh dunia, ada satu hakikat yang perlu kita terima:
“Dalam setiap kesempitan, ada kesenangan yang datang.”
Ketika itu, semua kaunter yang berkaitan industri minyak dan gas dari HIBISCS, hinggalah SAPNRG termasuklah VELESTO dan BARAKAH semuanya membuat rally.
Kata orang :
“Campaklah duit ke mana-mana kaunter minyak dan gas ketika itu, Inshaallah rayaaa.”
Itu cerita pada ketika itu.
Sektor Berkaitan Teknologi Tidur
Bagaimanapun, sektor berkaitan teknologi langsung tidur pada ketika itu.
PENTA dan DUFU masih harganya 20sen. MI dan GREATEC pun masih belum dilahirkan biarpun di peringkat IPO (Initial Public Offering).
Pendek kata, mereka ini sektor teknologi sedang tidur belaka kesemuanya!
Pun begitu, ketika Revolusi Industri 4.0 mulai mendapat tempat. Industri yang secara perlahan-lahan mengubah landskap dunia dengan kebergantungan semua individu yang hidup dengan teknologi. Semuanya di hujung jari. Kita mendapati segala sektor berkait teknologi mulai bangkit dan beraksi.
Jadi tidak pelik GREATEC dan UWC ketika mula-mula disenaraikan di Bursa Malaysia sekitar 2019, setahun lepas, harganya di bawah paras seringgit.
Tetapi hari ini, harganya boleh tahan bangsawan.

Harga saham Greatec naik sebanyak 558% dalam tempoh hanya satu tahun. Harga dari RM1 naik kepada RM6++.

Harga saham UWC ni dulu baru RM1, sekarang dah nak cecah RM5. Kenaikan 455% dalam masa hanya setahun.
Untuk jimatkan masa, kami senaraikan saham-saham lain yang berkaitan : MI, FRONTKN, FPGROUP, PENTA, DUFU.
Apa Jadi Dengan Kaunter Minyak?
Sementara, kaunter-kaunter minyak semuanya masih tidur. Risaunya kalau mereka tidur dan tak akan bangkit lagi. Tersangkutlah yang masih menyimpan kaunter minyak ketika di harga pucuk yang kononnya untuk melabur tetapi duit modal ternyata telah lebur. Bersabarlah.
Mungkin hari ini jika harga minyak meroket sekalipun, tapi selama mana, airlines masih tidak beroperasi seperti biasa, kaunter-kaunter minyak ini belum masanya lagi untuk dibeli.
Adakah Sektor Teknologi Sedang Bangkit?
Untuk hala tuju masa hadapan, dilihat sektor teknologi dengan asas fundamental bisnes yang kukuh pasti akan memberikan pulangan yang lumayan.
Bagi tidak melepaskan peluang yang sentiasa datang persiapkanlah diri sebagai pelabur dan pedagang dengan ilmu memahami pasaran. Segalanya mungkin dengan mula mengambil tahu setiap apa yang terjadi kepada ekonomi dunia dan semasa.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




