• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

10 Perkara Wajib Tahu Mengenai IPO Oppstar Berhad

in Trading Idea
A A
10 Perkara Wajib Tahu Mengenai IPO Oppstar Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Prestasi tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun 2022 yang sangat cemerlang membuatkan semakin ramai pelabur membuka mata dan melihat peluang yang ada pada IPO.

Jika dahulu tidak ramai orang yang tahu apa itu IPO, kini semakin ramai orang yang mula mengorak langkah memohon IPO.

Terdapat beberapa cara untuk memohon IPO. Antaranya adalah melalui laman sesawang MITI, platform broker, Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain. 

Berkaitan

Dagangan Bursa Malaysia, Ringgit Tahun 2022 Diasak Kemelut Perang Dan Inflasi

TNB Kekal Menarik Dalam Kalangan Pelabur Dengan Pendapatan, Pembayaran Dividen Stabil

Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya

Baca: Mohon IPO Melalui MITI? Ini Cara-Caranya.

Baca juga: Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan Maybank2u

Salah satu IPO yang akan disenaraikan pada tahun ini adalah Oppstar Berhad. IPO ini sangat dinanti-nantikan oleh ramai pelabur IPO.

Setelah menerbitkan prospektus pada Ogos 2022, Oppstar Berhad akhirnya telah memperoleh kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad pada bulan Januari 2023 untuk disenaraikan di Pasaran ACE. 

Sebelum anda membuat permohonan, apa kata anda ambil tahu mengenai IPO Oppstar terlebih dahulu.

1. Pengasas Oppstar

Gambar: Laman web Oppstar

Oppstar Berhad ditubuhkan pada tahun 2014 oleh 3 orang pakar dalam industri reka bentuk litar bersepadu (IC) iaitu Encik Tan Chun Chiat, Encik Ng Meng Thai dan Encik Cheah Hun Wah.

Ketiga-tiga mereka mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam industri ini dengan pengalaman sekurang-kurangnya 27 tahun. Ketiga-tiga pengasas ini mempunyai kepakaran masing-masing. Sebagai pelabur, maklumat seperti ini penting kerana pelabur tahu bahawa syarikat ini diasaskan oleh orang yang benar-benar pakar dan mempunyai pengalaman yang luas untuk meneraju syarikat.  

2. Sejarah Penubuhan 

We turn today's challenges into tomorrow's opportunities | Oppstar  Technology

Oppstar Berhad ditubuhkan pada tahun 2014. Bagi sebuah syarikat yang bakal tersenarai, syarikat ini boleh dianggap sebagai agak baru. Visi Oppstar adalah untuk menjadi sebuah jenama semikonduktor global yang terkemuka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). 

Hari ini, Oppstar telah mempunyai lebih 200 pekerja berkemahiran tinggi dan sedang dalam proses untuk merealisasikan visinya dengan menjadi penyedia penyelesaian reka bentuk IC sehenti pilihan kepada pelanggannya. 

Berikut merupakan antara peristiwa penting yang dilalui Oppstar sejak penubuhannya.

Sumber: Oppstar

3. Perniagaan Oppstar Berhad

Oppstar terbabit terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu IC yang meliputi reka bentuk bahagian hadapan, reka bentuk bahagian belakang dan penyelesaian siap guna yang lengkap.

Kumpulan juga menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan pengesahan pasca silikon, latihan serta perkhidmatan perundingan.

Sumber: Oppstar

Perniagaan Oppstar Berhad merangkumi industri seperti telekomunikasi, automotif, elektronik industri, dan elektronik pengguna.

Sumber: Prospektus

4. Maklumat IPO

Sumber: Prospektus

Pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) Oppstar akan merangkumi terbitan awam sebanyak 165,479,000 unit saham baru. Ia merangkumi kira-kira 26% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan (enlarged issued share capital).

Sejumlah 31,810,000 unit saham akan disediakan untuk permohonan oleh rakyat Malaysia dan 22,267,000 saham akan disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan rakan perniagaan yang layak yang menyumbang kepada kejayaan Oppstar.

Sebanyak 31,877,000 saham lagi akan disediakan melalui penempatan persendirian (private placement) kepada pelabur terpilih manakala baki 79,525,000 saham akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Adakah anda sempat mengambil peluang memohon di laman sesawang MITI tempoh hari?

5. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa

Sumber: Prospektus

Sebelum anda membuat keputusan sama ada untuk memohon satu-satu IPO, bahagian ini merupakan bahagian paling penting di dalam prospektus. Pelabur mesti nak tahu duit yang dilaburkan ke dalam syarikat akan digunakan untuk tujuan apa kelak. 

Jika syarikat pergi IPO untuk mengembangkan perniagaan syarikat, sudah tentu ianya adalah satu petanda positif.

Pelabur akan berfikir dua kali sekiranya syarikat menggunakan sebahagian besar dana IPO untuk membayar hutang.

Jika dilihat daripada jadual di atas, nampaknya tiada dana dari IPO akan digunakan untuk membayar hutang.

6. Strategi Perniagaan Dan Perancangan Masa Hadapan

  1. Menambah bilangan tenaga kerja seramai 280 orang yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik
  2. Mengembangkan kehadiran di luar negara dengan menyewa pejabat di India, Singapura, dan Taiwan bagi memberi servis dan sokongan kepada pelanggan
  3. Mengembangkan perniagaan melalui pelaburan serta pengambilalihan
  4. Menawarkan servis post silicon validation 
  5. Membangunkan Intelectual Property (IP) sendiri dan mendapatkan lesen bagi IP tersebut
  6. Mengukuhkan kerjasama bersama pusat pengajian tinggi

7. Pendapatan Syarikat

Sumber: Prospektus

Berdasarkan laporan kewangan yang boleh dirujuk pada prospektus, prestasi kewangan Oppstar dilihat sangat baik bagi tiga tahun terakhir (2020 – 2022).

Hasil perolehan syarikat dan keuntungan selepas cukai (PAT) Oppstar terus meningkat setiap tahun. Pertumbuhan positif seperti ini akan memberikan pelabur keyakinan bahawa syarikat ini mampu untuk terus berkembang.

China merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan kumpulan Oppstar dengan menyumbang sebanyak 52.76%, 76.63%, dan 77.94% kepada jumlah pendapatan tahun 2020, 2021 dan 2022.

8. Pemegang Utama Saham Oppstar

Sumber: Prospektus

Pemegang saham utama syarikat terdiri daripada 3 orang pengasas iaitu Ng Meng Thai, Cheah Hun Wah dan Tan Chun Chiat. Promoter Oppstar iaitu Bigcore Technology pula memegang sebanyak 4.50% sebelum IPO dan setelah Oppstar tersenarai pegangan ini akan menjadi 3.34%.

9. Status Syariah IPO Oppstar

Setakat 11 Februari 2023, status syariah IPO Oppstar masih lagi belum diketahui. Status syariah Oppstar akan dapat diketahui selepas prospektus dimuktamadkan kelak.

10. Polisi Dividen

Oppstar menyasarkan nisbah pembayaran kira-kira 25% daripada keuntungan bersih setiap tahun fiskal. 

Setelah selesai membaca kesemua maklumat di atas, apa pandangan anda terhadap IPO Oppstar? Adakah anda berminat?

Sebelum itu, pastikan anda ada akaun CDS terlebih dahulu sebelum anda memohon IPO kerana sekiranya berjaya saham tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda.

Akhir kata dari kami berharap semua pembaca akan berjaya memohon IPO serta memperoleh keuntungan daripada IPO yang dipohon.

Baca: Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya

Sumber: 

  1. Berita Harian
  2. Prospektus
Tags: Bursa Malaysiaoppstarprospectus
Share709ShareSend

Related Posts

Dagangan Bursa Malaysia, Ringgit Tahun 2022 Diasak Kemelut Perang Dan Inflasi
Saham

Dagangan Bursa Malaysia, Ringgit Tahun 2022 Diasak Kemelut Perang Dan Inflasi

3 months ago
Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion
Catalyst

TNB Kekal Menarik Dalam Kalangan Pelabur Dengan Pendapatan, Pembayaran Dividen Stabil

3 months ago
Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya
Saham

Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya

9 months ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Membeli IPO Senheng
Trading Idea

10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Membeli IPO Senheng

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In