“i-Stone kini adalah Aimflex Berhad”
Masih ingatkah anda dengan i-Stone? i-Stone yang boleh dianggap baru dalam Bursa Malaysia disenaraikan pada Julai 2019 dengan nilai tawaran permulaan awam (IPO) hanyalah RM0.16.
Baca : The Star
Pada 11 Mac 2021, Aimflex Berhad telah menganjurkan sebuah majlis pelancaran penjenamaan korporat syarikat tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Fokus utamanya adalah untuk merasmikan penjenamaan semula i-Stone Group Berhad kepada Aimflex Berhad dan memperkenalkan logo baharu Aimflex Berhad.

Pihak The Kapital menerima jemputan daripada Aimflex Berhad sebagai pengamal media di Malaysia telah menghantar wakil untuk menjadi saksi detik bersejarah syarikat tersebut.

Oleh yang demikian, jangan hairan sekiranya anda ada membeli saham i-Stone tetapi tiba-tiba nama saham tersebut telah bertukar kepada Aimflex.

Sumber: Aimflex
Jom kita baca ulasan daripada pihak Aimflex pada majlis tersebut.
1. Daripada i-Stone Group Berhad Kepada Aimflex Berhad
Nama Aimflex diilhamkan daripada nilai teras syarikat untuk menjadi sebuah syarikat yang berinovasi dan terus berkembang maju dengan teknologi dan konsisten dalam penambahbaikan untuk terus mencipta kejayaan.
Untuk pengetahuan anda, Aimflex merujuk kepada:
A : Autonomous
I : Intelligent
M : Machine
Flex : Flexible
Nama baharu Aimflex ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memberikan penyelesaian ujian automasi dan mesin automasi terbaik kepada pelanggannya.
2. Aimflex Lebih Kukuh
Daripada ucapan Pangeran Dato’ Dr Awang Daud Bin Pangeran Awang selaku Pengerusi Eksekutif Aimflex, penjenamaan semula Aimflex adalah kerana syarikat ini telah menjadi lebih kukuh dalam pasaran.
Ini juga mencerminkan fokus utama syarikat iaitu, memaksimakan potensi yang ada di dalam dan luar negara.
Seiring dengan Revolusi Industri 4.0, Aimflex akan secara aktif membantu pelanggan untuk mengubah sistem perniagaan mereka melalui digitalisasi, kecerdasan buatan (AI) dan data besar.
Menurut Fortune Business Insights, pasaran automasi industri di seluruh dunia mencapai $157.04 bilion dolar pada tahun 2018 dan dijangka mencapai $296.70 bilion dolar pada tahun 2026.
Baca : Fortune Business Insights
Oleh kerana pertumbuhan industri automasi yang semakin pesat, Aimflex akan terus memaksimumkan potensi perniagaan bukan sahaja di dalam negara malah juga ke peringkat antarabangsa.
3. Segmen Perniagaan Baru
Sejak penubuhannya sehingga kini, Aimflex menumpukan pada industri automasi sepenuhnya.
Dalam sesi sidang media bersama Rebecca Tee yang memangku jawatan Pengarah Urusan Aimflex, beliau menegaskan yang Aimflex sedang dalam usaha untuk menambah segmen perniagaan ke arah industri yang baharu seperti semi konduktor, tenaga, pertanian, automotif, perubatan, telekomunikasi serta minyak dan gas.
4. Perancangan Mengembangkan Perniagaan Ke Luar Negara
Buat masa ini, Aimflex sudah mempunyai beberapa jurutera di Filipina untuk menyediakan servis di sana dan terdapat rancangan untuk menubuhkan pejabat di negara tersebut selepas krisis kesihatan global selesai.
Pengarah urusan Aimflex turut berkata syarikat tersebut sentiasa mengintai peluang untuk mengembangkan sayap ke luar negara di masa hadapan.
5. Dividen 30% Daripada Keuntungan Selepas Cukai (PAT)
Aimflex akan menggunakan sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan selepas cukai untuk membayar dividen kepada para pemegang sahamnya.
Perkara ini secara tidak langsung merupakan daya tarikan untuk menarik minat para pelabur ke dalam saham Aimflex.
Apa yang boleh dirumuskan daripada kesemua ulasan di atas adalah saham Aimflex sarat dengan berita yang baru.
Huruf ‘N’ di dalam CANSLIM menerangkan apa-apa sahaja yang baru berkaitan syarikat. Oleh itu, jika anda sedar terdapat banyak perkara yang baru terhadap syarikat Aimflex. Antaranya adalah :
- Jenama baru (Rebranding)
- Pemilik syarikat baru (New owner)
- Segmen perniagaan baru (New business)
- Berita pengagihan dividen (New dividend payout ratio)
Kesimpulannya, penjenamaan semula Aimflex Berhad ini dilihat sebagai satu perkara yang positif
kepada syarikat itu sendiri dan juga kepada para pemegang saham Aimflex.
Hala tuju syarikat yang dilihat semakin jelas sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan para pelabur.
Hal ini secara tidak langsung menambah bilangan pemain industri dalam negara dan turut akan membantu ekonomi negara kita.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memag mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
Bawa kawan atau pasangan dan daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!
Klik >> thekapital.my/swing