Dalam urusan jual-beli di pasaran Bursa Malaysia, pembelian saham hendaklah dilakukan dengan perancangan yang rapi. Oleh sebab itu, wujudlah pelan berdagang atau lebih dikenali sebagai trading plan; bagi membantu para pedagang membuat rancangan jualdan beli saham syarikat yang ada di pasaran dengan lebih rasional.
Trading plan akan membantu para pedagang untuk tidak terlalu mengikut emosi ketika berdagang. Ia juga dapat membantu para pedagang untuk ingat dengan jelas pada harga manakah yang sesuai untuk membeli, menjual dan terus memegang sesuatu kaunter saham syarikat itu.
Mari kita melihat satu demi satu beberapa komponen penting yang perlu ada dalam sesebuah trading plan.
- Support and Resistance
- Risk and Reward
- Reasoning
- Entry Price
- Target Profit
- Cut Loss
Support and Resistance
Harga support dan resistance hendaklah dicari dan ditandakan dalam sesebuah carta harga ,iagar kita tahu pada harga bilakah sesuatu saham syarikat itu masih boleh terus dipegang, atau pun perlu cut loss, mahu pun take profit.
Cut loss bermaksud kita menjual pegangan saham syarikat dalam keadaan kita terpaksa menanggung kerugian, manakala take profit pula bermaksud menjual pegangan saham syarikat dalam keadaan kita mengaut keuntungan.
Bagi mengambil tindakan cut loss, salah satu daripada petanda yang boleh digunakan adalah dengan melihat kepada volume yang muncul. Jika jelas menunjukkan kejatuhan ke bawah support berlaku dengan volume yang tinggi, maka ia merupakan salah satu signal yang kuat untuk melepaskan pegangan.
Jika resistance yang dibuat berada pada nombor psikologi, misalnya RM1, maka poin cut loss berada pada harga sekitar RM0.995.
Risk and Reward
Bagi mengira peratus risk dan reward, yang paling penting adalah untuk mengenal pasti kedudukan garisan resistance dan support yang ada. Sekiranya harga mendekati resistance, ia bermaksud risk yang perlu ditanggung adalah sedikit tinggi. Sekiranya harga berada hampir dengan support, maka risk adalah sedikit.
Dengan mengurangkan risiko, para pedagang akan mampu lebih bertenang dalam urusan perdagangan.
Reasoning
Reasoning ini merujuk kepada sebab-sebab pemilihan sesebuah kaunter saham syarikat itu. Sebagai seorang pedagang, kita perlu jelas akan sentimen, buy signal yang muncul serta keadaan fundamental sesuatu syarikat itu sebelum bertindak membelinya. Kesemua reasoning ini juga hendaklah dicatatkan supaya kita faham dan ingat dengan jelas akan tujuan pembelian saham syarikat.
Dengan ini, kita juga akan tahu pada harga berapakah pula untuk menjual kembali pegangan yang kita miliki.
Entry price (EP)
Merujuk kepada pada harga apakah sesuatu saham syarikat itu mahu dibeli. Ianya bergantung kepada teknik-teknik analisis teknikal yang mahu digunakan dalam mengenal pasti entry price sesebuah saham.
Target profit (TP)
Merujuk kepada harga di mana para pedagang meletakkan harga sasaran untuk mengaut keuntungan yang sudah berjaya dicapai.
Cut loss (CL)
Merujuk kepada harga di mana para pedagang terpaksa menjual pegangan saham syarikat dalam keadaan terpaksa menanggung kerugian.
Contoh Trading Plan

Trading plan boleh dibuat dengan melukis di atas carta harga saham syarikat yang berkenaan, mahu pun menulis di atas nota di tempat lain, bergantung kepada yang mana kita lebih selesa. Misalnya dalam carta di atas, garisan support dan resistance bagi kaunter ini telah ditandakan.
Support dilukis pada harga RM1.09 kerana terdapat banyak harga yang melantun semula ke atas sebaik sahaja menyentuh harga RM1.09 ini, seperti yang ditandakan dengan kotak berwarna ungu.
Resistance dilukis pada paras RM1.325 dan RM1.63 memandangkan terdapat beberapa kali harga cuba melepasi harga ini namun tidak berjaya, dan ia kembali berpatah balik ke bawah. Harga yang cuba memecahkan resistance itu ditandakan dengan kotak yang berwarna hijau.
Resistance pun boleh berubah menjadi support sebaik sahaja ia berjaya dipecahkan. Sebagai contoh dari carta di atas, asalnya RM1.325 merupakan resistance bagi kaunter Solarvest. Namun ianya berubah kepada support setelah berjaya dipecahkan. Boleh kita kaji pada pertengahan bulan Jun tersebut, harga saham tak berjaya jatuh ke bawah RM1.325, menandakan kajian kita mengenai resistance dan support itu benar dan boleh dipraktikkan.
Di atas trading plan ini, trading technique yang mahu digunakan dalam pembelian saham syarikat ini juga telah ditulis. Di situ, terdapat juga perkataan “TP 1, TP 2, TP 3”, di mana terdapat tiga harga yang diletakkan untuk take profit.
Sekiranya bearish reversal muncul ketika poin TP 1, maka pegangan saham syarikat yang dimiliki boleh dijual pada poin TP 1, namun jika tiada sebarang sell signal yang muncul, bolehlah untuk terus memegangnya dan bersedia untuk take profit pada TP 2 pula. Namun jika masih tidak muncul sell signal, boleh bersedia pula untuk take profit pada TP 3.
Sebenarnya, kita sendiri boleh menyenaraikan sehingga 20 harga sasaran sekalipun jika kita merasakan bahawa saham syarikat tersebut memiliki potensi yang amat besar.
TP 1 ditandakan pada harga RM1.30 kerana resistance berada pada RM1.325. TP diletakkan pada harga sebelum resistance kerana risau jika harga tidak berjaya memecahkan resistance, ia akan bergerak ke bawah dengan lebih laju. Maka, adalah lebih selamat untuk TP ketika harga masih belum mencapai resistance.
TP 2 pula ditandakan pada harga RM1.60 kerana resistance yang seterusnya berada pada harga RM 1.63.
TP 3 diletakkan pada harga RM1.90 memandangkan resistance seterusnya dijangkakan berada pada harga nombor psikologi yang seterusnya, iaitu RM2. Apabila harga saham syarikat telah bergerak melebihi paras All-Time High (ATH), cara bagi menentukan resistance yang seterusnya adalah dengan melihat kepada nombor psikologi pula.
Entry price dan cut loss juga ada disenaraikan dalam trading plan di atas.
Sebagai seorang pedagang yang berdisiplin, amat penting untuk kita mengikuti trading plan yang telah kita tetapkan dalam memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerugian dalam pelaburan di pasaran Bursa Malaysia. Mungkin agak kekok pada permulaannya untuk melukis trading plan kita, apatah lagi jika kita mempunyai lebih daripada satu saham syarikat yang berkenan.
Kata orang, berakit-rakit ke hulu berenang renang ketepian, belajarlah trading plan terlebih dahulu baru mudah membuat keuntungan kemudian!
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)