• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street (US)

in Saham Global
A A
Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street (US)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Di Wall Street, terdapat beberapa indeks dagangan seperti S&P 500 dan Nasdaq yang sering dijadikan tanda aras bagi para pelabur seluruh dunia. Pada tahun 2020, indeks S&P 500 dan Nasdaq telah terkesan dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Namun, pemulihan indeks ini sangat drastik sehingga berjaya membuat kenaikan tertinggi (All-Time High) dalam sejarah bagi kedua-dua indeks ini pada tahun 2020. Di antara penyumbang kepada peningkatan indeks ini adalah daripada saham-saham yang ada di dalam sektor teknologi.

Dengan minat terhadap pelaburan mata wang kripto semakin meningkat di kalangan pelabur runcit, syarikat teknologi yang terlibat dalam perlombongan atau pertukaran mata wang kripto ini juga menerima impak yang positif daripada kehangatan matawang ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is Top-Teknologi-Wall-Street-pic-1.png

Mari kita lihat 5 daripada 10 saham patuh syariah paling untung untuk sektor teknologi di Wall Street pada tahun 2020.

1. Bit Digital Inc (BTBT)

Bit Digital Inc yang dulunya dikenali sebagai Golden Bull Ltd, merupakan syarikat yang terlibat dalam perlombongan Bitcoin dan mempunyai fasiliti melombong bitcoin di Wuhai, Zhundong, Xilinhot dan Sichuan di China.

Kepada yang belum tahu, ini bukan melombong macam dulu-dulu. Melombong Bitcoin perlu menggunakan mesin/komputer yang direka khas. Komputer khas ini dikenali sebagai pelombong. Mengikut laman web Bit Digital, buat masa ini mereka memiliki sebanyak 40,865 mesin pelombong.

Syarikat ini juga terlibat dalam menawarkan perkhidmatan sewa kereta di atas talian yang memudahkan penyewa dan pemilik kenderaan untuk berurusniaga.

Carta teknikal menunjukan harga saham Bit Digital ini melonjak pada peghujung bulan Disember 2020 seiring dengan kenaikan harga Bitcoin pada ketika itu. Baru-baru ini, apabila harga matawang kripto jatuh, harga saham syarikat ini juga terkesan oleh kejatuhan harga mata wang krypto dunia. Harga saham ini pada 4 November 2019 adalah sekitar USD0.40 dan meningkat sebanyak 5,382% menjadi USD21.91 seunit.

2. Beam Global (BEEM)

Beam Global yang dulunya dikenali sebagai Envision Solar International Inc, merupakan syarikat yang mencipta, merekabentuk dan membuat produk yang berasaskan solar dan produk berkaitan dengan teknologi hijau seperti pengecas kenderaan elektrik. Fokus syarikat ini adalah untuk mencipta paltform tenaga boleh ubah untuk pengecas kenderaan elektronik, pengecas dron dan juga papan iklan elektronik.

Kenaikan harga saham BEEM ini seiring dengan kemenangan Joe Biden sebagai presiden baru Amerika Syarikat dalam Pilihanraya Presiden baru-baru ini. Harga Blink pada 2 Januari 2020 hanyalah sekitar USD1.89 dan ianya telah meningkat sebanyak 2,161% kepada USD42.74 seunit pada akhir tahun 2020. Kenaikan yang drastik adalah pada bulan November 2020 dan kenaikan tersebut diteruskan sehingga hujung tahun 2020.

3. Veritone Inc (VERI)

Veritone Inc merupakan syarikat yang membangunkan platform artificial intelligence (AI). Platform AI yang diperkenalkan Veritone mampu meningkatkan prestasi kognitif komputer untuk mengubah data audio dan video yang tidak berstruktur kepada data yang berstruktur dengan penganalisa yang dibuat secara automatik.

Pergerakan harga saham Veritone Inc mula membuat fasa kenaikan pada awal bulan November 2020 selepas berjaya mematahkan downtrend line dan mengubah fasa peralihan. Harga saham ini bermula dengan USD2.53 seunit pada 2 Januari 2020 dan telah meningkat sebanyak 1024.51% kepada USD28.45 seunit.

4. Waitr Holdings Inc (WYRH)

Waitr Holding Inc yang dulunya dikenali sebagai Landcadia Holding Inc merupakan syarikat yang membangunkan palform pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian Di Amerika Syarikat. Jika di Malaysia, platform Waitr ini hampir sama dengan Food Panda dan Grab Food.

Harga saham Waitr Holdings Inc dilihat sedang berada pada fasa penurunan setelah membuat paras tertingginya pada awal bulan Ogos 2020. Harga saham ini bermula dengan hanya USD0.34 seunit pada 2 Januari 2020 dan telah meningkat sebanyak 710.02% menjadi USD2.78 pada 31 Disember 2020.

5. Digital Turbine Inc (APPS)

Digital Turbine Inc merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengendali mudah alih, pengiklanan aplikasi dan juga pengeluar produk asal (OEM) kepada pihak ketiga untuk membolehkan mereka menjana pendapatan menerusi konten yang disiarkan secara atas talian.

Berdasarkan carta diatas, pergerakkan harga saham Digital Turbine Inc sedang berada pada fasa kenaikan yang sihat. Harga saham ini bermula dengan hanya USD7.31 pada 2 Januari dan telah meningkat sebanyak 673.73% menjadi USD56.56 seunit pada penghujung tahun 2020.

Saham-saham yang disenaraikan ini telah disaring status patuh syariahnya menggunakan saringan daripada Islamicly. Berdasarkan saringan tersebut, kesmua saham ini telah menepati kriteria patuh syariah yang ditetapkan Islamicly. Jadi bolehlah kita membeli saham-saham ini tanpa was-was.

Berikut merupakan senarai 10 saham paling untung sektor teknologi di Wall Street sepanjang tahun 2020.

Jom kita rebut pula peluang untuk belajar melabur saham di Wall Street. InsyaAllah dapat juga merasa keuntungan sebesar ini dalam US Dolar pula.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share894ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

10 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

10 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In