• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Kekal Menarik Dalam Kalangan Pelabur Dengan Pendapatan, Pembayaran Dividen Stabil

in Catalyst, Trading Idea
A A
Untung Bersih Suku Ketiga TNB Susut Kepada RM1 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Saham Tenaga Nasional Bhd masih kekal menguntungkan dalam kalangan penganalisis memandangkan pendapatan dan pembayaran dividennya yang stabil.

Hong Leong Investment Bank telah mengekalkan saranan ‘Beli’ ke atas saham tersebut memandangkan pendapatan yang stabil dan pembayaran dividen syarikat pada tahun kewangan 2023 (TK2023).

“Pendapatan TNB dijangka kekal stabil pada tahun kewangan 2023. Kami positif dengan komitmen jangka panjang syarikat gergasi utiliti itu terhadap arah pertumbuhan bagi alam sekitar, kemampanan dan tadbir urus (ESG), sambil memastikan pulangan kepada pemegang sahamnya,” kata HLIB dalam nota kajiannya.

Berkaitan

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

CGS-CIMB pula berkata dasar pembayaran dividen TNB di antara 30 dan 60 peratus adalah berdasarkan pelarasan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI). Kumpulan itu telah membayar lebih 50 peratus daripada pelarasan PATAMI sebagai dividen sejak 2018.

“Kami berpendapat TNB menyasarkan untuk mengagihkan dividen ke arah tahap yang lebih tinggi bagi dasar polisinya. Harga sasaran kami kekal pada RM13.60 sesaham. Kami menyukai TNB kerana ia memberi hasil dividen yang baik melebihi lima peratus untuk unjuran TK2022-TK2024.

“Ia bersedia untuk mendapat manfaat daripada peralihan tenaga Malaysia. Sebagai contoh, pelaburan grid tambahan dan peluang dalam tenaga boleh diperbaharui (RE) mampu meningkatkan pendapatannya dan meningkatkan persepsi orang ramai terhadap ESG TNB,” tambahnya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Ridhuan Bos Abdullah memberitahu Bernama bahawa TNB harus dinilai dari dua perspektif, sebagai firma untuk memaksimumkan keuntungan, dan penyedia utiliti nasional.

Beliau berkata TNB mempunyai kewajipan sosial dan adalah penting untuk syarikat utiliti itu mematuhinya bagi manfaat rakyat dan negara.

TNB selama ini telah memberi dividen secara berterusan kepada pemegang saham, terutamanya pada awal pandemik COVID-19 pada 2019 dan kemuncak pandemik pada 2020.

Syarikat utiliti nasional itu mengumumkan dividen akhir sebanyak 20 sen sesaham dan dividen khas sebanyak 50 sen sesaham, yang menjadikan jumlah pembayaran TK2019 kepada RM5.69 bilion untuk tahun yang sama. Ia adalah bayaran dividen tertinggi setakat ini.

Pada TK2020, TNB mengumumkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 18.0 sen sesaham biasa dan dividen khas satu peringkat sebanyak 40.0 sen sesaham biasa, yang berjumlah kira-kira RM3.31 bilion, manakala untuk TK2021, ia mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 18 sen sesaham, yang berjumlah RM1.03 bilion untuk pembayaran dividen.

Pembayaran dividen yang mantap ini telah memberi manfaat kepada pelabur yang terbesar, antaranya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Khazanah Nasional Bhd.

TNB juga merupakan salah satu saham berwajaran tinggi yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran RM52.3 bilion pada 23 Dis, 2022.

— BERNAMA


Tags: bayaran dividenBursa MalaysiaMuhammad RidhuanTNBUUM
Share220ShareSend

Related Posts

Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
Anak Syarikat Sarawak Consolidated Industries Peroleh Kontrak Tiang Lampu Bernilai RM30.75 Juta
Catalyst

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

4 days ago
Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta
Catalyst

Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In