• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Thai AirAsia Antara Syarikat Penerbangan Tepat Masa Di Dunia – Laporan OAG

in Berita
A A
Permintaan Kukuh Bantu AirAsia Tangani Impak Akibat Krisis Rusia-Ukraine
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

BANGKOK, 20 Jan (Bernama) — Thai AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia dengan penarafan prestasi tepat masa (OTP) sebanyak 92.33 peratus pada 2022, menurut statistik oleh OAG.

OAG selaku penyedia maklumat penerbangan digital, risikan dan analisis terkemuka dunia bagi lapangan terbang, syarikat penerbangan dan syarikat teknologi perjalanan berkata, Thai Air Asia disenaraikan antara syarikat penerbangan terbaik dunia dari segi OTP dalam pelbagai kategori pada 2022.

Pencapaian tersebut termasuk menduduki tangga keempat daripada 20 syarikat penerbangan terbaik dari segi OTP sekali gus mencatat peningkatan daripada kedudukan ke-11 pada 2019 iaitu sebelum COVID-19.

Berkaitan

Malaysia, Indonesia Akan Bincang Hasrat Penetapan Harga Sawit – Fadhillah

OPR Naik Atau Tidak, Realiti Urus Kewangan Secara Berhemat Di Tangan Sendiri

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion – Anwar

Selain itu, Thai AirAsia turut menduduki tangga kedua daripada 20 syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dari segi OTP selain pada kedudukan kedua dalam kalangan syarikat penerbangan Asia Pasifik dari segi OTP.

Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia, Santisuk Klongchaiya menyambut baik keupayaan Thai AirAsia kerana dinobatkan antara yang terbaik bagi setiap kedudukan prestasi tepat masa bagi institusi industri penerbangan yang dikeluarkan pada awal tahun ini.

Pada awal bulan ini, Thai AirAsia dinamakan antara tiga syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dari segi prestasi tepat masa oleh Cirium.

“Kedudukan ini mengukuhkan lagi usaha berterusan kami untuk menambah baik standard dan perkhidmatan. Saya berterima kasih kepada semua kakitangan setiap jabatan berikutan kerja berpasukan dan komitmen terhadap peranan mereka dalam merealisasikan OTP ini dan terus memberikan tanggapan yang positif kepada penumpang AirAsia,” katanya dalam kenyataan.

OAG mentakrifkan prestasi tepat masa bagi penerbangan yang tiba dalam tempoh 15 minit mengikut jadual manakala pembatalan penerbangan tidak dikategorikan sebagai menepati masa.

OAG adalah institusi terkemuka dan boleh dipercayai yang menilai kedudukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang dari segi prestasi tepat masa.

— BERNAMA 

Share204ShareSend

Related Posts

Kaliskan Masa Depan Minyak Sawit Daripada Ancaman Propaganda Barat
Berita

Malaysia, Indonesia Akan Bincang Hasrat Penetapan Harga Sawit – Fadhillah

5 days ago
Affin Bank Jangka Lebih Banyak Kenaikan Dalam OPR Tahun Ini
Berita

OPR Naik Atau Tidak, Realiti Urus Kewangan Secara Berhemat Di Tangan Sendiri

2 weeks ago
Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion – Anwar
Berita

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion – Anwar

2 weeks ago
3 Sebab Utama Pelabur Kena Beli Saham Teknologi Sekarang
Berita

Permintaan Jalur Lebar Internet Di Malaysia Catat Paras Tertinggi – MyIX

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In