• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Jenis Pasaran Saham Global Yang Wujud

in Saham Global
A A
Jenis Pasaran Saham Global Yang Wujud
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pelaburan saham adalah merupakan aktiviti transaksi jual beli. Aktiviti ini semestinya memerlukan medium atau tempat untuk menjalankan aktiviti tersebut dan medium ini dikenali sebagai pasaran saham. Kalau di Malaysia, pasaran saham bermaksud saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Tanpa adanya pasaran saham, proses jual beli saham syarikat tidak akan berlaku.

Pasaran saham adalah tempat atau peluang bagi para pelabur untuk menjana keuntungan, begitu juga dengan pemilik perusahaan. Risiko pelaburan pastinya ada buat para pelabur, tinggi atau rendah risiko itu bergantung kepada selera pelabur tersendiri. Oleh itu, para pelabur harus bersedia dan berani dengan jumlah wang yang dilaburkan.

Terdapat beberapa jenis pasaran saham global yang wujud yang kita perlu tahu. Sama seperti pasaran saham tempatan, pasaran global juga terdapat pasaran utama dan pasaran sekunder.

Berkaitan

Saham-Saham EV, Apa Jadi Bila Beli Pada 1.1.2023?

Apa Jadi Kalau Melabur Dalam NVIDIA Setiap Tahun Sejak 5 Tahun Lepas?

Aplikasi M+ Global Oleh Malacca Securities Membantu Pelabur Berjaya Di Pasaran Dunia

1. Pasaran Utama

Pasaran Utama adalah pasaran atau tawaran saham yang pertama kali dibuat bagi sesebuah syarikat untuk mendapatkan keuntungan. Para pelabur akan melabur dalam tempoh tertentu sebelum saham tersebut didagangkan di pasaran sekunder. Pasaran utama juga disebut sebagai ‘Initial Public Offering (IPO)’ atau pun ‘Go Public’.

Tahukah anda, pasaran utama didominasi oleh organisasi pelaburan yang besar seperti bank pelaburan, institusi kewangan dan yang seangkatan dengannya? Semakin bernilai sesebuah perusahaan, semakin tinggi peluang pertumbuhan syarikat tersebut dan harga saham syarikat tersebut berpotensi untuk naik lebih tinggi.

Tujuan sesebuah syarikat melakukan IPO atau menjalani pasaran utama adalah seperti berikut:

  • Memperoleh dana tanpa perlu melakukan pinjaman dan berhutang. Saham syarikat yang dijual akan memberikan pulangan yang lumayan buat mereka.
  • Dengan modal yang diperolehi daripada proses IPO ini, syarikat boleh menambahbaik syarikat, meningkatkan kapasiti pengeluaran, mengembangkan perniagaan ke negara lain, membayar hutang syarikat dan bermacam-macam lagi.
  • Mendapat kepercayaan pelabur untuk melabur ke dalam syarikat untuk berkembang maju.

2. Pasaran Sekunder

Pasaran sekunder adalah saham yang telah pun disenaraikan di Bursa dan ia bebas dijual beli oleh orang ramai. Saham yang termasuk dalam kategori pasaran sekunder ini akan mendapat permintaan daripada mereka yang ingin membelinya dan penawaran daripada mereka yang ingin menjualnya. 

Oleh itu, harga saham di pasaran sekunder bergantung kepada supply dan demand. 

3. Pasaran OTC

Selain daripada pasaran utama dan pasaran sekunder, terdapat juga Pasaran OTC yang ramai tak tahu. 

Pasaran OTC atau lebih dikenali sebagai over the counter ini adalah transaksi penjualan dan pembelian yang berlaku di luar pasaran saham. Umumnya, transaksi di antara pelabur dan broker berlaku secara elektronik seperti emel, telefon dan pelbagai platform perdagangan.

Di antara ciri-ciri OTC adalah:

  • Saham sekuriti tidak didaftarkan secara rasmi di pasaran (Sebagai contoh, New York Stocks Exchange).
  • Saham OTC tidak mematuhi peraturan bursa sedia ada.
  • Berisiko kerana tidak banyak maklumat berkaitan syarikat yang disediakan.
  • Sukar untuk pelabur menilai potensi pertumbuhan syarikat tersebut.
  • Saham OTC mempunyai kecairan yang rendah kerana permintaannya yang rendah.

Sama ada kita ingin berdagang dalam saham tempatan atau pun global, adalah penting untuk kita ambil tahu jenis pasaran yang wujud dalam dunia pelaburan saham. Buatlah pilihan terbaik untuk melabur dalam pasaran global dengan melihat kepada faktor pasaran, risiko, potensi dan lain-lain.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?

Jom belajar dengan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA), pelabur tegar Wall Street.

Webinar Saham WALL STREET
(Ini adalah kelas intensif)

ANTARA ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Share451ShareSend

Related Posts

Saham-Saham EV, Apa Jadi Bila Beli Pada 1.1.2023?
Saham

Saham-Saham EV, Apa Jadi Bila Beli Pada 1.1.2023?

1 month ago
Apa Jadi Kalau Melabur Dalam NVIDIA Setiap Tahun Sejak 5 Tahun Lepas?
Saham Global

Apa Jadi Kalau Melabur Dalam NVIDIA Setiap Tahun Sejak 5 Tahun Lepas?

2 months ago
Aplikasi M+ Global Oleh Malacca Securities Membantu Pelabur Berjaya Di Pasaran Dunia
Saham Global

Aplikasi M+ Global Oleh Malacca Securities Membantu Pelabur Berjaya Di Pasaran Dunia

4 months ago
Rakuten Trade Lancar Khidmat Jual Beli Pecahan Saham AS Digital Sepenuhnya Pertama Malaysia
Saham Global

Rakuten Trade Lancar Khidmat Jual Beli Pecahan Saham AS Digital Sepenuhnya Pertama Malaysia

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In