• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Tanpa Pekerja Asing Sektor Perladangan Sawit Rugi RM28 Bilion Pada 2022

in Berita
A A
Tanpa Pekerja Asing Sektor Perladangan Sawit Rugi RM28 Bilion Pada 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysa dengan kadar segera.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata kekurangan penuai yang terdiri daripada pekerja asing telah menyebabkan kerugian berjumlah RM21 bilion pada tahun lepas.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar pemegang taruh mengambil langkah intervensi jangka pendek seperti mempercepatkan ketibaan pekerja asing untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor peladangan kelapa sawit.

Katanya sebanyak 32,000 pekerja asing (pekerja lapangan) dari Indonesia perlu dibawa masuk dengan segera kerana penutupan sempadan ketika Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kekurangan pekerja bagi melakukan tugas-tugas penuaian buah kelapa sawit.

“Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing, proses tersebut perlu tuntas dan efisyen kerana pada masa kini, penyelarasan dalam proses itu perlu beralih kepada platform digitalisasi sepenuhnya tanpa sebarang campur tangan manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala bagi intervensi jangka panjang, kerajaan dan pemilik-pemilik ladangan diseru supaya berganding bahu dalam meneruskan pembiayaan program Reskilling & Upskilling terutamanya bagi pekerja tempatan.

”Pembangunan dan pemerkasaan modal insan pekerja tempatan pula perlu diberi penekanan penuh kerana mereka (pekerja) yang memegang jawatan di peringkat atasan seperti pekerja-pekerja pejabat dan pengurus ladang yang akan memastikan pengurusan keseluruhan ladang terjaga sepenuhnya.

“Pemberian subsidi untuk program pendidikan yang betul mengenai ladang kelapa sawit juga perlu diberi keutamaan,” katanya.

Abdul Latif turut berkata program-program yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu dibentuk dan diperkasakan ke arah pemikiran, persepsi dan pemahaman yang baik terhadap sektor perladangan kelapa sawit.

Program kesedaran dan kesediaan juga perlu difokuskan ke arah inisiatif automasi dan mekanisasi bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam sektor ini.

Prestasi sektor perladangan kelapa sawit merosot apabila kuantiti eksport berkurang 4.4 peratus pada suku keempat 2021 disebabkan isu kekurangan pekerja asing dan tempatan.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In