• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Tangan Ghaib Di Sebalik Saham Penny Stock di Bursa Malaysia

in Market Update
A A
Tangan Ghaib Di Sebalik Saham Penny Stock di Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Angin tiada ribut pun tiada, tiba-tiba harga saham melonjak naik 2,000%. Ada tangan-tangan ghaib yang buat untung beribu kali ganda.

Beberapa minggu yang lalu, beberapa pejabat di Persiaran Tropicana diserbu pihak berkuasa bagi mencari kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam isu manipulasi penny stocks di Bursa Malaysia.

Kumpulan-kumpulan ini dipercayai mengawal hampir 60 syarikat di Bursa Malaysia, dengan memanipulasi harga saham dan ‘siphon out funds’ daripada syarikat tersebut melalui cash calls dan juga ‘acquisition of assets’ dan ‘asset-shuffling exercises’

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

Selain daripada  itu, dipercayai terdapat seorang ‘ringleader’  yang berumur lewat 40-an, tidak terlibat dengan mana-mana syarikat di atas tetapi sangat bijak menyembunyikan identitinya dengan menggunakan proksi sambil mengarahkan jeneral-jeneralnya untuk mengawal saham-saham yang terlibat.

Portal The Edge telah berjaya mengenalpasti hampir 40 daripada 60 syarikat yang dikawal oleh beberapa individu yang sama sepertimana yang dilaporkan dalam keratan akhbar di bawah.

Antara main player yang dipercayai terlibat adalah Sanston Financial Group, sebuah syarikat yang berkepakaran dalam securities broking firm yang dikawalselia oleh Hong Kong Securities and Futures Commission.

Serbuan tersebut dipercayai dilakukan oleh piha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Aktiviti kumpulan tersebut sudah lama diperhatikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) namun difahamkan bahawa SC tidak terlibat dalam serbuan ini.

Menurut satu sumber yang lain, Bank Negara Malaysia (BNM) juga sedang memerhati ringleader ini berserta konco-konconya dan mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan kegiatan money laundering yang mereka lakukan.

11 daripada 40 syarikat yang terbabit berpusat dalam satu bangunan yang sama iaitu Menara Lien Hoe. Ini termasuklah: AT, Focus Dynamics, M3tech, XOX, Fintec dan lain-lain.

Pada September tahun lepas ,The Edge telah mengeluarkan laporan khas bertajuk ‘Hidden Hands Behind Penny Stock Surge’. Menurut satu sumber, kumpulan tersebut telah mengawal 31 syarikat pada ketika itu,  sekarang mereka mengawal hampir 60 buah syarikat.

Syarikat utama dalam kumpulan syarikat-syarikat yang terlibat adalah Focus Dynamics yang merupakan sebuah syarikat makanan dan minuman. Syarikat ini pernah mencapai kenaikan harga saham sebanyak 550%, iaitu daripada 13.0 sen ke 84.5 sen tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Antara syarikat yang dimiliki oleh Focus pula adalah Brahims dan baru-baru ini, sebahagian saham LKL telah dibeli mereka.

Fintec Global yang merupakan antara muka depan kumpulan ini mempunyai pegangan dalam Vsolar, Focus, AT, Seacera, Kmark dan Saudee.

Kenaikan harga saham yang tidak munasabah ini telah membuatkan pihak berkuasa menyiasat syarikat-syarikat ini. Mungkin ramai yang sedar harga saham bagi PDZ telah naik hampir 2,000%, Vsolar naik sehingga 900% dan banyak lagi peningkatan harga saham yang tidak munasabah.

Menurut sumber dalaman, aset syarikat-syarikat dalam kumpulan yang terlibat akan  dipindah-pindahkan sesama mereka dan pada masa yang sama pemindahan dana turut dilakukan.

Sebagai contoh, Fintec telah menjual pegangan mereka dalam syarikat DGB Asia pada tahun lepas dan pada Januari tahun ini, XOX pula muncul sebagai antara pemegang saham DGB Asia. Hampir semua syarikat dalam kumpulan tersebut telah membuat cash calls menggunakan placement yang sepatutnya digunakan untuk membeli aset baru dan menerbitkan saham baru.

Mereka dipercayai mengambil kesempatan di atas undang-undang Bursa Malaysia yang  telah menaikkan limit Percentage Point kepada 20% daripada issued share capital.

Pada awal Februari tahun ni, CEO Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Umar Swift apabila ditanya mengenai kegiatan sindiket ini, beliau mengatakan bahawa mereka mempunyai pasukan yang hebat dan dilengkapi peralatan yang canggih dan sedang berterusan mempelajari dan mengawasi trading behaviour di pasaran. Beliau juga mengatakan bahawa mereka tahu dan sentiasa memantau sindiket-sindiket ini.

Sumber Rujukan: The Edge Markets

Ditulis oleh Mohd Ameruddin Ahmat, graduan perubatan dari University College Dublin, Ireland x RUMC dan seorang Marketing Representative.

Beliau juga ada membuat perkongsian mengenai pelaburan di laman-laman sosial ini:

  • Telegram
  • Twitter
  • Youtube

Share2178ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sejajar Pergerakan Rancak Wall Street

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In