KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — SSF Home Group Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM50 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 12 Oktober ini.
Peruncit bagi perabot, dekor rumah dan barangan kediaman tempatan itu berkata sebahagian besar daripada hasil itu akan digunakan untuk tujuan pengembangan berikutan sasarannya untuk membuka 18 cawangan runcit baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Wong Choong Loong berkata, sejak penubuhannya 30 tahun lepas, kumpulan itu mengendalikan rangkaian 41 cawangan runcit dengan ruang runcit berjumlah lebih sejuta kaki persegi di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Sebanyak RM50 juta daripada hasil yang diperoleh daripada IPO ini akan membolehkan kami mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami dalam industri runcit kelengkapan rumah dan memanfaatkan pertumbuhan industri pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran prospektus syarikat di sini hari ini.
Berdasarkan harga IPO sebanyak 25 sen sesaham dan saham terbitan diperbesarkan berjumlah 800 juta, permodalan pasaran semasa penyenaraiannya adalah kira-kira RM200 juta.
Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSF Home Lok Kok Khong berkata, sebanyak RM35.2 juta daripada hasil itu akan digunakan untuk menubuhkan 18 cawangan runcit baharu di seluruh negara, meningkat kepada 59 cawangan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Katanya baki RM14.8 bilion pula akan diperuntukkan untuk tujuan membayar semula pinjaman bank, aktiviti pemasaran, modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.
“Rancangan kami untuk membuka 18 cawangan runcit baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang akan membolehkan kami mewujudkan kesedaran dan meningkatkan kebolehlihatan kepada jenama kami. Kami menjangka enam cawangan akan siap menjelang akhir 2024.
“Selain itu, kami juga akan meningkatkan insfrastruktur teknologi maklumat kami, termasuk peralihan kepada satu sistem perancangan sumber seluruh perusahaan baharu, menambah baik laman web e-dagang dan menaik taraf aplikasi mudah alih SSFHOME,” katanya.
Bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2023, kumpulan mencatatkan hasil dan keuntungan bersih, masing-masing berjumlah RM174.5 juta dan RM16 juta.
Segmen perabot muncul sebagai penyumbang terbesar, mewakili 53.5 peratus daripada jumlah hasil, diikuti dengan dekor rumah dan barangan kediaman yang menyumbang hasil sebanyak 21.8 dan 20.1 peratus. Baki 4.6 peratus lagi merangkumi yuran keahlian dan perkhidmatan pemasangan.
Berkenaan prospek syarikat, Lok berkata menerusi pengembangan itu, kumpulan berharap untuk memenuhi pangkalan pelanggan yang lebih luas, memastikan produk dan perkhidmatannya mudah diakses kepada semua.
Lok berkata syarikat itu mencatatkan sebanyak 12 peratus pertumbuhan jualan kedai yang sama pada setiap tahun dan purata hasil berjumlah RM3.99 juta bagi setiap cawangan.
Beliau berkata sehingga tahun kewangan 2023, SSF Home mempunyai sejumlah 89,650 ahli aktif di bawah program kesetiaan yang menyumbang hasil berjumlah RM162.3 juta, mewakili 93 peratus daripada jumlah hasil kumpulan.
“Secara purata, setiap ahli membelanjakan sejumlah RM1,811 pada setiap tahun di cawangan kami. Angka ini mencerminkan kepercayaan yang telah kami bina bagi produk kami.
“Dengan unjuran kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 9.3 peratus, masa depan industri runcit kelengkapan rumah di Malaysia menjanjikan potensi yang cerah. Menjelang 2027, kami menjangka saiz pasaran industri akan meningkat kepada RM73.2 bilion,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kewangan Korporat M & A Securities Sdn Bhd Gary Ting berkata brokeraj itu yakin SSF Home akan berjaya melaksanakan rancangan masa depannya.
M&A Securities adalah penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO SSF Home.
Ting berkata pelaksanaan IPO SSF Home terdiri daripada terbitan awam berjumlah 200 juta saham biasa baharu atau 25 peratus daripada modal saham diperbesarkan, dan tawaran untuk penjualan 24 juta saham sedia ada atau tiga peratus daripada saham diperbesarkan menerusi tawaran persendirian.
“Daripada 200 juta saham baharu, sebanyak 40 juta saham akan tersedia kepada rakyat Malaysia menerusi undian,” katanya.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami akan kongsikan cara guna strategi Swing dalam saham.
• 9 – 10 Sept 2023 (Sabtu – Ahad)
• 9 AM – 5 PM
• Melalui ZOOM
Daftar Sekarang!
Klik link: https://thekapital.my/swingtrading
