• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sime Darby Plantation Kembali Raih Keuntungan Pada Suku Ketiga 2020

in Catalyst
A A
Sime Darby Plantation Kembali Raih Keuntungan Pada Suku Ketiga 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Sime Darby Plantation Bhd kembali meraih keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 (Q3 2020) selepas mencatatkan keuntungan bersih RM190 juta berbanding kerugian bersih RM243 juta pada suku ketiga 2019.

Hasil melonjak kepada RM3.18 bilion daripada RM2.82 bilion sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit (MSM) dan isirong sawit yang tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulan Mohamad Helmy Othman Basha berkata walaupun berhadapan dengan cabaran ekoran pandemik yang melanda pasaran global, harga MSM terus disokong pada separuh kedua tahun ini sementara permintaan minyak sawit semakin baik dan dijangka terus berkembang pada 2021.

Beliau berkata sebagai sektor yang menyediakan produk penting kepada dunia, industri ini telah menunjukkan daya ketahanan di tengah ketidakpastian global.

“Dalam keadaan mencabar ini, kami menyarankan lebih ramai rakyat Malaysia yang menganggur untuk merebut peluang pekerjaan yang tersedia dalam industri minyak sawit hari ini.

“Sebagai langkah untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini, kami juga berharap kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan sekatan ke atas tenaga kerja asing sementara kumpulan ini akan terus meningkatkan usaha mekanisasi dan digitalisasi bagi menambah produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh dalam tempoh sederhana hingga panjang,” kata beliau.

Bergerak ke hadapan, Mohamad Helmy berkata prestasi kewangan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 dijangka lebih baik daripada tahun lepas.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In