• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sime Darby Beli 61.2 Peratus Kepentingan Dalam UMW Holdings Pada RM3.57 Bilion

in Catalyst
A A
Sime Darby Beli 61.2 Peratus Kepentingan Dalam UMW Holdings Pada RM3.57 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Konglomerat Sime Darby Bhd, membeli 61.2 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada RM3.57 bilion secara tunai, untuk mempertingkatkan dan memperkukuh kehadirannya dalam sektor automotif Malaysia.

Langkah itu, yang menjadi antara perjanjian penggabungan dan pembelian terbesar di Malaysia, akan mentransformasikan Sime Darby secara strategik menjadi peserta automotif terkemuka di negara ini dengan penambahan jenama pasaran massa volum tinggi iaitu menerusi Toyota dan Perodua, menguasai sehingga 60 peratus daripada jumlah keseluruhan industri automotif domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata pembelian itu akan melengkapkan portfolio premium hingga mewah sedia ada Sime Darby iaitu BMW, Rolls-Royce dan Porsche.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menerusi pembelian itu, yang lebih penting, akan membolehkan syarikat meningkatkan skala operasinya di Malaysia, mengimbangi sebarang risiko geopolitik dalam rantau ini daripada dua pasaran utamanya iaitu China dan Australia.

Beliau menjangkakan sumbangan perolehan mengikut negara selepas transaksi itu adalah kira-kira 30:30:30, daripada 15:37:35 pada masa ini sekali gus menawarkan profil yang lebih stabil.

“UMW sudah pun menjadi peserta automotif yang dominan dengan menguasai 52 peratus bahagian pasaran tempatan, dan langkah pembelian itu dijangka menjadikannya sehingga 55 peratus.

“Entiti yang diperbesarkan itu akan mencipta nilai lebih besar untuk semua pemegang kepentingan kami dan membolehkan kami sebagai syarikat multinasional Malaysia melaksanakan peranan lebih baik dalam mengembangkan industri automotif negara,” katanya kepada Bernama.

Jeffri berkata susulan perjanjian penjualan saham (SPA) bersyarat yang ditandatangani dengan PNB hari ini, pihaknya akan mendapatkan persetujuan daripada kalangan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa November ini.

Beliau berkata transaksi RM3.57 bilion, berdasarkan RM5 sesaham mengikut SPA itu adalah keuntungan bersifat tambahan dan akan memberi manfaat kepada pemegang saham Sime Darby serta pemegang unit PNB dalam jangka masa panjang.

Peluang dan Keupayaan Lebih Besar

Jeffri berkata pembelian itu juga akan membolehkan Sime Darby mengakses ekosistem Toyota dan menambah satu lagi nama kepada jenama-jenama kukuhnya, sekali gus mewujudkan peluang baharu untuk syarikat berkembang di wilayah geografi baharu.

Langkah ini juga akan menguatkan lagi segmen bermargin tinggi syarikat seperti kereta terpakai, selepas jualan dan pemasangan, susulan volum besar yang di bawah penguasaan syarikat.

“Selain memperluas asas keuntungan kami, kehadiran operasi kami di bahagian lain pada rantaian nilai akan mewujudkan daya tahan terhadap perubahan model runcit,” katanya.

Selain itu, beliau berkata transaksi itu akan membawa Toyota Forklifts — di bawah Toyota Industries Corporation (TICO) — ke dalam portfolio Sime Darby, dan ini memberikannya pendedahan kepada perniagaan pengendalian barangan yang berkembang pesat yang didorong oleh ledakan e-dagang.

“Pengendalian barang akan menambah satu lagi dimensi kepada bahagian perindustrian, untuk melengkapkan pendedahan perlombongan dan pembinaan kami,” katanya.

Jeffri berkata bagi Perodua, ia menguasai bahagian pasaran yang dominan dalam industri automotif tempatan dan merupakan komponen nilai terbesar dalam transaksi itu.

Nyahsenarai UMW dalam Pertimbangan

Jeffri berkata pembelian itu akan dibiayai terutama oleh pinjaman bank dan dana dalaman.

“Kami akan meneliti untuk mengurangkan tahap kadar hutang kami menerusi penjualan strategik aset bukan teras,” katanya.

Apabila perjanjian itu berubah kepada tanpa syarat, beliau berkata Sime Darby akan membuat tawaran am untuk membeli baki 38.8 peratus pegangan dalam UMW dengan tujuan menyahsenarai UMW daripada Bursa Malaysia.

Beliau berkata syarikat menjangkakan pembelian ke atas UMW Holdings dapat diselesaikan pada akhir Februari 2024.

Beliau berkata syarikat itu akan melakukan semakan teliti dan menyeluruh terhadap portfolio jenama UMW untuk menilai keserasian berbanding portfolio sedia ada di samping memastikan Sime Darby mengekalkan spektrum produk dan perkhidmatan yang kukuh dengan tujuan terus meningkatkan nilai bagi pemegang saham.

“Kami amat mengambil berat mengenai komitmen kami kepada semua prinsipal. Kami akan menguruskan setiap jenama secara berasingan dan terus berkembang berasaskan kerja cemerlang dengan semangat berdaya usaha dan minda berfikiran ke hadapan.

“Antara langkah pertama dalam pelan penyepaduan pascapembelian adalah memberi tumpuan kepada peralihan dan penyepaduan yang lancar di samping memanfaatkan kelebihan kedua-dua syarikat dan semua jenama di dalamnya,” katanya.

Tenaga Kerja dan Bumiputera

Jeffri berkata penyepaduan pascapembelian itu akan menimbulkan gangguan operasi yang minimum kerana syarikat komited untuk mengekalkan integriti syarikat — Sime Darby dan UMW — dan memanfaatkan sinergi.

Buat masa ini, keutamaan adalah memastikan semua syarat dipenuhi dan syarikat dapat menyelesaikan pembelian itu dengan sokongan semua prinsipal, pemegang saham dan warga kerja, katanya.

“PNB kekal sebagai pemegang saham penting Sime Darby, justeru, dari segi penyertaan ekuiti, kepentingan bumiputera kekal utuh.

“Selain itu, ekosistem vendor dan pembekal untuk Toyota dan Perodua akan kekal selain terdapat keperluan ekuiti bumiputera untuk memastikan penyertaan bumiputera pada sepanjang rantaian nilai,” katanya.

Jefri berkata Sime Darby adalah jenama Malaysia yang membanggakan dengan 110 tahun sejarah di negara ini.

Sebagai entiti tempatan, Sime Darby sentiasa menyokong pertumbuhan dan pembangunan bakat tempatan, mempunyai ramai rakyat Malaysia dalam pelbagai jawatan kepimpinan di seluruh organisasinya.

— BERNAMA

Tags: automotifekuitiJeffri Salim DavidsonkepentinganPNBSime DarbyUMW Holdings Bhd
Share288ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In