Jenama Apple tidak asing lagi di kalangan pengguna telefon pintar di seluruh dunia. Apabila Apple mengeluarkan iPhone keluaran yang baru, orang ramai sanggup beratur berjam-jam lebih awal untuk menjadi antara yang terawal untuk memiliki telefon pintar tersebut.
Sumber: Apple
Kita semua tahu peranti keluaran Apple mendapat permintaan yang tinggi kerana kualiti serta jenama Apple itu sendiri. Pelancaran iPhone 13 dijangka akan berlangsung pada 14 September 2021.
Sumber: pxfuel
Kelebihan Kepada Pembekal & Ekonomi
Syarikat atau kilang yang membekalkan komponen kepada syarikat Apple sudah tentu mendapat manfaat daripada kekuatan jenama itu sendiri.
Permintaan tinggi terhadap produk Apple juga bermakna perolehan pembekal juga turut meningkat. Kilang pembekal yang terletak di Malaysia pula membantu ekonomi negara secara tidak langsung serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Pembekal Utama Apple
Berdasarkan Investopedia, 9 syarikat utama yang dikaitkan dalam rantaian pembekal kepada Apple adalah :
- Hon Hai Precision Industry @ Foxconn
- Wistron
- Pegatron
- Goertek
- Luxshare
- Qualcomm (QCOMM)
- Intel (INTC)
- Murata Manufacturing Ltd. (MRAAY)
- Samsung
Pembekal Tempatan Komponen Apple
Jika di atas tadi merupakan 9 syarikat utama pembekal Apple, bagaimana pula pembekal tempatan komponen Apple?
Terdapat beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang terlibat dalam pembekalan komponen kepada Apple secara tidak langsung. Jom kita lihat beberapa contoh yang akan kami kongsikan.
1. Dagang NeXchange Berhad (DNEX)
Hon Hai Precision Industry atau juga dikenali sebagai Foxconn adalah antara pembekal terbesar dan paling lama kepada Apple.
Sumber: Senarai Pembekal Apple 2020
Siapa sangka syarikat yang berpangkalan di Taiwan ini merupakan syarikat pemasangan utama komponen-komponen telefon pintar iPhone. Tahukah anda, Foxconn memiliki saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu Dagang NeXchange Berhad?
Baca : Apple’s Iphone Assembler Foxconn Now Substantial Shareholder of DNeX
- SilTerra menghasilkan wafer semikonduktor.
- DNeX mempunyai kepakaran dalam sektor IT, tenaga dan teknologi memiliki SilTerra.
- Foxconn merupakan syarikat pemasangan utama komponen-komponen telefon pintar iPhone membeli sebahagian saham DNeX.
- Apple menerima komponen telefon pintar iPhone yang telah dipasang dan menjualnya kepada pengguna.
2. Inari Amertron Berhad
Sebelum kita pergi kepada Inari, saya akan perkenalkan anda dengan Broadcom terlebih dahulu. Broadcom Limited adalah salah sebuah syarikat gergasi yang membekalkan komponen frekuensi radio, modul dan komponen tanpa wayar kepada Apple.
Broadcom membekalkan beberapa cip yang digunakan dalam iPhone, termasuk cip untuk sambungan wifi, bluetooth dan cip front-end yang menghubungkan telefon pintar kepada rangkaian wireless.
Sumber: Senarai Pembekal Apple 2020
Pada tahun 2018, 25% daripada perolehan Broadcom adalah hasil jualan kepada Apple manakala sebanyak 20% pada tahun 2019.
Sumber: Reuters
Apakah hubungan Inari dengan Apple?
Inari merupakan syarikat berpangkalan di Pulau Pinang. Inari juga dikenali sebagai vendor yang memasang dan menguji barangan untuk Broadcom Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Broadcom pula membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada Apple. Sebahagian besar pendapatan Inari datangnya daripada Broadcom Inc. Maka secara tak langsung, apabila permintaan terhadap barangan Apple meningkat, jualan Broadcom kepada Apple meningkat.
Hal ini pula akan membantu meningkatkan pendapatan Inari.
Sumber: Laporan Kewangan Inari
Pada tahun 2015, 2017 dan 2018, Inari mendapat anugerah daripada Broadcom sebagai tanda penghargaan.
Kita sebagai rakyat Malaysia boleh tumpang bangga dengan kejayaan dua buah syarikat ini yang mempunyai hubungkait dengan syarikat Apple. Sebelum anda membuat sebarang keputusan, sebaiknya anda mengkaji saham syarikat tersebut terlebih dahulu.
Anda berminat untuk belajar bagaimana membuat pemilihan saham yang baik? Webinar Senang Saham 4.0 yang akan berlangsung pada 2-4 Oktober 2021 adalah sebuah webinar yang disedia khas kepada yang ingin belajar ilmu saham daripada seorang Technical Analyst yang mempunyai pengalaman luas dalam pasaran saham.
Jumpa di sana!
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




