• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sasaran Penjimatan RM5 Bilion Hingga RM6 Bilion Daripada Baki Peruntukan Mengurus 2022 – Tengku Zafrul

in Berita
A A
Ekonomi Malaysia Kukuh, Kemungkinan Bankrap Seperti Sri Lanka Amat Tipis – Tengku Zafrul
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan anggaran antara RM5 bilion dan RM6 bilion nilai penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022.

Beliau berkata penjimatan tersebut melibatkan beberapa perkara antaranya pengurangan pembelian barangan import dan perbelanjaan ke luar negara. 

“Nilai lima peratus (itu) tidak besar mana, malah kalau dilihat (dalam Bajet 2022), perbelanjaan kita adalah RM332 bilion, perbelanjaan pembangunan pada tahun ini sebanyak RM75 bilion, subsidi mencecah RM77.7 bilion dan kita menjangka mungkin mencecah RM80 bilion. 

“Nilai tersebut adalah sedikit, tetapi setiap sen dikira untuk kita membantu rakyat. Oleh sebab itu, kita terpaksa cari cara lain bukan sahaja daripada hasil baru naik seperti harga minyak dan komoditi yang tinggi, tetapi juga dengan cara penjimatan,” katanya ketika ditemui pada sambutan majlis ulang tahun ke-10 studio animasi R&D di sini hari ini. 

Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa tiada projek yang akan dibatalkan tetapi (mungkin) terdapat projek yang boleh ditangguhkan untuk sementara waktu. 

Menjawab persoalan mengenai kemungkinan terdapat cukai baharu yang akan diperkenalkan untuk membantu menambah hasil negara, beliau berkata tiada bentuk cukai baharu yang akan dibuat pada masa ini. 

“Ekonomi kita masih lagi dalam keadaan mod pemulihan, justeru, tiada cukai baharu akan diperkenalkan. Bagaimanapun, dalam pengumuman Bajet 2022, dari segi hasil, kita ada memperkenalkan, sebagai contoh Cukai Makmur.

“Kerajaan akan terus fokus membantu kehidupan rakyat dan kelangsungan perniagaan kita,” katanya.

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In