Pada setiap pagi sebelum pasaran saham dibuka, mereka yang telah lama berada dan berjaya dalam pasaran saham kebiasaannya akan membuat ringkasan ataupun ‘kaji cuaca’ mengenai keadaan yang dijangka akan berlaku di Bursa Malaysia pada hari tersebut.
Jadi, dari manakah kajian harian pedagang datang? Sebenarnya ada beberapa rutin yang perlu kita lakukan bagi mencari peluang yang ada dalam pasaran saham. Antaranya adalah, ketika Bursa Malaysia ditutup, para pedagang pada kebiasaannya akan melayari laman web malaysiastock.biz untuk membaca berita yang ada.
Paparan Bursa Malaysia Latest Quarter Report ini boleh dicapai melalui halaman utama laman web malaysistock.biz.
Semua syarikat di Bursa Malaysia wajib untuk mengemaskini laporan semasa prestasi kewangan syarikat setiap tiga bulan. Secara amnya, laporan ini akan memberi gambaran tentang prestasi semasa syarikat, sama ada berada dalam keadaan untung, ataupun rugi.
Kaunter saham syarikat yang menunjukkan prestasi yang baik pada kebiasaannya akan mulai mendapat perhatian para pedagang. Selain daripada membaca laporan kewangan suku tahun syarikat, kita juga boleh membaca maklumat berkaitan dividen yang akan diberikan oleh syarikat-syarikat tertentu dalam masa terdekat.
Bagi memahami maklumat yang terdapat seperti jadual di atas, mari saya terangkan serba sedikit tentang perkara ini.
Pada bahagian Ex-Date dalam jadual ini, ia menyatakan tarikh terakhir yang diberikan kepada anda untuk memiliki sekurang-kurangnya satu lot unit pegangan bagi melayakkan anda menerima dividen yang ditawarkan oleh pihak syarikat.
Entitlement Date pula membawa maksud bahawa anda hendaklah memegang saham syarikat itu sehingga tarikh yang dinyatakan bagi melayakkan anda menerima dividen yang mereka tawarkan itu. Amaun dividen yang akan diterima bagi setiap unit pegangan juga turut ada disenaraikan dalam jadual ini.
Misalnya syarikat SYMLIFE, mereka menawarkan dividen sebanyak 2 sen, iaitu RM0.02 kepada setiap unit pegangan yang anda miliki. Sekiranya anda memiliki 100 unit pegangan, maka amaun dividen yang akan diperoleh adalah sejumlah RM2.
Jika mahu mendapatkan pulangan yang lebih banyak, anda hendaklah memegang saham syarikat tersebut dengan jumlah pegangan yang lebih besar, misalnya 10,000 unit untuk mendapatkan pulangan dividen sebanyak RM200.
Pemberian dividen oleh syarikat-syarikat ini secara amnya merupakan cara untuk syarikat-syarikat menghargai para pemegang saham kerana memilih untuk melabur ke dalam perniagaan syarikat mereka.
Jika tuan puan melihat ke bawah lagi pada halaman utama laman web ini, anda akan mendapat maklumat berkaitan Bonus/Right Issue yang ditawarkan pula.
Bonus yang dimaksudkan ini adalah, pihak syarikat menawarkan untuk memberikan anda sejumlah unit saham bagi setiap unit pegangan yang dimiliki.
Misalnya kita lihat pada saham syarikat XINGHE, bagi setiap satu saham XINGHE yang kita miliki, syarikat akan memberikan bonus sejumlah dua unit tambahan sebagai bonus.
Bagi setiap 5 unit saham syarikat DOLPHIN yang kita miliki, syarikat menawarkan untuk memberi bonus sejumlah 4 unit tambahan kepada kita. Misalnya, jika anda membeli saham syarikat ini berjumlah 2 lot (200 unit) pada 22 Julai 2020 dan masih memegangnya pada 24 Julai 2020, akaun tuan puan akan dikreditkan sebanyak 160 unit tambahan pada tarikh 24 Julai 2020. Teknik ini ada banyak, cuma kita perlu cari yang paling serasi.
Ataupun boleh kita katakan, cikgu dalam dunia pelaburan saham sendiri ada terlalu ramai, dan kita pastilah mahukan cikgu yang kena dengan kita punya level bahasa dan cara pemikiran kita.
Ada cikgu yang mengajar kita untuk berdagang saham menggunakan indikator. Tapi kalau kita ni jenis yang nak tengok indikator, nak setup setting pun terkial-kial, nak buat indikator pada chart tu ambil masa berjam-jam, maka ternyatalah kita ini bukan orang yang sesuai menggunakan indikator. Sebab itulah saya suka untuk “trade what I see” dan tak perlulah untuk pakai indikator itu semua.
Selain daripada melayari halaman utama di laman web malaysiastock.biz, saya juga biasa klik pada pilihan Blogs and News. Terdapat banyak berita tentang dunia perniagaan yang boleh anda dapati.
Anda dikehendaki klik pada mana-mana topik yang anda minat bagi membaca berita yang ada untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Di sini saya ingin memberikan contoh satu saham syarikat yang terus melonjak naik kerana berita yang keluar.
Apa yang kita lihat pada saham syarikat ini, ia melonjak naik tinggi beberapa hari kerana satu berita yang keluar.
Namun bermula awal Ogos 2020, kejatuhan yang dialami juga adalah agak drastik. Di sini mahu saya tekankan, pada saham syarikat yang mengalami kenaikan yang drastik, penurunannya juga akan berlaku secara drastik.
Maka, anda sebagai pedagang saham perlu berhati-hati dengan kenaikan yang seperti ini. Nasihat yang paling saya suka berikan adalah, secure your profit. Biarlah untung sedikit daripada tiada untung langsung ataupun menanggung kerugian.
Adalah lebih rugi jika anda membeli di puncak bahagia, iaitu pada kadar harga yang paling tinggi sebelum mengalami kejatuhan.
Kadang-kadang, anda akan mendapati terdapat berita tentang ‘pergaduhan’ antara negara Amerika Syarikat dengan negara China dalam laman berita ini. ‘Pergaduhan’ ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga saham syarikat yang berkaitan.
Oleh itu, secara peribadinya saya lebih gemar untuk melaburkan wang saya ke dalam saham syarikat yang memberi perkhidmatan kepada kedua-dua negara ini, di mana sekiranya berlaku pergaduhan antara mereka, saham syarikat yang saya sertai itu tidak akan terjejas.
Selain daripada laman web malaysiastock.biz, saya juga biasa membaca berita di investing.com bagi memahami berita berkaitan pasaran global. Aplikasi investing.com ini boleh juga dimuat turun melalui aplikasi Google Playstore mahupun Apple Appstore pada telefon bimbit masing-masing.
Di laman web investing.com, anda boleh melihat prestasi pasaran saham di seluruh dunia melalui pilihan ‘Indices’ di dalam laman web itu. Jjika warna yang keluar di situ kebanyakannya adalah merah, anda boleh meramal bahawa pasaran saham di Bursa Malaysia juga akan turut merah pada hari tersebut.
Ataupun sekiranya anda lihat kebanyakannya adalah hijau, maka anda boleh meramal bahawa pasaran saham di Bursa Malaysia juga akan turut hijau pada hari tersebut.
Sebenarnya, ketika pasaran saham berwarna hijau ataupun merah, terdapat teknik analisis tertentu yang anda boleh aplikasikan bagi tujuan jual beli saham bersesuaian dengan keadaan pasaran pada ketika itu.
Namun secara peribadinya, saya berpendapat janganlah anda banyak membeli saham syarikat ketika mana pasaran saham luar berwarna merah. Ini kerana risau jika setelah membeli, saham itu makin jatuh menjunam ke bawah.
Namun masih ada saham yang mampu kita kumpul pada ketika pasaran merah, misalnya saham syarikat yang memiliki fundamental yang baik.
“Be fearful when others are greedy. Be greedy when others are fearful”
Warren Buffett
Selamat berdagang.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!