• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Risiko Rugi Tetap Ada Walaupun Beli Saham Dengan Fundamental Yang Baik

in Fundamental Analisis
A A
Risiko Rugi Tetap Ada Walaupun Beli Saham Dengan Fundamental Yang Baik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Aku dah pilih saham ikut fundamental, tapi sekarang rugi besar!

Dalam dunia pelaburan saham, tidak asing lagi kita mendengar tentang dua kajian saham terulung iaitu kajian fundamental dan juga kajian teknikal. 

Pelabur juga terbahagi kepada dua golongan utama iaitu mereka yang pro-fundamental analysis dan juga pro-technical analysis. 

Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?

Berkaitan

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar

Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?

Perbalahan antara dua golongan ini tiada kesudahan dengan pendirian masing-masing sehingga wujud satu lagi golongan yang mengamalkan kedua-dua kajian ini dalam pemilihan saham mereka. 

Analisis fundamental secara ringkasnya menjawab soalan saham apa yang nak dibeli manakala analisis teknikal menjawab soalan bila nak membeli sesuatu saham itu. 

Sering kali pelabur dinasihatkan untuk mengutamakan pemilihan saham yang mempunyai fundamental yang baik terlebih dahulu. 

Tapi sejak kebelakangan ini, saham-saham yang mempunyai fundamental yang baik tidak menyerlah di pasaran saham apatah lagi untuk menjana keuntungan kepada pelabur. 

Lebih malang lagi saham yang mempunyai fundamental yang baik ini mengakibatkan kerugian yang besar kepada pelabur. 

Saham Syarikat Fundamental Bagus, Tapi Harga Saham Jatuh Merudum

Baru-baru ini, seperti yang semua sedia maklum bahawa sebuah syarikat pengendali perkhidmatan sektor minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia, Serba Dinamik Holding Berhad mengalami kejatuhan yang sangat teruk terhadap harga sahamnya. 

Puncanya hanya satu, isu audit yang dibangkitkan oleh juruaudit luarnya terhadap penyata kewangan syarikat yang terkini. 

Baca: Serba Dinamik: Apa Yang Berlaku?

Sumber: Tradingview

Walaupun syarikat ini mempunyai fundamental yang sangat baik berbanding pesaingnya  namun ianya gagal untuk menampung emosi pasaran kesan daripada isu audit syarikat yang berlarutan. 

Harga saham syarikat ini berada pada paras terendah dalam sejarah sejak ianya mula diapungkan di pasaran saham Bursa Malaysia. 

Baca: Serba Dinamik Limit Down Selepas Dua Hari Dibekukan

Pelabur institusi juga dilihat mula melepaskan pegangan mereka dalam syarikat Serba Dinamik ini. 

Dua lagi syarikat yang mempunyai fundamental yang sangat baik, iaitu Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dan KPower Berhad (KPOWER) turut mengalami kejatuhan harga yang mendadak walaupun entiti dan latar belakang perniagaan syarikat ini jauh berbeza dengan Serba Dinamik. 

Baca: Serba Dinamik Yang Bermasalah, SCIB dan KPower Kena Tempiasnya

Jadi Tak Gunalah Kaji Fundamental Syarikat?

Kembali kepada niat asal kita melabur saham, adakah kita membeli saham syarikat mengharapkan keuntungan segera atau melabur atas sebab nilai perniagaan yang dijalankan?

Kajian dengan formula CANSLIM juga sebenarnya dapat membantu pelabur untuk memilih saham sesebuah syarikat dari segi fundamental yang baik secara lebih menyeluruh dan bukannya hanya melihat kepada keuntungan syarikat semata-mata. 

Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.S.L.I.M

Walaupun kita digalakkan untuk memilih saham yang mempunyai fundamental yang baik, tetapi jangan sesekali kita mengabaikan bacaan teknikal saham syarikat tersebut. 

Kita perlu tahu paras support dan resistance harga sesuatu saham untuk membantu kita membuat keputusan yang tepat.

Baca: Cepat Jual Saham Anda Jika Keluar 3 Tanda Ini

Dalam dunia pelaburan saham, tidak ada cara yang dapat menjamin strategi mana yang 100% menjadi.

Dengan ilmu, pengalaman dan tidak berputus asa, itulah kunci kejayaan sebenar. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?

Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share523ShareSend

Related Posts

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

4 months ago
4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar
Fundamental Analisis

4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar

1 year ago
Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?
Fundamental Analisis

Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?

1 year ago
Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?
Fundamental Analisis

Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In