Untuk pelabur yang menekankan kepentingan kajian fundametal syarikat, Return on Equity (ROE) merupakan salah satu formula yang penting untuk mereka membuat penilaian tentang syarikat. ROE ini digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat menguruskan aset setelah ditolak dengan liabiliti syarikat untuk menjana keuntungan.
Formula ROE ini mudah, hanya membahagikan perolehan bersih (Net Income) syarikat dengan purata ekuiti keseluruhan (Average Total Equity) syarikat seperti di bawah.

Jika ROE syarikat bersamaan dengan 10%, ini bermakna dengan setiap RM100.00 ekuiti syarikat mampu menjana perolehan bersih sebanyak RM10.00.
Formulanya mudah dan jelas, semua orang tahu dan faham kegunaan ROE ini. Namun, tahukah anda sebenarnya daripada formula yang mudah ini sebenarnya boleh dihuraikan kepada formula ini untuk mengukur keupayaan-keupayan lain syarikat? Mari kita lihat huraian formula yang dimaksudkan tadi.
Huraian Pertama ROE
Daripada formula ROE tadi, kita boleh huraikan kepada dua lagi formula yang berlainan, iaitu formula Return on Asset (ROA) dan Financial Leverage. Formula kedua-dua ini pula dinyatakan seperti di bawah.

1. Return On Asset (ROA)
Return On Asset (ROA) ini pula adalah ukuran keupayaan syarikat untuk menjana perolehan daripada aset syarikat yang sedia ada. Jika ROA syarikat 5%, ini bermakna setiap RM1.00 nilai aset syarikat mampu menjana perolehan bersih syarikat sebanyak RM5.00. Semakin tinggi nilai ROA, semakin tinggi nilai ROE.
2. Financial Leverage
Financial Leverage ini pula merupakan hutang syarikat gunakan untuk mengembangkan perniagaanya dengan pembiayan aset syarikat.
Semakin tinggi nilai Financial Leverage, semakin tinggi juga nilai ROE. Namun, nilai Financial Leverage yang tinggi ini menandakan syarikat mempunyai nilai hutang yang tinggi dan bermakna syarikat mempunyai kekurangan ekuiti untuk menyerap kerugian syarikat jika ada.
Daripada satu formula mudah ROE tadi, sekarang kita sudah tahu dua lagi formula hasil daripada huraian ROE tadi kepada formula ROA dan Leverage. Huraian ini tidak terhenti disitu sahaja, masih ade lagi huraian yang formula yang kita boleh huraikan lagi.
Huraian Kedua ROE
Huraian kedua ini pula hasil huraian daripada formula ROA yang diterangkan di atas tadi. Formula ROA ini boleh dihuraikan kepada dua lagi formula berbeza iaitu formula Net Profit Margin dan Asset Turnover. Formula-formula ini adalah seperti berikut.

1. Net Profit Margin
Net Profit Margin merupakan ukuran untuk menilai keuntungan syarikat yang paling asas. Formula ini adalah hasil daripada nilai perolehan bersih syarikat dibahagi dengan hasil jualan atau pendapatan syarikat. Pemahaman yang mudah untuk nisbah ini ialah jika nilai nisbah Net Profit Margin adalah 20%, ini bermakna syarikat menjual setiap unit produknya pada harga RM1.00.
Selepas nilai jualan itu ditolak dengan kos-kos yang terlibat seperti kos operasi dan kos kewangan, nilai akhir yang syarikat miliki adalah RM0.20 untuk setiap unit terjual.
Pihak pengurusan boleh meningkatkan nilai perolehan bersih syarikat dengan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan atau jualan syarikat.
2. Asset Turnover Ratio
Asset Turnover Ratio pula adalah untuk menilai betapa efektifnya syarikat menggunakan aset yang dimiliki untuk menjana keuntungan. Jika syarikat mempunyai aset bernilai RM100.00 dan berjaya menjana keuntungan sebanyak RM1,000.00.
Ini bermakna aset syarikat mampu untuk menghasilkan keuntungan sebanyak 10 kali ganda daripada nilai asetnya.
Formula Leverage dibawa ke bawah untuk menyempurnakan pecahan asal formula ROE tadi. Jika didarab ketiga-tiga formula ini, nilainya akan menjadi sama dengan nilai ROE.
Sekarang kita sudah huraikan dua lagi formula yang berasal daripada formula mudah ROE tadi. Hurai ini juga tidak berakhir disini kerana formula ini masih boleh dihuraikan lagi.
Huraian Ketiga ROE
Daripada formula Net Profit Margin tadi, kita boleh huraikan lagi formulanya kepada tiga lagi formula yang berasingan iaitu Tax Burden Ratio, Interest Burden Ratio dan EBIT Margin. Formula-formulanya adalah seperti berikut.

1. Tax Burden Ratio
Tax Burden Ratio adalah nilai perolehan bersih syarikat dibahagikan dengan pendapatan bersih setelah ditolak dengan cukai semasa. Nilainya akan sama dengan pengiraan 1 tolak kadar cukai semasa. Jika cukai semasa adalah 30%, ini bermakna baki 70% adalah nilai Tax Burden Ratio dan nilai ini merupakan perolehan milik syarikat dapat selepas cukai dikenankan.
Semakin rendah kadar cukai, nilai perolehan akan lebih tinggi dan nilai Tax Burden Ratio juga akan menjadi tinggi yang akan menjadikan nilai ROE juga meningkat.
2. Interest Burden Ratio
Interest Burden Ratio pula dikira dengan membahagikan nilai pendapatan yang telah dicukai (EBT) dengan nilai pendapatan setelah dicukai dan setelah pembayaran faedah (EBIT). Nisbah ini menunjukkan baki pendapatn syarikat dalam peratus setelah ditolak dengan pembayaran faedah(interest) oleh syarikat.
Semakin tinggi nilai Interest Burden Ratio, semakin rendah bayaran faedah yang dibuat syarikat, Ini akan menyumbang kepada nilai ROE yang tinggi.
3. EBIT Margin
EBIT Margin ini adalah nisbah pendapatan sebelum pembayaran faedah dan cukai dibuat daripada pendapatan bersih syarikat. Nisbah ini digunakan sebagai ukuruan prestasi operasi syarikat tanpa mengambil kira struktur modal dan kesan pembayaran cukai.
Formula Asset Turnover dan Financial Leverage juga dibawa ke bawah untuk melengkapkan hasil gabungan kesemua pecahan formula tadi menjadi nilai ROE semula.
Rumusan

Jadi, kepada anda yang sebelum ini hanya nampak nilai ROE tanpa mengetahui atau memahami bagaimana formula ini berfungsi, sekarang pastinya anda sudah mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa itu ROE dan kepentingan penilaian ROE ini dalam kajian fundamental.
Gambar di atas merupakan rumusan keseluruhan formula asas ROE yang mudah sehingga huraian yang lebih mendalam.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)