Persoalan modal pelaburan dalam Bursa Malaysia sangat subjektif berikutan harga saham setiap syarikat yang berbeza–beza. Sudah tentu semakin mahal harga saham syarikat, semakin tinggi juga modal pelaburan yang perlu kita keluarkan.
Dalam dunia pasaran saham, para pedagang perlu membuat pembahagian modal yang tepat dan bersesuaian dengan emosi masing-masing agar sebarang kerugian tidak terduga yang berlaku tidak akan memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka.
Misalnya, ada pedagang yang membahagikan modalnya kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk swing dan satu bahagian lagi untuk trade jangka masa pendek.
Swing merujuk kepada pemegangan saham syarikat dalam tempoh yang lama, iaitu kira-kira satu bulan, manakala perdagangan jangka masa pendek (short-term) pula mengambil masa kira-kira beberapa jam hingga beberapa hari sahaja. Pedagang jangka masa pendek ini juga dikenali sebagai “short term trader”.

Carta menunjukkan pembahagian wang yang boleh dilakukan
Diandaikan kita memiliki modal sebanyak RM5,000 , maka amaun yang lebih besar iaitu bernilai RM 4,000 (80%) diletakkan untuk membeli dengan tujuan swing, manakala amaun yang lebih kecil, iaitu RM1,000 (20%) diletakkan untuk perdagangan jangka masa pendek pula.
AWAS! Amaun modal yang diletakkan ini hendaklah merupakan amaun lebihan daripada keseluruhan simpanan kita sahaja. Erti kata lain, amaun yang kita laburkan adalah amaun yang sanggup kehilangan kesemuanya seandainya tiba-tiba ada sesuatu yang kurang baik berlaku dalam dunia pasaran saham.
Kita kena ingat dan faham bahawa harga saham syarikat bersifat tidak menentu dalam setiap masa. Ada ketikanya ia menurun, dan ada ketikanya ia akan menaik tinggi. Apa yang lebih penting untuk difahami adalah, kita tidak semestinya sentiasa benar dalam pemilihan saham syarikat.
Ada kalanya kita tersalah memilih saham syarikat, di mana setelah membelinya mungkin harga turun dengan mendadak sehingga tindakancut loss terpaksa diambil.

Kaunter yang mahu dibeli bagi tujuan swing hendaklah terdiri daripada kaunter yang memiliki kesemua ciri yang baik, iaitu fundamental yang bagus, carta teknikal yang menunjukkan signal belian, serta sentimen yang menyebelahi saham syarikat tersebut.
Bagi tujuan perdagangan, kita hanya bercadang untuk memegang saham syarikat dalam tempoh jangka masa yang pendek sahaja, maka tidak mengapa jika kurang menitikberatkan fundamental syarikat sekiranya terdapat signal belian serta sentimen yang menyebelahinya. Amaun modal yang sedikit sahaja dilaburkan, memandangkan pada kebiasaannya syarikat yang memiliki latar belakang fundamental yang kurang baik berkemungkinan akan jatuh secara tiba-tiba setelah membuat kenaikan.
Cara ini sesuai untuk mengurangkan risiko, terutamanya kepada pelabur baharu yang perlu berhati-hati terhadap pergerakan saham yang tidak menentu.

Cara pembahagian wang yang mahu dilakukan oleh setiap pedagang adalah berbeza-beza bergantung kepada sejauh mana kita sanggup menanggung risiko. Contoh di atas ini diberikan sebagai rujukan sahaja untuk memberi kefahaman yang lebih mudah dalam membuat keputusan pengurusan modal.
Soal amaun berapakah yang mahu diletakkan bagi tujuan perdagangan kitajuga perlu mengambil kira perdagangan untuk jangka masa pendek, swing, dan juga untuk pelaburan jangka masa panjang.
Memang kita sedia maklum bahawa harga saham syarikat ini akan naik semula suatu hari nanti, namun persoalannya adalah bila? Dan mampukah kita tunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala? Atau nak cari peluang lain?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!