• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pendapatan Suku Ketiga Top Glove Susut Susulan Normalisasi Permintaan, Purata Harga Jualan

in Catalyst, Saham
A A
Keuntungan Bersih Top Glove Susut Kepada RM185.72 Juta

Kredit gambar : Reuters

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya berikutan perolehan yang lebih rendah disebabkan kesan normalisasi permintaan dan purata harga jualan (ASP) yang menjejaskan industri.

Perolehan bagi suku tersebut merosot kepada RM1.46 bilion berbanding RM4.16 bilion tahun ke tahun. 

“Ini berbeza berbanding prestasi kukuh yang luar biasa pada suku terdahulu bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2021 apabila pandemik mencapai kemuncaknya, ketika permintaan dan ASP meningkat pada setiap masa dan kos operasi yang lebih rendah,” menurut Top Glove dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada suku ketiga, harga purata lateks pekat getah asli meningkat 17 peratus suku ke suku kepada RM6.50 sekilogram, manakala harga purata lateks nitril ialah US$1.11 sekilogram, 3.0 lebih rendah berbanding suku kedua.

Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow dalam kenyataan berasingan menyifatkan tempoh ini sebagai sangat mencabar bagi industri sarung tangan.

Malah, beliau berkata keputusan suku tersebut tidak mencerminkan prestasi biasa bagi perniagaan kumpulan, disebabkan oleh trend normalisasi yang berterusan dan ketidakseimbangan bekalan permintaan.

“Bagaimanapun, kami akan terus memberi penekanan kepada asas kami; menghasilkan produk berkualiti dengan kos cekap yang tetap menjadi keutamaan, ketika tempoh yang lebih baik, mahupun dalam waktu sukar,” katanya.

Dalam tempoh sembilan bulan, pengeluar sarung tangan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM288.56 juta berbanding RM7.26 bilion tahun ke tahun, manakala perolehan berjumlah RM4.50 bilion berbanding RM14.29 bilion pada tahun sebelumnya. 

Menurut Top Glove, prestasi yang lebih rendah itu berlaku di tengah-tengah pertembungan cabaran, dengan kos pengeluaran yang semakin meningkat akibat inflasi global dan konflik Rusia-Ukraine yang mendorong kenaikan harga minyak mentah.

Selain itu, kumpulan turut berdepan peningkatan tarif gas asli dan elektrik, serta pelaksanaan gaji minimum yang dikuatkuasakan pada 1 Mei, 2022 yang menyebabkan berlakunya mampatan margin berikutan kumpulan tidak dapat memindahkan kos sepenuhnya dalam keadaan bekalan berlebihan yang sedang berlaku.

Berikutan permintaan yang sederhana, Top Glove berkata ia telah menangguhkan dan mengurangkan perbelanjaan modal utamanya dalam masa terdekat di samping terus menyelaraskan rancangan pengembangannya dengan keadaan pasaran. 

Bagaimanapun, ASP sedang mencatatkan kemerosotan pada kadar lebih perlahan yang dapat membantu mengurangkan kesan kos pada masa akan datang.

Sementara itu, Top Glove berkata jualan dari Malaysia ke Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan pada suku ketiga, menokok 8.0 peratus berbanding suku terdahulu dan lebih berpotensi bagi pertumbuhan selanjutnya yang membawa petanda baik kepada kumpulan.

Melangkah ke hadapan, Top Glove menjangkakan persekitaran perniagaan yang mencabar akan berterusan dalam masa terdekat, namun, ia menegaskan bahawa keadaan itu adalah sementara.

Lee berkata kumpulan yakin permintaan akan terus menokok dengan penggunaan yang meningkat daripada negara pesat membangun dengan asas penggunaan sarung tangan yang agak rendah, di samping tahap kesedaran mengenai kebersihan dan kesihatan yang lebih tinggi dalam era pasca pandemik.

— BERNAMA

Share282ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In