• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?

in Fundamental Analisis, Hebahan
A A
Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Tahun 2021 telah pun menghampiri penghujungnya dan kita hanya berbaki beberapa hari lagi untuk 2021 menutup tirainya.

Sepanjang tahun 2021, pasaran saham tempatan dilihat kurang baik. Jika dilihat pada carta dan menggunakan timeframe 1 tahun, FBM KLCI berada pada paras sideways.

Sumber: Trading View

Berkaitan

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

FBM KLCI membuka tirai 2021 pada 1,629.01 mata. Sepanjang tahun 2021, FBM KLCI berlegar legar sekitar 1,500 mata – 1,600 mata. 

Paras 1,600 mata dilihat sebagai satu rintangan yang kuat bagi FBM KLCI. Setiap kali indeks menyentuh 1,600 mata, tidak lama selepas itu kita semua dapat menjangkakan bahawa FBM KLCI akan susut semula. 

Indeks pernah mencecah bawah 1,500 mata pada bulan Ogos 2021 lalu menjadi paras terendah pada tahun ini. Malah setakat artikel ini ditulis, indeks FBM KLCI sedang berada di bawah 1,500 mata.

Sentimen yang kurang baik juga menyebabkan pelabur asing keluar daripada pasaran saham tempatan. 

Baca: Aliran keluar dana asing RM1.5 bilion

Market Outlook 2022 Bersama Tuan Nik Ihsan

Baru-baru ini kami telah menganjurkan satu sesi live bersama Tuan Nik Ihsan, seorang Senior Chartist daripada Maybank Investment Bank Berhad untuk mengupas apa yang mungkin berlaku pada tahun 2022.

Tuan Nik Ihsan merupakan seorang Certified Technical Analyst yang telah diiktiraf oleh United Kingdom Society of Technical Analysts (UK STA) dan IFTA. Sebagai seorang speaker dan pengajar aktif dalam analisa teknikal, beliau sering berkongsi pandangan beliau kepada pelabur korporat dan individu melalui seminar, media sosial dan dada akhbar. 

Baca: Syabas Nik Ihsan Jadi Ahli Lembaga Pengarah IFTA (International Federation of Technical Analysts)

Segala pandangan Tuan Nik Ihsan adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Maybank pada 30 Oktober 2021.

Jom lihat apa pandangan Tuan Nik Ihsan: 

  1. Pasaran kewangan bergerak berdasarkan jangkaan. Ini bermaksud sekiranya terdapat perubahan dan maklumat baru pada masa yang akan datang, maknanya ada potensi yang analyst boleh mengubah pandangan mereka. Ia juga bergantung kepada tahap kepentingan maklumat tersebut.
  1. Pelaksanaan Cukai Makmur adalah salah satu cara kerajaan untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan negara. Cukai Makmur tersebut yang mengenakan cukai terhadap syarikat yang membuat keuntungan lebih RM100 juta setahun itu sedikit sebanyak memberi knee-jerk reaction terhadap pasaran saham. Walaubagaimanapun, Tuan Nik berkata cukai tersebut tidaklah memberi impak yang begitu besar terhadap syarikat-syarikat.
  1. Berdasarkan Heat Map 20 tahun yang dikongsikan oleh Tuan Nik, secara purata bulan Ogos dan September sering berwarna merah kerana laporan kewangan suku kedua dilaporkan pada 2 bulan tersebut. Sejak 20 tahun lepas, bulan Disember merupakan bulan yang paling positif pada setiap tahun. Sepanjang 20 tahun lepas, hanya 3 kali sahaja FBM KLCI tidak berada pada prestasi yang baik.
  1. Pilihan raya umum dijangka akan berlangsung pada tahun 2022 dan kebiasaannya FBM KLCI akan naik 200-300 mata menjelang pilihan raya. Impak selepas pilihan raya pula akan bergantung kepada parti mana yang akan memenangi pilihan raya kelak.
  1. Window dressing biasanya berlaku pada minggu kedua dan ketiga Disember setiap tahun. Window dressing ini berpotensi menjadi sesuatu yang positif kepada pasaran. 
  1. Maybank Research meletakkan saranan Overweight bagi sektor-sektor di bawah iaitu yang berwarna hijau. Sektor gaming walau bagaimanapun pula adalah tidak patuh syariah dan boleh diketepikan.
  1. Syarikat minyak & gas yang mempunyai market cap yang tinggi juga boleh diperhatikan dan telah ada syarikat tempatan seperti Yinson yang bergerak ke arah Environmental, Social and Governance (ESG). 
  1. Environmental, Social and Governance (ESG) merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka.

Baca : Apakah Itu ‘Environmental, Social and Governance’ (ESG) Dan 4 Sebab ESG Penting Kepada Bank?

  1. Selain itu, sektor teknologi terutamanya semikonduktor turut mempunyai potensi yang cerah kerana supply yang terhad tetapi terdapat demand yang tinggi.
  1. Sektor-sektor yang dikategorikan Underweight pula terdiri daripada sektor penerbangan, penjagaan kesihatan (sarung tangan secara khususnya), minyak & gas (mid cap) dan hartanah. 
  1. Bercakap mengenai prestasi pasaran saham Malaysia dibandingkan dengan serantau Asia Tenggara pula, secara umumnya saham mid-cap agak perlahan tetapi banyak peluang pada saham small-cap. 
  1. Tuan Nik turut mengulas mengenai sektor besi dan pembinaan. Meskipun harga besi telah meningkat, sepatutnya ia akan memberi kesan yang kurang baik pada sektor pembinaan kerana harga bahan mentah yang telah meningkat. 
  1. Rally sektor pembinaan bukan datangnya dari kenaikan harga bahan mentah tetapi disebabkan rotational cycle. Trend sektor pembinaan juga masih lagi sideways bagi long term.

Sekiranya anda berminat untuk mendengar ulasan penuh Tuan Nik mengenai Market Outlook 2022, rakaman sesi live tersebut boleh didapati di laman Facebook The Kapital. Semoga bermanfaat kepada semua. 

Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!

Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.

Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.

Kelas premium 3 hari ini yurannya ribu-ribu di luar sana.

Tetapi jangan risau, yuran komitmen kami telah terbukti antara yang terendah di pasaran. Ramai terkejut dan susah nak percaya.


Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik nanti. Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Senang Saham

PRA-DAFTAR SEKARANG
Share531ShareSend

Related Posts

bursa malaysia
Hebahan

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

3 months ago
Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

4 months ago
ANRPC Semak Semula Penggunaan Getah Global, Unjuran Pengeluaran
Berita

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

4 months ago
Malaysia Airlines Perbaharui Kerjasama Dengan SITA Tingkatkan Ketersambungan
Hebahan

Malaysia Airlines Tambah Frekuensi Penerbangan Untuk Destinasi Domestik Menjelang PRU15

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In