Anda dah biasa berdagang saham di Bursa Malaysia dan teringin nak melabur saham global pula, tetapi tidak tahu caranya? Sebenarnya, konsep saham global lebih kurang sama saja dengan cara kita melabur saham di Bursa Malaysia.
Perkara pertama yang kita perlu buat adalah mendaftar dan membuka akaun dengan broker saham global terlebih dahulu.
Dengan mempunyai akaun saham global, mudahlah untuk kita membuat pilihan nak beli saham terkenal dunia seperti saham Apple, Google, Facebook, Nvidia, Adidas dan banyak lagi.
Jom kita tengok langkah-langkah untuk buka akaun saham global dan mula melabur.
1. Pilih Platform Pelaburan Saham Global
Kebanyakan pelabur akan membuka akaun dengan Saxo Bank atau Ameritrade, yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tapi ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kita boleh menggunakan broker tempatan seperti RHB Investment atau Maybank Investment Bank (konvensional). Cara ini lebih selamat dan mudah dilakukan untuk jangka masa yang panjang berbanding dengan broker luar negara.
Kalau nak buka akaun global yang patuh Syariah, boleh buka dengan BIMB, CGS CIMB atau MIDF Invest. Jemput baca lebih lanjut mengenainya di 4 Kelebihan Trade Saham Global Dengan Akaun Islamik Daripada CGS-CIMB Securities. Buat masa ini Saxo Bank dan Ameritrade adalah merupakan akaun konvensional, oleh itu pilihlah yang patuh Syariah. Maklumlah dah ada pilihan.
2. Ketahui Produk Atau Instrumen Secara Jelas
Kita perlu tahu secara jelas apakah produk atau instrumen pelaburan yang kita hendak melabur.
Terdapat 3 produk yang biasa terdapat di pasaran saham global:
- Ekuiti Atau Saham – Instrumen ini merupakan pilihan yang paling popular di kalangan para pelabur. Tapi pastikan saham yang kita nak beli tersebut adalah patuh Syariah. Jemput baca Guna IdealRatings Untuk Semak Saham Global Patuh Syariah Atau Tidak dan Kenali 2 Gergasi Penghuni Dompet Anda, Visa dan Mastercard.
- CFD Atau Contract For Difference – Instrumen ini berisiko tinggi, tapi sayangnya tak patuh Syariah.
- Options – Ianya merupakan instrumen yang terkenal juga, namun belum diiktiraf sebagai patuh syariah.
Baca: Apakah Hukum dan Status Syariah Untuk Options Trading serta CFD?

3. Daftar Di Platform Pilihan
Dah kenal pasti platform dan instrumen pilihan bagi pelaburan saham global, daftar dan buka akaun dengan platform pilihan andan. Dalam proses pendaftaran tersebut, selesaikan perkara penting seperti pembukaan akaun, urusan deposit dan lain-lain.
Kita juga boleh melihat demo atau panduan cara menggunakan platform tersebut yang telah disediakan sebagai panduan umum di website platfrom tersebut.
4. Lihat Pergerakan Harga Saham Secara Langsung (Live)
Setelah selesai mendaftar, jangan tergesa-gesa untuk mula melabur. Mulalah dengan melihat panduan dan mendapatkan maklumat harga saham global terkini secara langsung.
Anda juga boleh melihat pergerakan harga di seluruh dunia secara percuma di website Investing.com. Selain itu, terdapat juga tarikh terkini atau berita penting yang akan dikeluarkan di situ, boleh juga kita ambil tahu berkenaan catalyst yang bakal mempengaruhi harga saham dalam masa terdekat.
5. Fokus Kepada Saham Gergasi
Apabila nak mula melabur saham global, sebaiknya kita fokus kepada saham syarikat gergasi dan terkenal terlebih dahulu. Jangan pula kita mula trade saham syarikat yang kecil yang kita sendiri pun tak kenal.
Perbandingan mudah untuk saham-saham di Malaysia, lebih baik kita mula jual beli saham-saham yang tersenarai dalam Top 30 FBM KLCI, daripada kita mula jual beli saham-saham penny stock.
Saham Blue Chip memiliki volume yang besar menyebabkan turun naik saham berlaku dengan begitu cepat. Jika melabur pada saham syarikat yang kecil, pergerakannya tak berapa laju.
Akhir kata, pastikan kita mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum nak melabur ke dalam saham global. Mantapkan dulu ilmu berkenaan saham di Bursa Malaysia, dan bila kita rasa dah bersedia – baru kita mula buka akaun saham global dan boleh start trade. Kami akan cuba menulis lebih banyak artikel berkaitan saham global, jangan lupa follow ya.
Sedap buat duit dalam USD.
7 saham terbesar di Wall Street berdasarkan kepada nilai modal pasaran (market capitalization) digelar ‘The Magnificent 7’ tahun 2023.
- Apple
- Microsoft
- Alphabet
- Amazon
- NVIDIA
- Meta
- Tesla

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.
Baca juga:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet
Nak Trade Saham Global? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun Dengan CGS-CIMB
Nak beli saham global seperti Facebook, Tesla, Microsoft, AMD tapi tak tahu nak guna broker apa?
Terdapat banyak broker luar negara yang menyediakan platform untuk membeli saham global. Namun, broker tempatan juga tidak kurang hebatnya kerana banyak broker tempatan turut mempunyai servis yang sama.
Antara broker tempatan yang menyediakan platform jual beli saham global dan patuh syariah adalah seperti CGS-CIMB, BIMB dan MIDF.
Nak buka akaun CGS-CIMB juga amat mudah. Percuma* dan semuanya secara online! Tak perlu susah-susah keluar rumah dah boleh buka akaun pelaburan saham global.
Jom ikut langkah-langkah di bawah.

- Klik Buka Akaun CDS CGSI dan masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference
- Muat naik fail kad pengenalan anda dalam format JPEG, JPG dan PNG sahaja
- Pada ruang Type of Broking > pilih Equities – Share Trading > iCash Trading > Cross Border
- Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan
- Setelah siap Register, semak emel untuk sahkan maklumat anda
- Siap! Permohonan anda akan diproses dalam masa 5-10 hari bekerja
- Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGSI
Mudah sahaja.
Kalau perlukan bantuan untuk buka akaun pelaburan boleh juga klik: https://t.me/+1Az11JVK4XAzZDdl
Jom mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Untuk makluman, CGSI sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB.




