“Sepanjang bulan FBMKLCI bergelora, betul ke boleh buat untung 100%?”
Jawapannya, boleh. Sepanjang bulan Mac 2021 ada satu saham patuh syariah yang berjaya membuat kenaikan lebih daripada 100%. Saham tersebut adalah Scomi. Saham-saham lain turut tidak mengecewakan dengan terdapat beberapa saham yang mencatatkan kenaikan tinggi dalam masa sebulan.
Nak tahu Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Mac 2021? Jom lihat gambar rajah di bawah.
Daripada 10 saham patuh syariah paling untung bulan Mac 2021 ini, kami akan kongsikan secara terperinci mengenai 3 saham daripada sektor yang berlainan. Saham tersebut adalah:
- Scomi Group Berhad (Sektor Tenaga)
- MSM Malaysia Holdings Berhad (Sektor Servis & Produk Pengguna)
- MCT Berhad (Sektor Hartanah)
1. Scomi Group Berhad (SCOMI) (7158)
Scomi Group Berhad adalah penyedia perkhidmatan global dalam industri penyelesaian minyak dan gas serta pengangkutan. Syarikat ini disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Scomi telah disenaraikan di Papan Kedua (kini Papan Ace) Bursa Malaysia pada 13 Mei 2003. Pada 13 Mei 2014, Scomi memindahkan status penyenaraiannya ke Papan Utama Bursa Malaysia.
Scomi dan anak syarikatnya terlibat dalam perniagaan seperti:
- Perkhidmatan penggerudian
- Perkhidmatan pembangunan & pengeluaran
- Perkhidmatan marin
- Penyelesaian pengangkutan
Mesti tertanya-tanya apa yang menyebabkan Scomi mengalami kenaikan yang tinggi ini.
Ulasan Mengenai Saham Scomi
- Pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas Scomi iaitu Encik Shah Hakim telah memborong saham Scomi dengan banyak sepanjang bulan Mac.
2. Jika dikaji berdasarkan analisa fundamental, Scomi bukanlah sebuah syarikat yang kukuh daripada segi prestasi kewangannya.
3. Berdasarkan data yang diperolehi daripada laman web malaysiastock.biz, Scomi telah mengalami kerugian tahunan sejak tahun 2017 lagi.
4. Kenaikan mendadak saham Scomi adalah bersifat kenaikan dalam masa sehari kerana pada hari tersebut, Scomi naik dari 3.5 sen dan ditutup tinggi pada 11 sen pada 16 Mac 2021.
5. Namun saham tersebut terus jatuh sebanyak 50% pada hari seterusnya.
6. Saham Scomi dikategorikan di bawah PN17 yang bermakna saham ini sedang di bawah pemerhatian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
7. Scomi yang menjalankan perniagaan berkaitan industri minyak & gas sudah pasti berkait rapat dengan pergerakan harga minyak Brent dan WTI.
8. Harga minyak mentah Brent dan WTI pula dilihat kehilangan momentum akhir-akhir ini.
2. MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) (5202)
Pernah nampak gula di atas? Mesti pernah nampak kan ketika anda membeli barangan keperluan rumah?
Syarikat pengeluar gula di atas adalah MSM Malaysia Holdings Berhad. Perniagaan terasnya adalah pemprosesan gula.
Ulasan Mengenai Saham MSM
1. Kenaikan harga saham MSM dilihat kesan daripada laporan kewangan terkini syarikat yang positif pada suku keempat tahun 2020.
2. Sesetengah pelabur berpendapat peningkatan prestasi yang ditunjukkan MSM merupakan punca kenaikan harga saham ini.
3. MSM hanya berjaya membuat keuntungan bersih pada suku tahunan yang terakhir iaitu sebanyak RM56.24 juta.
4. Lonjakan minat belian terhadap saham MSM telah menyebabkan FGV turut merancang untuk melepaskan saham ekuitinya di syarikat kilang gula terbesar di negara ini.
5. FGV mendedahkan niatnya untuk menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam MSM kepada rakan strategiknya, di antaranya adalah JAG Capital Sdn Bhd.
6. MIDF Amanah Investment Bank meletakkan harga sasaran RM1.96 untuk saham MSM.
7. Kali terakhir MSM mengagihkan dividen kepada pemegang sahamnya adalah pada tahun 2016.
8. Daripada sudut teknikal, MSM mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelabur dan belum menampakkan sebarang tanda signal jual pada carta.
3. MCT Berhad (5182)
Ditubuhkan pada tahun 1999, MCT adalah pemaju hartanah yang memiliki kepakaran dalam perancangan pembangunan, reka bentuk seni bina dan kejuruteraan serta pengurusan projek dan pembinaan.
Ulasan Mengenai Saham MCT
1.Daripada segi fundamental, MCT adalah sebuah syarikat yang membuat keuntungan sebelum pandemik berlaku.
2. MCT hanya merekodkan kerugian pada tahun 2020 daripada beberapa suku terakhir.
3. Syarikat ini kembali mencatatkan keuntungan pada suku tahunan yang terkini dipercayai kerana para pembeli kembali yakin dengan keadaan ekonomi semasa dan kadar jangkitan Covid-19 yang semakin menurun.
4. MCT telah tidur lama selama setahun kerana sektor hartanah yang tidak dapat menjalankan operasi sepenuhnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
5.Akhir-akhir ini, tema hartanah dilihat menarik untuk diperhatikan kerana tema ini merupakan pilihan para pelabur untuk tempoh waktu ini.
6.Daripada segi teknikal, saham MCT akhirnya membuat Breakout 52-weeks pada 12 Mac 2021.
7.Breakout 52-weeks ini terhasil setelah berada di dalam fasa sideway selama setahun. Jom lihat carta di bawah.
Kesimpulannya, saham-saham yang membuat kenaikan boleh disebabkan fundamental, teknikal dan boleh juga disebabkan catalyst. Sebaiknya para pelaburmembuat kajian yang mendalam sebelum membeli apa-apa saham.
Peringatan: Semua nama saham yang dinyatakan di dalam artikel ini bukanlah sebagai satu saranan belian. Sebaliknya ianya adalah bertujuan untuk pembelajaran kita bersama.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB