• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kumpulan UMW Kekalkan Momentum Jualan Automotif Dengan Pendaftaran Jualan Sebanyak 32,600 Kenderaan Pada April 2022

in Berita
A A
Kumpulan UMW Kekalkan Momentum Jualan Automotif Dengan Pendaftaran Jualan Sebanyak 32,600 Kenderaan Pada April 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

– UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022

– Perodua mencatatkan jualan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kumpulan UMW mengekalkan momentum penjualan automotifnya pada bulan April 2022 dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik.  Kumpulan mendaftarkan jualan kenderaan sebanyak 32,600 unit pada bulan April 2022, lebih rendah daripada 35,246 unit yang didaftarkan pada bulan Mac 2022, disebabkan oleh gangguan terhadap pengeluaran kenderaan akibat daripada isu rantaian bekalan yang telah menjejaskan industri automotif.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022. Sehingga April 2022, UMWT mendaftarkan jualan sebanyak 29,393 unit, 11.2% lebih tinggi daripada 26,431 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2021.  Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlaris bagi bulan April.  Kempen jualan yang sedang dijalankan sepanjang Hari Raya seperti “Bersama Lebih Bermakna” dijangka akan memacu jualan kenderaan kumpulan.  Di samping itu, UMWT akan meraikan sambutan Hari Raya dengan menganjurkan “Toyota Raya Open House Weekender” pada 21 dan 22 Mei 2022 di semua bilik pamerannya, di seluruh negara.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022, 4.1% lebih rendah daripada 26,759 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Bagi empat bulan pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 87,278 unit, 11.5% lebih tinggi daripada 78,308 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021.  Jualan Perodua terus dipacu oleh model terlarisnya, iaitu Myvi, Axia dan Bezza. Dengan permintaan yang bertambah baik dan prospek yang positif bagi industri automotif di Malaysia, Perodua telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 247,800 unit untuk tahun 2022.  Jualan yang lebih tinggi akan didorong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu dan dikemaskini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jualan kenderaan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan April 2022 walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industry automotif.  Isu rantaian bekalan yang berterusan telah mengganggu pengeluaran kenderaan bagi bulan April.  Kedua-dua syarikat bekerjasama rapat dengan pembekal mereka untuk meminimumkan kesan terhadap pengeluaran kenderaan dan mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan kami.  Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : S Vikneshwaaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Email: [email protected]

--BERNAMA
Share231ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In