• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Terhadap Pentamaster Corporation Berhad

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Terhadap Pentamaster Corporation Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pentamaster Corporation Berhad (PENTA) adalah sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian automasi dan teknologi yang terletak di Pulau Pinang. PENTA ditubuhkan pada tahun 1991 dan mula disenaraikan di pasaran sahamBursa Malaysia pada tahun 2004.

Perniagaan utama syarikat ini adalah membangun dan mengeluarkan mesin Automated Test Equipment (ATE) dan Factory Automation Solutions (FAS). Pelanggan utama syarikat ini adalah syarikat yang terlibat dalam sektor Telekomunikasi, Automotif dan Produk Industri.

Pada tahun 2018, melalui anak syarikatnya, Pentamaster International Limited, PENTA telah berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong. Sebahagian daripada modal yang dikumpulkan telah digunakan untuk membina fasiliti dan kilang baru di Batu Kawan untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Jom kita buat kajian CANSLIM ke atas syarikat PENTA ini.

C: Current Earnings

Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

Sumber: Malaysiastock.biz

Hasil Kajian Current Quarterly Earnings PENTA :

  1. Keuntungan bersih PENTA untuk suku tahun ketiga untuk tahun 2020 telah merosot 12% berbanding keuntungan syarikat pada suku yang sama untuk tahun sebelumnya, dan juga untuk tahun sebelumnya
  2. Kemerosotan prestasi ini adalah disebabkan kesan rantaian bekalan yang terganggu akibat daripada penularan wabak Covid-19 dan sekatan yang dilakukan oleh beberapa negara yang telahmempengaruhi pendapatan semasa syarikat.
  3. Pendapatan daripada jualan  ATE (Peralatan Uji Automatik) syarikat juga merosot secara keseluruhannya disebabkan pengurangan permintaan terhadap produk tersebut. Namun, pendapatan daripada  FAS (Factory Automation Solutions) meningkat dan tidak terjejas seperti ATE.
  4. Salah satu sebab utama perolehan ATE merosot adalah berpunca daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh China untuk tempoh tersebut sehingga menyebabkan produk ATE ini tidak dapat dihantar dan dipasang seperti yang dijadualkan.
  5. Perolehan jualan FAS pula  meningkat sebanyak 53.0% menjadi RM32.9 juta, di mana perniagaan berkaitan reka bentuk dan pengeluaran peralatan perubatan mula mendatangkan hasil. Pendapatan daripada alat perubatan semasa telah meningkat dengan ketara daripada 0.5% pada suku yang sama tahun sebelumnya meningkat kepada 12.1%.
  6. Aliran tunai syarikat tetap stabil dan masih positif . PENTA juga baru sahaja memberikan bonus dengan memberikan saham percuma kepada para pemegang saham.
  7.  Walaupun berdepan dengan keadaan yang sukar, PENTA tidak mengalami kerugian sepanjang tempoh tersebut, malah masih mampu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM48.819 juta bagi tiga suku terkini .

A: Annual Earnings

Sumber: Malaysiastock.biz

Merujuk carta di atas, PENTA merekodkan peningkatan pendapatan yag sangat konsisten. Pendapatan tertinggi yang direkodkan syarikat adalah pada tahun lepastahun 2019.

Untuk tahun 2020 pula, pendapatan PENTA merosotakibat daripada penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia yang menyebabkan produk syarikat tidak dapat dihantar dan dipasang seperti yang telah dijadualkan.

Pendapatan tertinggi pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh PENTA telah membuat satu inovasi baru dalam memenuhi industri perubatan dengan terlibat dalam beberapa projek yang melibatkan i-ARMS (sistem pembuatan robot pintar automatik ). Dengan penglibatan PENTA, syarikat ini telah berjaya menggunakan automasi dalam bidang perubatan untuk pelanggannya. Pada tahun yang sama juga, PENTAtelah membuka kilang pengeluarannya yang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pada tahun 2019, prestasi kewangan PENTA adalah sangat baik berbanding tahun-tahun yang lain sehingga berjaya merekodkan pendapatan bersih yang tinggi.Dengan melihat kepada perkembangan automated test equipment (ATE) dan automated manufacturing solutions (AMS), prospek PENTA dilihat sangat cerah kerana syarikat ini juga terlibat dalam penghasilan  Internet Of Things.Ditambah dengan Industri 4.0 yang sedang pesat berkembang, permintaan terhadap teknologi  tinggi pastinya meningkat

N: New News, Product, Service And Management

Berita terkini tentang PENTA adalah syarikat ini tergolong sebagai 15 syarikat yang tersenarai di Forbes Asia’s Best Under A billion 2020 seiring denagn syarikat hebat lain seperti Revenue Group Berhad, UWC Berhad dan lain-lain lagi. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik untuk syarikat dan merupakan satu berita yang menarik buat para pelabur.

S: Supply And Demand

Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham tersebut akan meningkat.

Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang  berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan  kenaikan harga saham berlaku dengan lebih cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Gambar di atas menunjukkan modal pasaran PENTA adalah sebanyak RM3.68 bilion dan jumlah tersebut dianggap tinggi jika ianya dibandingkan dengan syarikat teknologi yang lain seperti Mi Technovation Berhad (MI) (RM2.97 bilion) dan JCY International Behrad (JCY) (RM1.112 bilion). Bagi saham syarikat yang memiliki modal pasaran (market capitalization) melebihi RM2 bilion, ianya pula di kategorikan  sebagai saham yang berat.

Saham yang berat ini adalah apabila harganya lebih sukar untuk bergerak. Modal pasaranyang besar ini memerlukan jumlah permintaan yang sangat tinggi untuk harganya bergerak. Manakala public float shares PENTA pula adalah 64.98%, lebih daripada 50% dan ianya bukanlah satu petanda yang bagus untuk pergerakan harga sesuatu saham.

L : Leader And Laggard

Sumber: Tradingview.com

Sumber: isaham.com

‘Leader’ adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham itu adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Garisan berwarna oren dalam carta adalah indeks teknologi di Bursa Malaysia dan biasanya kita akan membandingkan pergerakan harga sesuatu saham tersebut dengan indeks yang berkaitan.

Pergerakan harga saham PENTA dilihat mendahului pergerakan harga indeks dan ini menandakan bahawa PENTA merupakan leader kepada sektor teknologi.

I : Institutional Sponsorship

Institutional Sponsorship bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ianya memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber: Bursamarketplace.com

Hasil kajian Institutional Sponsorship PENTA:

  1. Dalam senarai top 10 pemegang saham utama PENTA, kebanyakannya adalah daripada perbadanan Kumpulan Wang Persaraan (KWSP), pelabur yang lain pula terdiri  daripada Prudential  PLC, Kenanga Growth Fund.
  2. Pemegang saham terbesar adalah Encik Chuah Choon Bin yang merupakan Pengerusi Eksekutif syarikat PENTA.

M: Market Direction

Market Direction pula adalah untuk kita melihat arah tuju sesuatu saham berkenaan. Sudah tentunya kita digalakkan untuk membeli saham-saham yang sedang membuat Uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Sumber: Trading View

Kaunter yang memiliki fundamental yang agak baik seperti PENTA ini dilihat sedang melakukan retracement setelah naik dengan drastik pada baru-baru ini. Tahap support yang kuat kaunter ini adalah sekitar RM4.80 dan jika garisan ini ditembusi, maka kemungkinan besar saham ini akan membuat fasa aliran menurun.

Pihak pengurusan PENTA menjangkakan mereka akan mencapai prestasi yang lebih baik pada separuh kedua tahun 2021. Perniagaan PENTA kini sudah mula aktif dan syarikat ini telah meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan semasa. Pada masa yang sama, PENTA juga telah memulakan semula produk pemasangan di peringkat antarabangsa.

Pihak pengurusan PENTA juga menyatakan bahawa permintaan untuk sektor telekomunikasi masih baik, dengan telefon pintar akan membawa lebih banyak teknologi baru, dan pasaran kereta elektrik juga menjadi trend di masa depan.

Jika penularan wabak Covid-19 ini semakin pulih, permintaan global untuk alat komunikasi, semikonduktor dan kenderaan secara beransur-ansur akan mula meningkat, dan PENTA akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak peluang baru.

Sekarang kita pergi pula ke soalan yang paling diminati ramai. Boleh ke beli saham PENTA ini?

Sekiranya kita seorang pelabur jangka masa panjang, PENTA adalah syarikat yang sangat sesuai untuk diperhatikan.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share788ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In