• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas VSTECS Berhad

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas VSTECS Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

VSTECS Berhad merupakan sebuah syarikat yang berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) Sendirian Berhad telah yang mula beroperasi sejak tahun 1985. Sebelum ini, mereka dikenali sebagai ECS ICT Berhad. Hari ini, VSTECS menerajui industri teknologi informasi dan komunikasi (ICT) di Malaysia melalui dua anak syarikatnya yang dikenali sebagai VSTECS Astar Sdn Berhad dan VSTECS Pericomp Sdn Berhad.

Saham VSTECS mula  tersenarai di papan utama Bursa Malaysia pada 15 April 2010. VSTEC juga merupakan sebuah syarikat yang menerajui sektor pembahagian produk ICT di Asia Pasifik dan mempunyai rangkaian lebih daripada 25,000 rakan kongsi di China, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Kambodia, Laos dan Myanmar.

Untuk mengetahui sama ada saham VSTECS ni bagus atau tak, jom kita lihat kajian CANSLIM terhadap  syarikat ini. 

C: Current Quarterly Earnings

Sumber: MalaysiaStockBiz

QoQ adalah merujuk kepada kenaikan atau penurunan keuntungan bersih syarikat secara suku tahunan terkini berbanding suku tahunan sebelumnya. YoY pula bermaksud prestasi keuntungan syarikat untuk tahun terkini berbanding tahun sebelumnya.

Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahun yang terkini.

1.  Pada suku tahun ketiga tahun 2020, VSTECS telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.10 juta. Ini menggambarkanpeningkatan sebanyak 44% berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya. Daripada sudut fundamental, perkembangan pendapatan syarikat VSTECS ini dilihat sangat baik.

2.  VSTECS telah merekodkan peningkatan untuk keuntungan bersih yang tertinggi pada tahun 2016 dengan kenaikan sebanyak 105.0% berbanding tahun sebelumnya.

3.  Jika VSTECS terus  mencatatkan keuntungan tertinggi untuk suku tahun seterusnya, saham VSTECS mempunyai  potensi untuk membuat kenaikan yang lebih tinggi dan All-Time High dilihat sebagai sesuatu yang tidak mustahil.

A: Annual Earnings

Sumber: MalaysiaStockBiz

Pada tahun 2015, VSTECS telah merekodkan keuntungan tertinggi disebabkan oleh peningkatan penggunaan telefon pintar. VSTECS mencatatkan keuntungan sebanyak RM32.0 Juta pada tahun 2015.

VSTECS mengalami kerugian pada tahun 2020 dengan penurunan keuntungan sejumlah RM24.0 Juta akibat Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang bermula sejak Mac 2020. CEO VSTECS juga menyatakan bahawa peningkatkan platform IT seperti pengkomputeran awan dan keselamatan siber menampung sedikit sebanyak kemorosotan jualan pada tahun tersebut.

N: News, New High, Product, Management

Pada 15 Januari 2021, harga saham VSTECS telah adalah pada paras RM2.10 dan telah membuat resistance yang baru. Dengan adanya indikator RSI yang membuat uptrend beserta volume yang meningkat, VSTECS telah berjaya memecahkan paras RM2.30.

Penularan wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan wujudkan norma baru yang menjadi catalyst penting untuk VSTECS. Hal ini adalah kerana penggunaan produk IT yang semakin meningkat terutamanya kepada korporat, perniagaan atas talian dan juga pendidikan.

Akibat daripada pandemik yang mengehadkan pergerakan, hal ini memberi impak kepada penjualan produk IT yang lebih banyak. Walaupun pandemik ini akan berakhir tidak lama lagi, tetapi norma baru ini dilihat akan tetap menjadi kebiasaan kerana kebanyakan perniagaan telah mengadaptasi cara penjualan produk mereka di atas talian. Dengan itu, potensi untuk VSTECS berkembang maju dan mendahului pasaran di dalam industri ini.

Kemunculan infrastruktur 5G juga akan memerlukan kepada pelbagai produk IT (terutamanya telefon pintar) yang mungkin akan menjadi catalyst kepada syarikat VSTECS. Ini kerana kebanyakan produk IT ini perlu diperbaharui untuk menyokong infrastruktur 5G.

S: Supply And Demand

Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham tersebut akan naik.

Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Kita juga perlu ambil tahu tentang jumlah saham yang diapungkan atau public float shares bagi saham sesebuah syarikat. Public float shares ini membawa maksud bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam. Public float shares yang baik hendaklah tidak melebihi 50.0%. Public float shares untuk VSTECS adalah sebanyak 24.64% dan ianya adalah baik kerana tidak melebihi paras 50.0%.

I: Institutional Investors

Institutional Investors bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Berdasarkan gambar di atas, pegangan institusi tidak banyak dan hanya 2.1% sahaja daripada keseluruhan pegangan saham syarikat ini. Ini menunjukan bahawa harga saham syarikat ini tidak berapa mendapat perhatian pelabur institusi.

Apabila perniagaan syarikat ini mula berkembang pesat di masa hadapan, kemungkian VSTECS akan dapat menarik pelabur institusi untuk melabur di dalam syarikat ini.

M: Market Direction

Market Direction pula adalah untuk kita melihat arah tuju sesuatu saham. Sudah tentunya kita digalakkan untuk membeli saham-saham yang sedang membuat Uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Secara keseluruhannya, saham VSTECS dilihat sedang membuatmajor uptrend. Namun, untuk skala yang lebih kecil VSTECS dilihat sedang membuat minor downtrend. VSTECS dijangka terus meningkat dengan catalyst baru yang ada di pasaran yang berkaitan dengan teknologi ini.

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.


Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Miliki eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share485ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In