• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat INARI

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat INARI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish. CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Inari Amertron Berhad.

Latar Belakang Inari Amertron Berhad (INARI) (0166)

Inari Amertron Berhad (INARI) merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan pembuatan barangan elektronik (EMS), pengeluar reka bentuk asal (ODM) peralatan pengukur elektronik dan pelbagai lagi termasuk pembuatan cip dan pemasangan serta pengujian semikonduktor luar (OSAT).

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Syarikat ini telah berkembang secara global dan rangkaian perniagaan mereka termasuklah di China, Filipina, Singapura dan beberapa negara lain.

Syarikat ini telah disenaraikan di papan utama Bursa Malasia sejak tahun 2011 dan kini mempunyai nilai pasaran sekitar RM9.81 bilion. Harga semasa saham INARI adalah sekitar RM3.00 lebih seunit.

Jom kita kaji kaunter INARI ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.

C: Current Earnings INARI

Salah satu cara untuk kita menilai kualiti sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini. Kita boleh mengukur pertumbuhan EPS syarikat bagi suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener

Nilai EPS untuk suku tahun pertama INARI tahun ini adalah 2.15, meningkat sebanyak 43.33% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan EPS yang positif ini adalah perkara yang sangat baik untuk syarikat kerana ini menandakan bahawa syarikat tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.

INARI merupakan antara syarikat di dalam sektor teknologi yang kukuh di Bursa Malaysia. INARI mencatatkan EPS untuk beberapa suku tahunan terkini yang positif, walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi sepanjang tahun 2020.

A: Annual Earnings INARI

Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita boleh meggunakan EPS tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan. Kita juga boleh menggunakan nisbah Return On Equity (ROE) untuk menilai perolehan tahunan. Pendapatan tahunan yang terdahulu juga membantu kita menilai syarikat apabila perubahan keadaan ekonomi berlaku.

Sumber: KLSE Screener

Nilai EPS syarikat INARI merosot sejak daripada tahun 2015 sehingga kini. Namun jika kita lihat kepada pendapatan bersih syarikat, INARI berjaya mengekalkan pendapatan bersih melebihi RM100 juta ke atas sejak daripada tahun 2014 sehingga kini.

Ini menunjukkan bahawa syarikat ini mempunyai status kewangan yang sangat kukuh dan merupakan tanda yang baik.

N: News, New High, New Management

News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat, dan amat penting dalam membuat penilaian dengan menggunakan kaedah CANSLIM ini. Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.

Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

News, Pemangkin

Sumber: The Edge Markets

RHB Research juga telah meletakan sasaran harga saham ini meningkat kepada RM3.28 seunit disokong dengan permintaan tinggi daripada pembuat telefon pintar, berikutanperkembangan teknologi 5G di Malaysia.

Pada 13 Januari 2021, Hong Leong Investment Bank (HLIB) telah meletakan saranan “Overweight” untuk sektor teknologi di Malaysia dan di antara saham yang dicadangkan adalah Inari Amertron Berhad, UWC Berhad dan juga Frontken Corporation Berhad.

Sektor teknologi juga sememangnya menjadi tumpuan pelabur terutama dengan norma baru yang kita hadapi ketika ini, yang memerlukan teknologi untuk menjalani kehidupan seharian kita.

S: Supply and Demand

Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham. Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.

Jumlah unit saham INARI yang didagangkan adalah sebanyak 3.30 bilion unit. Untuk tahu sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com

Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian INARI lebih banyak daripada jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan. Jika jumlah ini melebihi jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna tumpuan pelabur mula meningkat terhada saham syarikat.

L: Leader and Laggard

Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber: Trading View

Pergerakan harga saham INARI (Biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks FBM KLCI (Hijau). Oleh yang demikian, kita boleh kategorikan saham INARI sebagai leader berbanding saham-saham lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Kaedah yang lebih terperinci adalah dengan membuat perbandingan modal pasaran sesebuah syarikat itu dengan pesaingnya yang lain. Adakah INARI juga merupakan leader kepada sektor teknologi?

I: Institutional Investor

Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace

Bagi syarikat INARI, di antara pelabur institusi yang memiliki saham syarikat ini adalah seperti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan pegangan sebanyak 13.0%, Kumpulan Wang Persaraan Pekerja (KWSP) dengan pegangan sebanyak 9.08%, syarikat insurans AIA Berhad dan lain-lain lagi seperti yang dinyatakan di atas.

Berdasarkan pegangan saham oleh pelabur institusi ini, kita boleh rumuskan bahawa INARI mempunyai kualiti yang baik sehingga dapat menarik banyak pelabur institusi melabur ke dalam syarikat ini.

M: Market Direction

Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik. Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber: Trading View

Arah kaunter INARI ini menunjukkan saham ini sedang membuat fasa kenaikan sejak daripada Mac 2020 sehingga ke hari ini. Fasa kenaikan (uptrend) yang cantik seperti ini akan memberikan potensi kemenangan yang lebih tinggi kepada pelabur.

Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilhan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat. Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya.

Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

 

Share726ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

8 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

8 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

8 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In