• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Industri Kayu Malaysia, Vietnam Meterai Memorandum Kerjasama Perkukuh Kerjasama Ekonomi

in Berita
A A
Industri Kayu Malaysia, Vietnam Meterai Memorandum Kerjasama Perkukuh Kerjasama Ekonomi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Industri kayu dan yang berasaskan kayu di Malaysia dan Vietnam hari ini memeterai Memorandum Kerjasama untuk membangunkan lagi dagangan kayu bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) Muhtar Suhaili berkata pada masa yang sama ia juga menyediakan peluang bagi pengeluar kedua-dua negara untuk meningkatkan eksport dan import mereka. 

“Malaysia komited untuk membangunkan lagi industri kayunya secara mampan dan boleh mendapat manfaat daripada pelaburan langsung asing (FDI) yang tinggi dari Vietnam dalam pengeluaran perabot dan akses ke pasaran Kesatuan Eropah menerusi perjanjian perdagangan bebas negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Muhtar menyaksikan majlis permeteraian itu yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam, hari ini.

Beliau berkata ketersediaan tenaga kerja mahir Vietnam dalam kalangan penduduk tempatan akan memberi kelebihan selain kedekatannya dengan China yang menyediakan akses mudah bagi bahagian-bahagian perabot dan panel kayu.

Memorandum Kerjasama itu adalah sejajar dengan perjanjian Sidang Kemuncak ASEAN pada 2000 yang mana inisiatif bagi Integrasi ASEAN dilancarkan untuk merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan daya saing ASEAN sebagai satu rantau, katanya.

“Ia juga akan melindungi kepentingan kedua-dua negara terhadap peraturan yang mungkin menjejaskan kepentingan industri kayu Malaysia dan Vietnam,” katanya.

Sementara itu, permeteraian Memorandum Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada Lawatan Pasaran dan Perniagaan MTC ke Hanoi dan Ho Chi Minh dari 13-17 Jun, 2022.

Eksport produk kayu Malaysia ke Vietnam pada 2021 berjumlah US$38.44 juta (US$1=RM4.41) manakala import sebanyak US$148.25 juta yang terdiri daripada produk berasaskan kayu dari Vietnam.

Lima produk utama kayu yang dieksport Malaysia ke Vietnam pada 2021 ialah papan partikel  (US$9.35 juta), perabot kayu (US$7.77 juta), papan gentian (US$5.99 juta), kayu bergergaji (US$5.46 juta) dan pertukangan kayu halus serta pertukangan kayu pembina (US$3.39 juta).

— BERNAMA  

Share234ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In