Caption: “Dyson tamatkan kontrak ATA IMS”
Jangan kata tak kenal jenama Dyson pula. Dyson sangat terkenal dengan pembersih vakum berteknologi tinggi.
Dyson merupakan pengeluar pelbagai produk seperti pembersih vakum , air purifiers, produk penjagaan rambut, dan produk pencahayaan.
Walaupun harga produknya agak premium, namun kualiti serta fungsinya yang pelbagai menyebabkan ia tetap menjadi pilihan orang ramai.
Sumber: Dyson
Ini merupakan cerita serba sedikit mengenai Dyson sebelum kita pergi lebih mendalam mengenai catalyst yang ingin dikongsikan.
Dyson Tamatkan Kontrak ATA IMS
Sumber: Berita Harian
Dyson dilaporkan menamatkan kontrak ATA IMS kerana syarikat pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) itu didakwa telah menjalankan amalan buruh paksa.
Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menyiasat ATA IMS atas dakwaan buruh paksa namun syarikat tersebut menafikan tuduhan tersebut.
Menurut sumber yang diperolehi daripada Reuters, Dyson telah mengarahkan siasatan audit terhadap keadaan kerja di ATA pada awal tahun 2021. Keputusan audit tersebut diterima pada 4 Oktober yang lalu.
Notis penamatan kontrak tersebut itu membabitkan:
- Perjanjian Pengilangan Kontrak
- Perjanjian Bekalan Barangan dan Perkhidmatan
- Perjanjian Rangka Kerja bagi Bekalan Barangan (Perkakasan)
Kejatuhan Harga Saham Ataims
Sumber: Trading View
Setelah terdapat ura-ura bahawa Dyson ingin menamatkan kontrak Ataims, harga saham Ataims terus memberi reaksi terhadap catalyst negatif tersebut. Saham Ataims bukan sahaja mengalami gap down, harganya terus jatuh merudum selama beberapa hari selepas itu.
Dyson merupakan antara penyumbang tersebar pendapatan ATA. Pelabur pastinya melihat perkara ini sebagai isu yang sangat serius dan mampu memberi kesan terhadap pendapatan syarikat pada masa hadapan.
Impaknya begitu besar sehingga menyebabkan Ataims mengalami limit down selama dua hari berturut-turut.
Lebih memburukkan keadaan adalah apabila Ataims mencatatkan kerugian bagi suku kedua 2021 berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada 12 November 2021.
Kesimpulannya, sebagai seorang pelabur saham kita haruslah peka terhadap sebarang berita yang berkaitan untuk membantu kita membuat keputusan lebih cepat dan tepat.
Bayangkan sekiranya kita mempunyai saham Ataims dalam portfolio tetapi kita terlepas berita ini, sudah tentu kita akan mengalami kerugian yang besar.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





