fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 3, 2022
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

IMF Yakin Ekonomi Malaysia Akan Berkembang 5.75 Peratus Pada 2022

in Berita
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk RM536.5 mln
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.

Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022. Ekonomi berkembang 3.1 peratus tahun lepas.

Dalam memberikan penilaian terhadap prospek pertumbuhan Malaysia, IMF menyatakan bahawa kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini dan sekatan pergerakan yang terhad juga akan menyokong pengembangan ekonomi.

Berkaitan

PNB Akan Mula Tawar Akses Kepada Nasihat Kewangan, Perancangan Pada Kemasukan Asas Rendah

Majoriti Penduduk Setuju Projek Pembangunan Semula Flat PKNS RM1.2 Bilion Dilaksanakan

Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa

Namun begitu, agensi yang berpangkalan di Washington itu mengakui bahawa terdapat risiko penurunan yang besar, termasuk daripada pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine, kesukaran serupa yang dihadapi oleh kedua-dua negara maju dan membangun di seluruh dunia.

“Pertumbuhan Malaysia diunjurkan kukuh dalam jangka sederhana walaupun risiko kesan ekonomi jangka panjang adalah nyata,” kata Lembaga Eksekutif IMF dalam kesimpulannya susulan perundingannya dengan pegawai Malaysia dalam laporan penilaian yang dikeluarkan April lalu.

IMF turut mengalu-alukan pendirian dasar monetari Malaysia yang akomodatif, kerana jangkaan inflasi diterajui dengan baik.

Justeru, IMF maklum dengan komitmen Malaysia terhadap fleksibiliti kadar pertukaran sambil menyatakan ia akan terus membantu negara dengan baik.

Ini diperkukuh lagi minggu lepas apabila Bank Negara Malaysia mengesahkan kedudukannya bahawa ia tidak akan menambat ringgit walaupun mata wang itu lemah.

Ini ialah kerana sektor perbankan masih mempunyai permodalan yang baik dan sangat cair, disokong oleh kualiti aset yang kukuh.

IMF juga berkata bahawa sektor kewangan Malaysia “kekal berdaya tahan,” dan ia digalakkan oleh pembaharuan sektor kewangan yang tertumpu pada keterangkuman, transformasi ekonomi dan ekonomi yang mampan.

Ini jelas mencerminkan konsep Keluarga Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi tumpuan kepada keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang bertujuan untuk membawa rakyat bersama dalam membantu negara pulih daripada pandemik COVID-19 yang melemahkan.

IMF yang mempunyai 190 negara anggota turut memuji pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 kerana ia memberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti buruh/guna tenaga, meningkatkan ekonomi digital dan hijau serta mengukuhkan tadbir urus fiskal.

“Ini akan membantu meminimumkan kesan ekonomi berkaitan pandemik sambil menggalakkan pertumbuhan inklusif dan penghasilan pekerjaan,” kata IMF.

IMF turut mengambil kira penilaian yang kedudukan luar Malaysia adalah sederhana lebih kukuh daripada yang dibenarkan oleh asas ekonomi dan dasar yang diingini.

IMF juga menyarankan dasar untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk menyokong pemulihan inklusif dan memudahkan pengimbangan semula luaran yang telah dilakukan Malaysia melalui peruntukan berkaitan COVID yang mencecah berbilion ringgit.

Melihat kembali pada tahun 2021, IMF berkata tindak balas dasar pandemik yang pantas, besar dan pelbagai serampang menyokong ekonomi.

Jumlah perbelanjaan belanjawan/peruntukan berkaitan COVID bernilai sehingga RM39 bilion (kira-kira 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021, lebih dua kali ganda daripada belanjawan awal RM17 bilion, dan melebihi RM38 bilion yang dibelanjakan pada 2020.

Sehubungan itu, defisit kerajaan persekutuan mencapai kira-kira 6.5 peratus daripada KDNK pada 2021, lebih tinggi daripada kira-kira 5.5 defisit yang diramalkan dalam Bajet 2021.

Hutang kerajaan persekutuan dianggarkan pada 63 peratus daripada KDNK, di bawah siling hutang domestik sebanyak 65 peratus, katanya.

Ditubuhkan pada Julai 1944 selepas Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat, IMF berusaha untuk mencapai pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan untuk semua 190 negara anggotanya.

Ia berbuat demikian dengan menyokong dasar ekonomi yang menggalakkan kestabilan kewangan dan kerjasama monetari, yang penting untuk meningkatkan produktiviti, penciptaan pekerjaan dan kesejahteraan ekonomi.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

PNB Akan Mula Tawar Akses Kepada Nasihat Kewangan, Perancangan Pada Kemasukan Asas Rendah
Berita

PNB Akan Mula Tawar Akses Kepada Nasihat Kewangan, Perancangan Pada Kemasukan Asas Rendah

2 days ago
Majoriti Penduduk Setuju Projek Pembangunan Semula Flat PKNS RM1.2 Bilion Dilaksanakan
Berita

Majoriti Penduduk Setuju Projek Pembangunan Semula Flat PKNS RM1.2 Bilion Dilaksanakan

2 days ago
Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa
Berita

Zetrix MYEG, Xinhou BIF Bekerjasama Perkenal Perkhidmatan Berasaskan Rantaian Blok Ke Pasaran Antarabangsa

2 days ago
Pengilang Sawit Henti Operasi, MPOB Keluar Surat Peringatan
Berita

Pengilang Sawit Henti Operasi, MPOB Keluar Surat Peringatan

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In