• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

GM Klang Lancar Aplikasi ‘Komuniti Bisnes GM Klang’

in Berita
A A
GM Klang Lancar Aplikasi ‘Komuniti Bisnes GM Klang’
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KLANG, 25 Okt (Bernama) — Pusat Borong GM Klang (GM Klang) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih, ‘Komuniti Bisnes GM Klang’ dalam usahanya menjadi penghubung antara pengguna dan pemborong mendapatkan barangan jualan selain menggalakkan lebih ramai anak muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata aplikasi tersebut mempunyai ciri khas iaitu pemadanan perniagaan, pengguna hanya perlu mengisi tarikh dan masa janji temu dan maklumat produk yang mahu diniagakan.

“Seterusnya, pihak GM Klang akan menghubungkan pengguna dengan dengan lebih 700 hingga 800 pemborong sedia ada dan bersesuaian dengan mereka bagi perbincangan perniagaan selanjutnya. 

“Bukan itu sahaja, pengguna boleh menggunakan studio yang disediakan khas di pusat borong ini untuk tujuan promosi, pengiklanan mahupun sesi siaran langsung (live stream) barangan jualan mereka yang telah dibeli daripada pemborong di GM Klang,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran aplikasi itu di sini.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail.

Lim berkata kebanyakan pengguna dan pembeli sudah pun mengetahui bahawa GM Klang adalah tempat untuk menjana pendapatan tambahan bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.   

“Melalui aplikasi ini, kami menyediakan titik permulaan untuk mereka mengenal pasti pemborong atau produk yang tepat serta bersesuaian dengan mereka, aplikasi ini akan dipertingkatkan dengan pelbagai lagi fasiliti perniagaan lain dari semasa ke semasa.

“Selain itu, sebarang maklumat terkini mengenai Pusat Borong GM Klang akan disampaikan menerusi aplikasi tersebut termasuklah pembukaan kedai baharu, kempen promosi dan acara yang bakal berlangsung di pusat borong berkenaan,” katanya.

Sempena pelancaran aplikasi itu, seramai 1,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi tersebut menerusi Google Play Store dan Apple AppStore berpeluang menebus baucar makanan dan minuman berjumlah RM5 dengan memasukkan kod promo, GMKAPPLAUNCH. 

Semenentara itu, Rodziah mencadangkan supaya aplikasi tersebut dapat disambung serta diselarikan dengan Program Mikro Kredit Bersepadu (Skim Hijrah) anjuran kerajaan Selangor pada masa hadapan bagi memudahkan usahawan di negeri itu membuat pinjaman dari skim tersebut, seterusnya membeli barangan di GM Klang. 

— BERNAMA

Share251ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In