• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 5, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Edelteq Mula Disenaraikan Di Pasaran Ace, Dibuka Pada 75 sen

in Saham
A A
Edelteq Mula Disenaraikan Di Pasaran Ace, Dibuka Pada 75 sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Syarikat teknologi Edelteq Holdings Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, dibuka pada 75 sen, naik 51 sen atau 212.5 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu sebanyak 24 sen.

Semasa sesi tersebut, penyedia sokongan kejuruteraan untuk pemasangan litar bersepadu dan proses ujian itu menyaksikan 9.01 juta sahamnya diniagakan.

Edelteq ialah penyenaraian Pasaran Ace ke-10 tahun ini, dan IPO syarikat itu melibatkan terbitan awam sebanyak 100 juta saham baharu dengan menyasarkan untuk memperoleh hasil sebanyak RM24 juta.

Berkaitan

5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai Waran

Anak Syarikat Eita Peroleh Kontrak RM56.31 Juta Daripada TNB

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Chin Yong Keong berkata IPO itu menerima sambutan yang menggalakkan dengan kadar lebihan langganan sebanyak 152 kali, yang mencerminkan keyakinan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada pelabur.

“Dengan dana yang diperoleh melalui IPO ini, kami berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan rancangan pengembangan kami dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemain utama dalam industri.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus menumpukan pada penyelidikan dan pembangunan, kerjasama dan pelaburan dalam teknologi termaju untuk memberikan penyelesaian yang inovatif, mampan dan kos efektif,” katanya dalam ucapannya pada majlis penyenaraian tersebut hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata dengan penyenaraian Edelteq, Bursa Malaysia meraikan IPO ke-16 bagi tahun itu.

“Ini mewakili peningkatan sebanyak 60 peratus daripada tempoh yang sama (separuh pertama) tahun lepas dan kami berharap momentum penyenaraian IPO 2023 yang rancak ini akan berterusan hingga ke akhir tahun ini,” katanya.

Daripada jumlah hasil IPO sebanyak RM24 juta, Edelteq memperuntukkan RM3.7 juta (15.3 peratus) untuk pembinaan kilang yang dicadangkan di Batu Kawan, Pulau Pinang, dan RM3.4 juta (14.1 peratus) sebagai modal kerja manakala RM3 .1 juta (12.9 peratus) akan digunakan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

RM10.3 juta lagi (42.7 peratus) telah diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank, dan baki RM3.6 juta (15 peratus) adalah untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Berkenaan dasar dividen, Edelteq telah menetapkan sasaran untuk mengagihkan sehingga 20 peratus daripada keuntungan tahunan selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemegang saham kumpulan.

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO tersebut.

— BERNAMA

Tags: bursaChin Yong KeongedelteqIPOpasaran ACEsemikonduktor
Share212ShareSend

Related Posts

5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai Waran
Saham

5 Saham Atas RM1.00 Yang Mempunyai Waran

7 hours ago
Anak Syarikat Eita Peroleh Kontrak RM56.31 Juta Daripada TNB
Catalyst

Anak Syarikat Eita Peroleh Kontrak RM56.31 Juta Daripada TNB

12 hours ago
Axiata, Touch Group Mahu Teroka Sinergi Memperkukuh Syarikat Telekomunikasi, Infrastruktur ICT
Catalyst

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

1 day ago
Cypark Cadang Penempatan Saham Untuk Kumpul Rm73.4 Juta
Catalyst

MoU Cypark-Masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In