• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Dua Firma Penyelidikan Naikkan Penilaian Harga Saham Haily Group

in Berita
A A
Dua Firma Penyelidikan Naikkan Penilaian Harga Saham Haily Group

Kredit gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Dua firma penyelidikan telah menaikkan penilaian harga saham Haily Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE tidak lama lagi, iaitu lebih tinggi daripada harga tawaran awam awal (IPO) pada 68 sen berikutan rekod prestasi mantap syarikat dalam sektor pembinaan.

TA Securities Holdings Bhd melihat nilai saksama syarikat itu pada 83 sen sementara RHB Investment Bank Bhd menetapkannya pada 76 sen sesaham.

Haily, kontraktor bangunan berpengalaman luas yang berpusat di Johor itu terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman serta penyediaan sewa mesin jentera pembinaan.

“Kami yakin dengan prospek masa depan Haily kerana kumpulan ini disokong oleh perolehan kontrak yang belum dibil bernilai RM249.6 juta setakat 10 Jun 2021, iaitu kira-kira 1.5 kali pendapatan tahun kewangan 2020.

“Nilai perolehan kontrak yang belum dibil itu terdiri daripada 18 projek pembangunan kediaman dan bukan kediaman dan dua projek kejuruteraan awam. Ini akan memberikan pendapatan yang boleh dilihat kepada kumpulan itu untuk tempoh dua tahun akan datang,” kata TA Securities dalam catatannya hari ini.

Kumpulan ini telah menyiapkan 65 projek pembinaan bangunan dengan nilai kontrak RM1.3 bilion sejak tahun 2008. Ia juga telah membina rangkaian pelanggan yang mempunyai reputasi baik, antaranya termasuk Mah Sing Group, IOI Group, dan AME Consortium.

“Kami menjangkakan kumpulan itu mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang lumayan pada tahun kewangan 2022 dan 2023 kerana kami percaya semua kegiatan ekonomi di Malaysia akan beroperasi sepenuhnya tahun depan, didorong oleh usaha aktif kerajaan mempercepatkan program vaksinasi di seluruh negara.

“Pasaran Johor diunjur terus menjadi penjana pendapatan utama bagi kumpulan itu,” kata TA Securities.

Sementara itu, Haily Group berhasrat mengumpulkan RM20.4 juta daripada pelaksanaan IPO dan dijangka disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 21 Julai, 2021.

— BERNAMA

Share296ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

9 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

9 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In